Kanji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kanji merupakan bahan karbohidrat kompleks yang dihasilkan oleh tumbuhan sebagai penyimpan tenaga setelah menghasilkan makanan dengan menggunakan klorofil dalam proses fotosintesis. Kanji merupakan sejenis polisakarida yang terdiri daripada dua komponen iaitu amilosa dan amilopektin

Kanji digunakan sebagai:

  • bahan untuk memekatkan makanan cair seperti sup dan sebagainya. Biasanya kanji dijual dalam bentuk tepung serbuk berwarna putih yang dibuat dari ubi kayu sebelum dicampurkan dengan air suam untuk digunakan.
  • pengeras pakaian dengan disembur larutan kanji cair ke atas pakaian sebelum disterika.
  • pelekat atau gam.
  • penyerap kelembapan, sebagai contoh, serbuk kanji disapukan pada bahagian kelangkang bayi bagi mengurangkan ruam. Kanji bertindak lebih bagus berbanding bedak talkum kerana kanji menyerap kelembapan dan menjaga pelapik sentiasa kering.

Pencernaan kanji bermula di dalam mulut. Air liur mengandungi banyak enzim α-amilase atau ptialin yang mencernakan kanji kepada maltosa.