Astrologi Cina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Astrologi Cina ialah penilikan nasib masa akan datang berasaskan kalendar Cina yang berteraskan astronomi, dan falsafah Cina kuno. Terutama sekali, astrologi Cina berdasarkan kitaran enam puluh tahun yang dicatat sejak selewat-lewatnya sewaktu dinasti Shang. Kitaran asas ini telah dibina daripada dua kitaran: 10 Batang Samawi (lima unsur dalam bentuk yin dan yang masing-masing) dan 12 Dahan Duniawi, atau kitaran 12 tahun haiwan dalam zodiak Cina. Zodiak haiwan cina juga membentuk kitaran bulanan dan waktu seharian.

Zodiak Cina merupakan kitaran kalendar sejati; tiada buruj yang setara seperti dalam zodiak barat. Pada zaman silam apabila terdapat ahli astrologi yang memerhati langit untuk petanda dari syurga yang meramal masa hadapan negeri, tetapi penilikan ini agak berbeza daripada kaedah masa kini.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Astrologi Cina dikembangkan pada zaman dinasti Zhou (1046–256 SM) dan berkembang mekar sewaktu dinasti Han (abad ke-2 SM hingga abad ke-2 M). Pada zmaan Han, unsur-unsur budaya Cina tradisional yang sekian lama, yakni falsafah Yin-Yang, teori lima unsur, Angkasa dan Bumi, dan keakhlakan ajaran Confucius, disatukan untuk merasmikan rukun-rukun falsafah perubatan, penilikan, ilmu nujum dan alkimia Cina.[1] Terdapat lima planet klasik yang dikaitkan dengan Wu Xing:

Menurut ilmu nujum Cina, takdir hayat seseorang boleh ditentukan oleh kedudukan planet-planet ini ketika masa kelahirannya di samping kedudukan Matahari, Bulan dan komet-komet serta waktu kelahiran dan bintang zodiaknya. Sistem kitaran dua belas tahun bintang haiwan terbentuk daripada pencerapan pengorbitan Musytari (atau Bintang Umur; Cina ringkas: 岁星Cina tradisional: 歳星pinyin: Suìxīng). Dengan mengikuti pengorbitan Musytari di keliling Matahari, para ahli astrologi Cina membahagikan cakera samawi kepada 12 pecahan dan membundarkannya kepada 12 tahun (daripada 11.86). Musytari dikaitkan dengan buruj Sheti (Cina ringkas: 摄提Cina tradisional: 攝提- Boötes).

Terdapat satu sistem untuk menghitung nasib dan takdir seseorang berdasarkan jam, hari dan musim kelahirannya, iaitu Zi Wei Dou Shu (Cina ringkas: 紫微斗数Cina tradisional: 紫微斗數pinyin: zǐwēidǒushù) yang masih digunakan dalam penilikan Cina masa kini, dengan berpandukan 28 buruj Cina atau Xiu (Bahasa Cina: 宿pinyin: xìu) yang agak berbeza dengan sistem 88 buruj amalan Barat. Contohnya, buruj Beruang Besar (Ursa Major) dikenali sebaga Dou (Bahasa Cina: pinyin: dǒu); jalur Orion dikenali sebagai Shen (Cina ringkas: Cina tradisional: pinyin: shēn), ataupun tiga dewa sekawan "Tuah, Kemakmuran, dan Kepanjangan Umur". Tujuh buruj utara dikenali sebagai Xuan Wu (Bahasa Cina: 玄武pinyin: xúanwǔ), iaitu semangat angkasa utara atau semangat air dalam kepercayaan Taoisme.

Selain penilikan jasad-jasad samawi, bintang-bintang di angkasa juga menjadi asas kepada pelbagai cerita dongeng. Misalnya, Segi Tiga Musim Panas merupakan tiga sekawan yang terdiri daripada Si Gembala Lembu (Altair), Si Pari-Pari Penenun (Vega), dan pari-pari "tai bai" (Deneb). Pasangan kekasih terlarang ini terpisah oleh sebatang sungai yang berkilauan (iaitu Bima Sakti). Pada tujuh hari bulan tujuh setiap tahun dalam takwim Cina, terbentuknya sebatang jambatan oleh burung-burung di seberang Bima Sakti. Si Gembala Lembu membawa dua anaknya (dua bintang di setiap sebelah Altair) menyeberangi Bima Sakti dengan jambatan itu untuk bersatu semula dengan ibu mereka Si Pari-Pari Penenun. Pari-pari "tai bai" pula bertindak sebagai caperon kepada dua kekasih daim ini.

