Enjin petrol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Enjin petrol W16 pada kereta Bugatti Veyron.

Enjin petrol adalah sejenis enjin pembakaran dalaman yang berfungsi berasaskan nyalaan bunga api dan direka khusus untuk menggunakan bahan api petrol atau bahan api mudah meruap yang serupa. Ia berbeza dengan enjin diesel mengenai cara udara-bahan api dicampurkan serta kehadiran palam pencucuh. Di dalam enjin diesel, hanya udara dimampatkan manakala bahan api disuntik pada penghujung lejang mampatan. Di dalam enjin petrol pula, udara dan bahan api dicampurkan dahulu sebelum lejang mampatan. Proses campuran ini dilakukan oleh karburetor atau suntikan bahan api elektronik. Campuran awal udara-bahan api membolehkan enjin petrol beroperasi pada putaran enjin lebih tinggi daripada enjin diesel, tetapi dengan nisbah mampatan dan kecekapan yang lebih terhad.

Aplikasi[sunting | sunting sumber]

Enjin petrol mempunyai banyak kegunaan, antaranya termasuklah:

Rekabentuk[sunting | sunting sumber]

Kitaran kerja[sunting | sunting sumber]

Kitar enjin 4 lejang.

Enjin petrol direka sama ada dalam kitar empat lejang atau dua lejang. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk:

Susunan silinder[sunting | sunting sumber]

Susunan silinder yang lazim adalah dari 1-6 silinder sebaris ataupun 2-16 silinder bagi enjin V. Susunan lain adalah dalam bentuk rotari ataupun jejari; susunan jejari biasanya mempunyai 7-9 silinder (satu gelang) atau 10-14 silinder (2 gelang).

Penyejukan[sunting | sunting sumber]

Enjin petrol boleh jadi enjin sejukan udara, melalui sirip-sirip pada silinder, ataupun enjin sejukan cecair, melalui jaket air dan radiator. Bahan penyejuk pada asalnya ialah air tetapi kini menggunakan campuran air dan etilena glikol. Campuran ini mempunyai takat beku yang lebih rendah serta takat didih yang lebih tinggi daripada air tulen. Selain itu, cecair turut dikenakan sedikit tekanan bagi mengurangkan sejatan bahan penyejuk.

Nisbah mampatan[sunting | sunting sumber]

Nisbah mampatan adalah nisbah antara jumlah isipadu pada peringkat awal dan akhir lejang mampatan. Lazimnya, lebih tinggi nisbah mampatan, lebih cekap enjin beroperasi. Walau bagaimanapun, nisbah mampatan terpaksa dihadkan untuk mengelakkan pra-nyalaan campuran udara-bahan api yang seterusnya mengakibatkan ketukan enjin dan seterusnya kerosakan pada enjin. Enjin kereta moden umumnya mempunyai nisbah mampatan antara 9:1 dan 10:1, tetapi nisbah tersebut boleh jadi setinggi 11 atau 12:1 bagi enjin berprestasi tinggi yang menggunakan petrol beroktana tinggi, katakan RON98.

Penyalaan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sistem penyalaan

Enjin petrol menggunakan penyalaan bunga api oleh palam pencucuh dan arus elektrik voltan tinggi bagi palam pencucuh diperoleh daripada magneto ataupun gelung penyalaan. Di dalam enjin kereta moden, pemasaan penyalaan diuruskan oleh unit kawalan enjin elektronik.

Masa depan[sunting | sunting sumber]

Kebimbangan mengenai pemanasan global serta pencemaran udara menimbulkan persoalan mengenai masa depan enjin petrol. Banyak usaha yang telah dilakukan bagi meningkatkan kecekapan bahan api serta bagi mengurangkan emisi dan usaha sebegini memakan masa yang lama. Dalam jangka masa panjang ia mungkin akan digantikan dengan motor elektrik bagi sesetengah aplikasi tetapi ia tidak mungkin akan berlaku tidak lama lagi.

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Rencana Wikipedia yang dipautkan