F.T. Island

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
F.T. Island
Berasal dari Korea SelatanSeoul, Korea Selatan
Genre Pop, Rock, K-Pop, J-Pop
Tahun aktif 2007 (2007)–kini
Label FNC Music, Mnet Media (Korea)
AI Entertainment, Warner Music (Jepun)
Laman web ftisland.com
Ahli
Lee Hong-ki
Choi Jong-hun
Lee Jae-jin
Song Seung-hyun
Choi Min-hwan
Bekas ahli
Oh Won Bin

F.T. Island (Korea: 에프티 아일랜드, Maksud harfiah: Lima Pulau Harta Karun) atau juga disebut sebagai Five Treasure Island atau FTI adalah salah satu band yang terdapat di Korea Selatan.[1] Album debut mereka, Cheerful Sensibility merupakan album ke-6 paling laris pada tahun 2007. Lagu debut mereka, Lovesick ("Mabuk Cinta") pernah berada dalam carta teratas K-Pop selama 8 minggu berturut-turut.[2] Nama rasmi bagi kelab peminat band ini ialah "Primadonna" serta warna rasmi kelab ini ialah "kuning sinaran mentari" dan para peminat membawa bendera kuning rasmi yang dikenali sebagai "pentasticks".[3]

Isi kandungan

Ahli [sunting]

Ahli terkini [sunting]

Lee Hong-ki

  • Nama Hangul : 이홍기
  • Tarikh lahir : 2 Mac 1990
  • Tempat lahir : Seoul
  • Peranan : Penyanyi utama

Choi Jong-hun

  • Nama Hangul : 최종훈
  • Tarikh lahir : 7 Mac 1990
  • Tempat lahir : Seoul
  • Peranan : Ketua band, pemain gitar utama, pemain keyboard

Lee Jae-jin

Song Seung-hyun

Choi Min-hwan

Bekas ahli [sunting]

Oh Won-bin

- Sekarang beliau menjadi artis solo di bawah label yang sama.

Perjalanan karier [sunting]

2007: Debut dan pelancaran album [sunting]

Walaupun album pertama kumpulan F.T. Island, Cheerful Sensibility ("Perasaan Ceria") dijadualkan untuk dilancarkan secara komersil pada Mei 2007, mereka telah muncul dalam sebuah rancangan iaitu "Ingin Jadi Teman Lelakiku?" (Wanna Be My Boyfriend?, Korea: 두근두근 여친만들기) di sebuah saluran televisyen Korea, Mnet. Band ini telah mengadakan persembahan secara langsung di Rolling Hall serta secara rasmi di Live House Melon-AX, Gwangjang-dong di Seoul pada 27 Mei 2007.[4]

Pada 7 Jun, F.T. Island mempersembahkan lagu debut mereka "Love Sick" dalam program muzik televisyen terkenal, M!Countdown dan album "Cheerful Sensibility" juga dilancarkan pada hari yang sama. Walaupun usia mereka ketika itu masih muda, namun mereka telah memikat hati pendengar muzik muda mahupun yang tua dengan muzik mereka serta mereka telah mendapat gelaran band "Budak Bunga" ("Flower Boy"). Lagu debut band ini telah mencapai kejayaan yang membanggakan apabila lagu mereka itu berada di kedudukan yang tinggi dalam kebanyakan carta muzik popular selama 8 minggu berturut-turut di Korea Selatan. Mereka juga mendapat tempat pertama dalam M!Countdown mengalahkan seniman terkenal ketika itu iaitu Dynamic Duo dan Fly to the Sky selepas dua minggu debut mereka.[5]

Terjual sebanyak 79,000 salinan pada 2007, album itu merupakan album jualan terbaik keenam pada tahun itu.[6] Album tersebut dilancarkan semula pada 3 Disember dengan tajuk The Refreshment ("Kesegaran"). Album itu mengandungi tiga lagu tambahan, buku foto, kad gambar dan program campuran yang dikenali sebagai Muzik 2.0. Program ini membolehkan seseorang itu untuk melaraskan tahap instrumen dan vokal mengikut kesesuaian. Album ini pula terjual sebanyak 25,724 salinan pada bulan yang sama.[6]