Kalendar lunisolar[sunting | sunting sumber]

Kitaran 60 tahun ini terdiri daripada dua kitaran berasingan yang saling berinteraksi. Kitaran yang pertama ialah kitaran 10 Batang Samawi, iaitu Lima Unsur (dalam urutan: Kayu, Api, Tanah, Logam, dan Air) dalam bentuk Yin dan Yang.

Yang kedua ialah kitaran 12 bintang haiwan zodiak ( 生肖 shēngxiāo) atau Dahan Duniawi, iaitu (mengikut urutan): tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing, dan babi.

Gabungan 5 unsur × 12 haiwan menghasilkan kitaran 60 tahun ini yang semestinya bermula dengan Tikus Kayu dan berakhir dengan Babi Air. Oleh sebab kitaran 12 haiwan zodiak ini boleh dibahagi menjadi dua, setiap satu bintang zodiak ini bolehlah hanya tergolong dalam kelompok yin atau yang: naga sentiasa yang, ular sentiasa yin, dsb. Kitaran sekarang bermula pada tahun 1984 (seperti ditunjukkan dalam "Jadual kalendar 60 tahun" di bawah).

Apabila mencuba menghitung tahun yang berkaitan, satu pedoman yang mudah diikuti ialah bahawa tahun yang berakhir dengan angka genap adalah yang, manakala yang angka ganjil adalah yin:

Angka akhir
tahun
Unsur
Yin/yang
Batang
Samawi
0 Logam Yang

gēng

1 Logam Yin

xīn

2 Air Yang

rén

3 Air Yin

guǐ

4 Kayu Yang

jiǎ

5 Kayu Yin

6 Api Yang

bǐng

7 Api Yin

dīng

8 Tanah Yang

9 Tanah Yin

Namun begitu, oleh sebab zodiak Cina (tradisional) mengikuti kalendar Cina (lunisolar), maka tarikh peralihan ialah Tahun Baru Cina, bukannya 1 Januari seperti dalam kalendar Gregory. Maka itu, seseorang yang lahir sebelum Tahun Baru Cina pada tahun tertentu tergolong di bawah bintang zodiak tahun sebelumnya. Contohnya, bagi seseorang yang lahir pada Januari 1970, unsurnya adalah Tanah Yin, bukan Logam Yang. Begitu juga, meskipun tahun 1990 ialah Tahun Kuda, sesiapa yang lahir antara 1 dan 26 Januari 1990 sebenarnya lahir pada Tahun Ular (bintang tahun sebelumnya), kerana Tahun Kuda 1990 hanya bermula pada 27 Januari 1990.

Permulaan zodiak baru turut disambut pada Tahun Baru Cina di samping adat-adat lain.

Jadual kalendar 60 tahun[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Ganzhi

Jadual berikut memaparkan kitaran 60 tahun yang dipadankan dengan kalendar Barat untuk tahun-tahun 1924 - 2043.

Peringatan: aksara-aksara Cina bagi unsur-unsur dan bintang-bintang haiwan dalam jadual ini merupakan aksara khusus untuk astrologi, bukannya aksara-aksara yang biasa digunakan dalam penulisan am.

