Fabián Orellana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fabián Orellana
Maklumat peribadi
Nama penuh Fabián Ariel Orellana Valenzuela
Tarikh lahir (1986-01-27) 27 Januari 1986 (umur 38)
Tempat lahir Santiago, Chile
Ketinggian 1.68 m (5 ka 6 in)
Posisi permainan Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Eibar
Nombor 14
Kerjaya remaja
Colo-Colo
2000–2004 Audax Italiano
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2009 Audax Italiano 117 (27)
2009–2011 Udinese 0 (0)
2009–2010Xerez (pinjaman) 26 (2)
2010–2011Granada (pinjaman) 36 (8)
2011–2013 Granada 17 (0)
2011–2012Celta Vigo (pinjaman) 37 (13)
2013–2017 Celta 120 (19)
2017Valencia (pinjam) 16 (1)
2017–2018 Valencia 0 (0)
2018Eibar (pinjam) 17 (3)
2018– Eibar 33 (3)
Pasukan kebangsaan
2007– Chile 40 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 19 Mei 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 31 Ogos 2017

Fabián Ariel Orellana Valenzuela (lahir 27 Januari 1986) merupakan pemain bola sepak Chile yang kini bermain untuk Eibar. Beliau bermain di posisi sayap.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Orellana memulakan kerjayanya di Colo-Colo dan berpindah ke Audax Italiano pada 2000. Beliau membuat debut liga Chile pada usia 18 tahun serta sempat menjaringkan gol lida dalam 38 perlawanan pada musim 2007.

Beliau menandatangani kelab Udinese Calcio di Itali pada 30 Jun 2009 tetapi beliau kemudian dipinjam ke kelab Xerez CD di Segunda División. Pada 2011, beliau berpindah ke Granada dan beliau pernah dibuang padang sebanyak tiga kali ketika bersama kelab Andalusia itu.

Pada September 2011, beliau dipinjam ke kelab Celta de Vigo.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Orellana membuat debut untuk pasukan kebangsaan Chile pada 2007. Pada 15 Oktober 2008, beliau menjaringkan gol pertamanya ketika kempen kelayakan Piala Dunia FIFA 2010 menentang Argentina, 1-0.

Pada 10 Oktober 2009, Orellana menjaringkan gol keduanya untuk Chile pada kempen yang sama ketika menang 4-2 ke atas Colombia dan kemenangan itu membuatkan Chile layak ke Piala Dunia buat pertama kali selepas 12 tahun. Beliau bermain pada kejohanan Piala Dunia 2010 ketika tewas 2-1 pada peringkat kumpulan menentang juara dunia, Sepanyol.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
15 Oktober 2008 Santiago, Chile  Argentina
1–0
1–0
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
2
10 Oktober 2009 Medellín, Colombia  Colombia
2–4
2-4
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010

Pautan luar[sunting | sunting sumber]