2008: Aktiviti, album debut bahasa Jepun dan album Colorful Sensibility [sunting]

Setelah melakukan debut di Korea, pihak FNC Music telah menggerakkan aktiviti F.T. Island di luar negara. Pada 31 Mac 2008, sesi autograf di Malaysia telah diadakan di Damansara Cineleisure dan diikuti oleh konsert pertama di Sunway Lagoon Amphitheater. [7]Walau bagaimanapun, konsert tersebut telah dibatalkan dan sebaliknya telah diadakan di Siam Paragon, Thailand pada 12 April. Band ini telah mempersembahkan lagu-lagu daripada album mereka dan menunjukkan bakat masing-masing dalam persembahan solo.[8]

Album mini bahasa Jepun pertama F.T. Island iaitu Prologue of F.T. Island: Soyogi (Prolog F.T. Island: Soyogi) telah dilancarkan pada 7 Jun 2008 dengan "single" yang diperkenalkan iaitu Soyogi. Album tersebut mengandungi lapan buah lagu dimana dua daripadanya iaitu F.T. Island (FT 아일랜드, "Pulau F.T.") dan Primadonna (프리 마돈나, "Primadona") telah diubah menjadi versi baharu. Runut lagu terakhir, Always Be Mine (Sentiasa Milikku) adalah versi lagu First Kiss (첫키스, "Ciuman Pertama") dalam bahasa Inggeris yang diambil daripada album debut band ini. Video muzik juga Soyogi dan Friendship ("Persahabatan") juga dilancarkan dimana video ini memaparkan sisi pemuda dan profesionalisme band ini.

Setelah aktiviti promosi di Jepun berakhir, band ini telah kembali ke Korea dan seterusnya melancarkan album kedua mereka iaitu Colorful Sensibility ("Warna-warni Perasaan") pada 27 Ogos 2008. Mengikuti album tersebut ialah album mini Colorful Sensibility Part 2 yang dikeluarkan pada 17 Oktober 2008.

2009: Perubahan dan diskografi baharu [sunting]

Pada 28 Januari 2009, Oh Won-bin telah disahkan keluar daripada F.T. Island serta digantikan dengan pelatih FNC, Song Seung-hyun sebagai pemain gitar dan vokalis sandaran. Dengan pelbagai perubahan baharu, band ini telah melancarkan video muzik untuk lagu daripada album mini pertama mereka iaitu Bad Woman ("Wanita Jahat").

Diskografi [sunting]

Rencana utama: Diskografi F.T. Island

Diskografi Korea [sunting]

Tarikh pelancaran Jenis Judul
7 Jun 2007 Album Cheerful Sensibility
6 Disember 2007 Album The Refreshment
25 Ogos 2008 Album Colorful Sensibility Bhg. 1
17 Oktober 2008 Album mini Colorful Sensibility Bhg. 2
13 Februari 2009 Album mini Jump Up
20 Julai 2009 Album Cross & Change
13 Oktober 2009 Single digital The One
29 Oktober 2009 Album pakej semula Double Date
26 Ogos 2010 Album mini Beautiful Journey
20 Oktober 2010 Single digital TWENTYth Urban
24 Mei 2011 Album mini RETURN
27 Julai 2011 Single Let It Go!

Diskografi Jepun [sunting]

Tarikh pelancaran Jenis Judul
7 Jun 2008 Album mini Prologue of F.T. Island: Soyogi
17 Disember 2008 Single The One
22 April 2009 Single I Believe Myself
21 Oktober 2009 Single Raining
16 Disember 2009 Album So Long, Au Revoir
17 April 2010 Album Japan Special Album Vol. 1
19 Mei 2010 Single Flower Rock
14 Julai 2010 Single Brand-new Days
17 November 2010 Single So Today...
20 April 2011 Single SATISFACTION
18 Mei 2011 Album Five Treasure Island

Rujukan [sunting]

Pautan luar [sunting]