Endosperma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Endosperma adalah sejenis tisu yang dihasilkan dalam benih kebanyakan tumbuhan berbunga selepas persenyawaan. Ia mengelilingi embrio dan menyediakan nutrisi dalam bentuk kanji, walaupun ia boleh juga mengandungi minyak dan protein. Hal ini membolehkan endosperma dijadikan suatu sumber nutrisi dalam diet manusia. Sebagai contoh, endosperma gandum dikisar menjadi tepung untuk dibuat roti manakala endosperma barli ialah sumber utama gula dalam pembuatan bir. Contoh endosperma lain yang boleh dimakan juga adalah seperti bahagian "isi" dan "air" kelapa[1] serta jagung. Beberapa jenis tumbuhan tertentu seperti anggerik kekurangan endosperma pada bijinya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "retrieved 14 Julai 2010". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-02. Dicapai pada 2017-08-02.