# Tahun
1924 - 1983
Unsur Tiangan Dizhi Haiwan Tahun
1984 - 2043
1 Feb 05 1924 - Jan 23 1925 Kayu Yang Tikus Feb 02 1984 - Feb 19 1985
2 Jan 24 1925 - Feb 11 1926 Kayu Yin Lembu Feb 20 1985 - Feb 08 1986
3 Feb 12 1926 - Feb 01 1927 Api Yang Harimau Feb 09 1986 - Jan 28 1987
4 Feb 02 1927 - Jan 21 1928 Api Yin Arnab Jan 29 1987 - Feb 16 1988
5 Jan 22 1928 - Feb 08 1929 Tanah Yang Naga Feb 17 1988 - Feb 05 1989
6 Feb 09 1929 - Jan 28 1930 Tanah Yin Ular Feb 06 1989 - Jan 26 1990
7 Jan 29 1930 - Feb 16 1931 Logam Yang Kuda Jan 27 1990 - Feb 14 1991
8 Feb 17 1931 - Feb 05 1932 Logam Yin Kambing Feb 15 1991 - Feb 03 1992
9 Feb 06 1932 - Jan 24 1933 Air Yang Monyet Feb 04 1992 - Jan 22 1993
10 Jan 25 1933 - Feb 13 1934 Air Yin Ayam Jan 23 1993 - Feb 09 1994
11 Feb 14 1934 - Feb 02 1935 Kayu Yang Anjing Feb 10 1994 - Jan 30 1995
12 Feb 03 1935 - Jan 23 1936 Kayu Yin Khinzir Jan 31 1995 - Feb 18 1996
13 Jan 24 1936 - Feb 10 1937 Api Yang Tikus Feb 19 1996 - Feb 06 1997
14 Feb 11 1937 - Jan 30 1938 Api Yin Lembu Feb 07 1997 - Jan 27 1998
15 Jan 31 1938 - Feb 18 1939 Tanah Yang Harimau Jan 28 1998 - Feb 15 1999
16 Feb 19 1939 - Feb 07 1940 Tanah Yin Arnab Feb 16 1999 - Feb 04 2000
17 Feb 08 1940 - Jan 26 1941 Logam Yang Naga Feb 05 2000 - Jan 23 2001
18 Jan 27 1941 - Feb 14 1942 Logam Yin Ular Jan 24 2001 - Feb 11 2002
19 Feb 15 1942 - Feb 03 1943 Air Yang Kuda Feb 12 2002 - Jan 31 2003
20 Feb 04 1943 - Jan 24 1944 Air Yin Kambing Feb 01 2003 - Jan 21 2004
21 Jan 25 1944 - Feb 11 1945 Kayu Yang Monyet Jan 22 2004 - Feb 08 2005
22 Feb 12 1945 - Feb 01 1946 Kayu Yin Ayam Feb 09 2005 - Jan 28 2006
23 Feb 02 1946 - Jan 21 1947 Api Yang Anjing Jan 29 2006 - Feb 17 2007
24 Jan 22 1947 - Feb 09 1948 Api Yin Khinzir Feb 18 2007 - Feb 06 2008
25 Feb 10 1948 - Jan 28 1949 Tanah Yang Tikus Feb 07 2008 - Jan 25 2009
26 Jan 29 1949 - Feb 15 1950 Tanah Yin Lembu Jan 26 2009 - Feb 13 2010
27 Feb 16 1950 - Feb 05 1951 Logam Yang Harimau Feb 14 2010 - Feb 02 2011
28 Feb 06 1951 - Jan 25 1952 Logam Yin Arnab Feb 03 2011 - Jan 22 2012
29 Jan 26 1952 - Feb 13 1953 Air Yang Naga Jan 23 2012 - Feb 09 2013
30 Feb 14 1953 - Feb 02 1954 Air Yin Ular Feb 10 2013 - Jan 30 2014
31 Feb 03 1954 - Jan 23 1955 Kayu Yang Kuda Jan 31 2014 - Feb 18 2015
32 Jan 24 1955 - Feb 10 1956 Kayu Yin Kambing Feb 19 2015 - Feb 07 2016
33 Feb 11 1956 - Jan 29 1957 Api Yang Monyet Feb 08 2016 - Jan 27 2017
34 Jan 30 1957 - Feb 17 1958 Api Yin Ayam Jan 28 2017 - Feb 18 2018
35 Feb 18 1958 - Feb 06 1959 Tanah Yang Anjing Feb 19 2018 - Feb 04 2019
36 Feb 07 1959 - Jan 27 1960 Tanah Yin Khinzir Feb 05 2019 - Jan 24 2020
37 Jan 28 1960 - Feb 14 1961 Logam Yang Tikus Jan 25 2020 - Feb. 11 2021
38 Feb 15 1961 - Feb 04 1962 Logam Yin Lembu Feb 12 2021 - Jan 31 2022
39 Feb 05 1962 - Jan 24 1963 Air Yang Harimau Feb 01 2022 - Jan 21 2023
40 Jan 25 1963 - Feb 12 1964 Air Yin Arnab Jan 22 2023 - Feb 09 2024
41 Feb 13 1964 - Jan 31 1965 Kayu Yang Naga Feb 10 2024 - Jan 28 2025
42 Feb 01 1965 - Jan 20 1966 Kayu Yin Ular Jan 29 2025 - Feb 16 2026
43 Jan 21 1966 - Feb 08 1967 Api Yang Kuda Feb 17 2026 - Feb 05 2027
44 Feb 09 1967 - Jan 29 1968 Api Yin Kambing Feb 06 2027 - Jan 25 2028
45 Jan 30 1968 - Feb 15 1969 Tanah Yang Monyet Jan 26 2028 - Feb 12 2029
46 Feb 16 1969 - Feb 05 1970 Tanah Yin Ayam Feb 13 2029 - Feb 02 2030
47 Feb 06 1970 - Jan 25 1971 Logam Yang Anjing Feb 03 2030 - Jan 22 2031
48 Jan 26 1971 - Feb 14 1972 Logam Yin Khinzir Jan 23 2031 - Feb 10 2032
49 Feb 15 1972 - Feb 02 1973 Air Yang Tikus Feb 11 2032 - Jan 30 2033
50 Feb 03 1973 - Jan 23 1974 Air Yin Lembu Jan 31 2033 - Feb 18 2034
51 Jan 24 1974 - Feb 10 1975 Kayu Yang Harimau Feb 19 2034 - Feb 07 2035
52 Feb 11 1975 - Jan 30 1976 Kayu Yin Arnab Feb 08 2035 - Jan 27 2036
53 Jan 31 1976 - Feb 17 1977 Api Yang Naga Jan 28 2036 - Feb 14 2037
54 Feb 18 1977 - Feb 06 1978 Api Yin Ular Feb 15 2037 - Feb 03 2038
55 Feb 07 1978 - Jan 27 1979 Tanah Yang Kuda Feb 04 2038 - Jan 23 2039
56 Jan 28 1979 - Feb 15 1980 Tanah Yin Kambing Jan 24 2039 - Feb 11 2040
57 Feb 16 1980 - Feb 04 1981 Logam Yang Monyet Feb 12 2040 - Jan 31 2041
58 Feb 05 1981 - Jan 24 1982 Logam Yin Ayam Feb 01 2041 - Jan 21 2042
59 Jan 25 1982 - Feb 12 1983 Air Yang Anjing Jan 22 2042 - Feb 09 2043
60 Feb 13 1983 - Feb 01 1984 Air Yin Khinzir Feb 10 2043 - Jan 29 2044

