Eindhoven

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Eindhoven
Eindhoven
Pemandangan dari udara di Eindhoven

Bendera

Lambang rasmi
Nama panggilan: City of Light, Brainport
Eindhoven yang terletak di Belanda
Eindhoven

Kedudukan di Belanda

Koordinat: 51°26′11″N 5°28′40″E / 51.43639°U 5.47778°T / 51.43639; 5.47778Koordinat: 51°26′11″N 5°28′40″E / 51.43639°U 5.47778°T / 51.43639; 5.47778[1]
Negara Belanda
Provinsi Noord Brabant
Kerajaan
 • Datuk bandar Rob Van Gijzel (PvdA)
 • Aldermen Yasin Torunoglu
Mary Ann-Schreurs
Lenie Scholten
Staff Depla
Joost Helms
Monique List
Keluasan[2]
 • Bandar 88.84 km2 (34.30 sq mi)
Populasi [3]
 • Bandar 215,000
 • Metro 750,000
Zon waktu CET (UTC+1)
 • Musim panas (DST) CEST (UTC+2)
Kod kawasan +31
Laman web [4]


Eindhoven, merupakan sebuah gemeente Belanda yang terletak di wilayah Noord Brabant, selatan Belanda. Pada tahun 2004 daerah ini memiliki penduduk sebanyak 207,870 orang. Eindhoven merupakan sebuah bandar perindustrian dan teknikal, di sinilah bandar asal syarikat penghasilan lampu, Philips. Di sini terdapat pula Muzium Van Abbe, Lapangan Terbang Eindhoven AB, Fontys University of Applied Sciences (Fontys Hogescholen) dan Universiti Teknologi Eindhoven (Technische Universiteit Eindhoven). Bandar ini merupakan bandar kelima terbesar di Belanda dan sebahagian dari kawasan Samenwerkingsverband Regio Eindhoven (Cityregion Eindhoven atau Eindhoven Raya) atau SRE.[3] Eindhoven mempunyai kelab sepak bola terkenal yang bernama PSV (Philips Sport Vereniging) Eindhoven yang mempunyai sejarah yang panjang bersama organisasi Philips, dengan stadiumnya yang juga bernama Philips.[5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Abad ke-20[sunting | sunting sumber]

Pada 1920, kampung-kampung di sekeliling Eindhoven iaitu Gestel, Stratum, Strijp, Tongelre and Woensel digabungkan ke dalam pentadbiran bandar.[3]

Abad ke-21[sunting | sunting sumber]

Mayat mangsa yang terlibat dalam kemalangan Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia dibawa ke Lapangan Terbang Eindhoven AB dari Ukraine pada 23 Julai 2014 untuk proses pengecaman mayat.[6]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Kereta Api[sunting | sunting sumber]

Eindhoven mempunyai dua stesen kereta api utama iaitu Eindhoven Centraal dan Eindhoven Beukenlaan. Eindhoven Centraal menyediakan perkhidmatan antarabandar ke bandar-bandar utama Belanda seperti The Hague, Utrecht dan Rotterdam.

Eindhoven Beukenlaan pula menyediakan perkhidmatan kereta api ke bandar-bandar terdekat seperti Tilburg dan Den Bosch.[7]

Bas[sunting | sunting sumber]

Stesen bas Neckerspoel merupakan stesen bas pusat untuk bandar ini. Perkhidmatan bas dalam bandar dan antarabandar serta perkhidmatan Phileas, pengangkutan generasi baru disediakan di stesen ini.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]