Enggang tangling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Enggang tangling
Jantan
Betina
CITES Appendix II (CITES)[2]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Bucerotiformes
Keluarga: Bucerotidae
Genus: Anthracoceros
Spesies:
A. coronatus
Nama binomial
Anthracoceros coronatus
(Boddaert, 1783)

Enggang tangling (Anthracoceros coronatus) ialah spesies enggang dalam keluarga Bucerotidae.

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Ia diperihalkan oleh polymat Perancis Georges-Louis Leclerc, Comte de Buffon pada tahun 1780 dalam Histoire Naturelle des Oiseaux.[3] Ia juga digambarkan dalam pinggan warnaan tangan yang diukir oleh François-Nicolas Martinet dalam Planches Enluminées D'Histoire Naturelle yang dihasilkan di bawah pengawasan Edme-Louis Daubenton untuk mengiringi teks Buffon.[4] Kapsyen pinggan mahupun pemerihalan Buffon tidak memasukkan nama saintifik tetapi pada tahun 1783 semulajadiman Belanda Pieter Boddaert mencipta nama binomial Buceros coronatus dalam katalognya, Planches Enluminées.[5] Ia kini disusunkan dalam genus Anthracoceros yang diperkenalkan oleh semulajadiman Jerman Ludwig Reichenbach pada tahun 1849.[6][7] Ia ialah ekajenis.[7] Nama genus menggabungkan antraks dari bahasa Yunani Purba, yang bermaksud "hitam arang batu" dan keros, yang bermaksud "tanduk". Epitet spesies coronatus ialah perkataan bahasa Rumi untuk "bergombak".[8]

Pemerihalan[sunting | sunting sumber]

Ia bersaiz besar, dengan panjang 65 cm (26 in). Buluannya utamanya hitam. Perut, tompok tekak, sisi ekor, dan sisi belakang sayap kembangnya putih. Paruhnya kuning dengan cula besar yang utamanya hitam. Betina mempunyai kulit mata putih, yang tiada pada jantan. Juvenil tiada cula. Ia mungkin dikelirukan dengan enggang belulang. Beratnya sekitar 1 kg (2.2 lb).

Taburan dan habitat[sunting | sunting sumber]

Ia ialah pembiak biasa di India dan Sri Lanka. Habitatnya ialah hutan luruh malar hijau dan lembap, selalunya berhampiran penempatan manusia. Ia bertaburan di tiga wilayah utama dalam subbenua India: India Tengah dan Timur, di sepanjang Ghats Barat, dan di Sri Lanka. Di India Tengah dan Timur, julatnya dari barat Benggala Barat melalui bahagian Jharkhand, Chhattisgarh, Odisha, Madhya Pradesh, utara dan timur Maharashtra, utara Andhra Pradesh, dan hujung timur laut Telangana. Di sepanjang Ghats Barat, ia bertaburan di beberapa tompok kawasan di sepanjang lereng timur dan di kawasan Konkan dan pantai barat dari barat Maharashtra melalui Goa, Karnataka barat dan Tamil Nadu, dan di Kerala. Di Sri Lanka, ia terdapat utamanya di kawasan hutan rendah dan zon kering serta taman rumah.[9]

Sifat dan tingkah laku[sunting | sunting sumber]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Semasa pengeraman, betina menelurkan dua atau tiga telur putih di dalam lubang pokok, yang dilitup dengan simen yang diperbuat daripada lumpur, najis, dan pulpa buah. Hanya ada satu bukaan sempit, cukup besar untuk jantan untuk memberikan makanan kepada induk dan anak. Apabila anak telah menjadi terlalu besar untuk induk memuatkan diri di dalam sarang bersamanya, induk memecahkan dan membina semula dinding pelitup. Selepas itu, kedua-dua induk memberi makan anak.

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Ia bersifat omnivor, memakan buah-buahan, mamalia kecil, burung, reptilia kecil, serangga dll. Mangsa dibunuh dan ditelan keseluruhannya. Buah ara ialah makanan penting, menyumbang 60% daripada dietnya dari Mei hingga Februari, musim bukan pembiakan; semasa pembiakan, pada bulan Mac dan April, sehingga 75% daripada buah-buahan yang dihantar di sarang ialah buah ara. Ia juga memakan buah-buahan lain, termasuklah buah-buahan Strychnos nux-vomica, yang toksik kepada banyak vertebrata.[10]

Enggang papan dan enggang tangling kerap ditemui di perbandaran Stesen Janakuasa Atom Kaiga berhampiran Karwar. Kepelbagaian biologi yang kaya di dalam hutan di sekitar loji tersebut telah menjadi kediaman kegemaran pelbagai jenis spesies burung yang jarang ditemui.[11] Kajian yang membandingkan populasi dalam tempoh 23 tahun di Dandeli mendapati tiada perubahan ketara.[12]

Di India tengah, masyarakat puak percaya bahawa menggantung tengkorak enggang tersebut (dikenali sebagai dhanchidiya) membawa kekayaan.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BirdLife International (2016). "Anthracoceros coronatus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22682433A92945240. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22682433A92945240.en. Dicapai pada 13 November 2021.
  2. ^ "Appendices | CITES". cites.org. Dicapai pada 2022-01-14.
  3. ^ Buffon, Georges-Louis Leclerc de (1780). "Le calao de Malabar". Histoire Naturelle des Oiseaux (dalam bahasa Perancis). 13. Paris: De L'Imprimerie Royale. m/s. 221–224.
  4. ^ Buffon, Georges-Louis Leclerc de; Martinet, François-Nicolas; Daubenton, Edme-Louis; Daubenton, Louis-Jean-Marie (1765–1783). "Calao, des Philippines". Planches Enluminées D'Histoire Naturelle. 9. Paris: De L'Imprimerie Royale. Plate 873.
  5. ^ Boddaert, Pieter (1783). Table des planches enluminéez d'histoire naturelle de M. D'Aubenton : avec les denominations de M.M. de Buffon, Brisson, Edwards, Linnaeus et Latham, precedé d'une notice des principaux ouvrages zoologiques enluminés (dalam bahasa Perancis). Utrecht. m/s. 53, Number 873.
  6. ^ Reichenbach, Ludwig (1849). Avium Systema Naturale (dalam bahasa Jerman). 1. Dresden and Leipzig: Friedrich Hofmeister. Plate XLIX.
  7. ^ a b Gill, Frank; Donsker, David, penyunting (2019). "Mousebirds, Cuckoo Roller, trogons, hoopoes, hornbills". World Bird List Version 9.2. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 23 July 2019.
  8. ^ Jobling, James A. (2010). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London: Christopher Helm. m/s. 49, 118. ISBN 978-1-4081-2501-4.
  9. ^ Rasmussen, PC; JC Anderton (2005).
  10. ^ Balasubramanian, P.; R. Saravanan and B. Maheswaran (2004).
  11. ^ "Greens pour scorn on Kaiga, but hornbills love it". Deccan Herald. August 6, 2013.
  12. ^ Sneha V; P Davidar (2011). "Status survey of Malabar Pied Hornbill in the Dandeli region, Northern Western Ghats, India" (PDF). Raffles Bulletin of Zoology. Supplement 24: 45–51. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-10-02.
  13. ^ Hislop, Stephen (1866). Papers relating to the Aboriginal tribes of the Central Provinces. Chief Commissioner of the Central Provinces, Nagpur. m/s. 6.