|}

Lima unsur[sunting | sunting sumber]

Yin atau Yang dipecah menjadi Lima Unsur (Kayu, Api, Tanah, Logam, dan Air) di samping kitaran haiwan. Ini merupakan pengubah yang mempengaruhi sifat-sifat setiap 12 bintang haiwan. Maka itu, setiap bintang haiwan ini bernaung di bawah satu unsur serta satu arah Yin-Yang.

Walaupun diterjemah sebagai 'unusr', namun perkataan xing dalam bahasa Cina membawa erti lebih kurang 'perubahan keadaan dalam kewujudan', 'permutasi' atau 'metamorfosis kewujudan'. [2] Sebenarnya ahli Sinologi masih tercari-cari terjemahan tunggal yang sesuai. Maka, konsepsi Cina bagi 'unsur' agak berbeza berbanding di Barat. Unsur-unsur Barat dilihat sebagai asas kepada jirim. 'Unsur-unsur' Cina pula dilihat sebagai daya atau tenaga yang sentiasa berubah atau bergerak.

Imbangan yin dan yang dan lima unsur dalam pembentukan seseorang banyak mempengaruhi apa yang berfaedah dan berkesan untuknya dari segi feng shui, iaitu bentuk Cina bagi ramalan. Ini adalah kerana setiap unsur dihubungkan dengan arah dan musim tertentu, serta jenis atau daya hidup yang berbeza.

Unsur


Kayu


Api


Tanah


Logam


Air

Arah Timur Selatan Tengah Barat Utara
Musim Bunga Panas Peralihan musim Luruh Sejuk
Makhluk mitos[1] Naga Biru Langit (

青龍) || Burung Merah Merona ( 朱雀) || Naga Kuning ( 黃龍) || Hairmau Putih ( 白虎) || Kura-kura Hitam ( 玄武)

