Empat Lambang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam ilmu astrologi Cina, Empat Lambang (Bahasa Cina: 四象; pinyin: Sì Xiàng) ialah empat ekor makhluk mitos dalam buruj Cina, setiap satunya melambangkan satu arah dan satu musim, dan juga setiap satunya ada ciri-ciri dan asal-usul tersendiri. Empat Lambang ini pernah digambarkan dalam berbagai-bagai kisah mitos dan cereka bersejarah Asia Timur, di samping juga terpapar dalam komik dan animasi Jepun. Keempat-empatnya juga menerima "nama manusia" setelah meluasnya ajaran Tao di seluruh China.

Empat
Lambang
Naga Hijau
(

青龍)

Burung Merona
(

朱雀)

Harimau Putih
(

白虎)

Kura-kura Hitam
(

玄武)

Unsur Kayu Api Logam Air
Musim Bunga Panas Luruh Sejuk
Arah Timur Selatan Barat Utara
Nama
manusia
Meng Zhang
(

孟章)

Ling Guang
(

陵光)

Jian Bing
(

監兵)

Zhi Ming
(

執明)