Planet Musytari Marikh Zuhal Zuhrah Utarid
Warna Hijau Merah Kuning Putih Hitam
Organ manusia Hati dan pundi hempedu Sistem peredaran dan jantung Sistem penghadaman, limpa dan perut Sistem pernafasan dan paru-paru Rangka, sistem perkumuhan dan paru-paru
Sifat Murah hati, mesra, mayakinkan, bekerjasama, mahu berkembang, idealistik, beretika, ghairah, suka meneroka Dinamik, kemanusiaan, bertenaga, berkobar-kobar, berdaya usaha, suka mengembara, tidak mudah puas hati, berdaya saing, berkemahiran dalam memimpin, kuat, sepenuh jiwa raga, suka jenaka Sabar, ketenteraan, cermat, stabil, boleh dipercayai, rajin, bercita-cita, degil, penuh tenaga, berdisiplin, kuat, lojik, sedia berkhidmat untuk orang lain Tekun, berdikari, keras hati, kuat, kuat, tegas dan bersemangat, berat mulut, memerlukan ruang bersendiri, sofistikated, suka mncari keseronokan, prihatin, menghormati orang lain Berahsia, menawan, intuitif, belas kasihan, peka, kreatif, fleksibel, patuh, petah, intelek
Bintang zodiak naungan Harimau, Arnab, Naga Ular, Kuda, Kambing Lembu, Naga, Kambing, Anjing[2] Kera, Ayam, Anjing Khinzir, Tikus, Lembu

1 Keempat-empat makhluk ini kecuali Naga Kuning merupakan Empat Lambang dalam pemahaman buruj Cina.
2 Tanah ialah imbangan pusat segala unsur dan juga boleh memberikan sifat kepada kesemua 12 haiwan.

Kitaran unsur[sunting | sunting sumber]

Doktrin lima fasa ini menghuraikan dua Kitaran Imbangan, iaitu satu kitaran penghasilan ( , shēng) dan satu kitaran pemusnahan ( , ).

Penghasilan
  • Kayu membuka Api
  • Api menghasilkan Tanah (abu)
  • Tanah menyimpan Logam
  • Logam mengumpul Air
  • Air menyuburkan Kayu
Pemusnahan
  • Kayu membelah Tanah
  • Tanah menyerap Air
  • Air memadam Api
  • Api meleburkan Logam
  • Logam memotong Kayu

Zodiak Cina[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Zodiak Cina

Zodiak Cina terdiri daripada 12 bintang haiwan yang setiap satunya melambangkan 12 jenis keperibadian yang berbeza. Berikut adalah 12 haiwan yang setiap satunya ditadbir oleh satu unsur dan satu arah Yin atau Yang.

  1. Tikus (Yang, tigaan pertama, unsur Air).
  2. Lembu (Yin, tigaan kedua, unsur Tanah).
  3. Harimau (Yang, tigaan ketiga, unsur Kayu).
  4. Arnab (Yin, tigaan keempat, unsur Kayu).
  5. Naga (Yang, tigaan pertama, unsur Tanah).
  6. Ular (Yin, tigaan kedua, unsur Api).
  7. Kuda (Yang, tigaan ketiga, unsur Api).
  8. Kambing (Yin, tigaan keempat, unsur Tanah).
  9. Monyet (Yang, tigaan pertama, unsur Logam).
  10. Ayam (Yin, tigaan kedua, unsur Logam).
  11. Anjing (Yang, tigaan ketiga, unsur Tanah).
  12. Khinzir (Yin, tigaan keempat, unsur Air).

Bintang haiwan yang ditetapkan oleh tahun kelahiran anda mewakili pandangan orang lain terhadap anda atau bagaimana anda menampilkan diri. Adalah satu tanggapan salah umum bahawa seseorang cuma ada satu bintang iaitu berdasarkan tahun, walhal juga terdapat bintang yang berasaskan bulan, hari, dan waktu kelahiran. Gabungan lengkap tahun, bulan, hari dan waktu kelahiran ini membentuk 'empat tunggak' astrologi Cina untuk menilik nasib seseorang.

Contohnya, jika anda lahir pada 22 Februari 1988, pukul 2.36 pagi, maka anda lahir pada tahun Naga, bulan Harimau, hari Kambing dan waktu Lembu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Xiaochun Sun, Jacob Kistemaker, The Chinese sky during the Han: constellating stars and society, pp.3-4. BRILL, 1997. ISBN 9789004107373
  2. Wolfram Eberhard, A Dictionary of Chinese Symbols, m.s. 93, 105, dan 309, Routledge dan Keegan Paul, London, 1986

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]