Fail:LogoPengangkutanAwam-TransitRel-ERL.png

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

LogoPengangkutanAwam-TransitRel-ERL.png(200 × 150 piksel, saiz fail: 14 KB, jenis MIME: image/png)

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) menyediakan perkhidmatan rel laju ekspres tanpa henti dan pengantara yang menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

SISTEM TRANSIT BERSEPADU KUALA LUMPUR

KL SENTRAL-KLIA (EKSPRES)
Perkhidmatan rel laju ekspres KLIA Ekspres.
KL SENTRAL-KLIA (TRANSIT)
Perkhidmatan rel laju pengantara KLIA Transit.


Perkhidmatan rel penghubung KLIA Ekspres dan KLIA Transit dikendalikan Express Rail Link Sdn Bhd (ERLSB). Ia adalah sebuah projek penswastaan kerajaan Malaysia dengan penglibatan YTL Corporation Berhad, Lembaga Tabung Haji dan Trisilco Sdn Bhd dengan masing-masing mempunyai pegangan saham sebanyak 50%, 40% dan 10% dalam Express Rail Link Sdn Bhd. Pada 25 Ogos 1997, kerajaan Malaysia telah menyerahkan konsesi 30 tahun kepada syarikat tersebut untuk membiayai, membina, menyelenggara dan mengendalikan sistem dan perkhidmatan rel yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL dengan ibu negara.

Kerja-kerja pembinaan pula bermula pada bulan Mei 1997 dan siap lima tahun kemudian. Ia diserahkan kepada konsortium SYZ, sebuah konsortium usahasama Malaysia-Jerman dengan penglibatan Siemens AG, Siemens Electric Engineering Sdn Bhd dan Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd. ERL Maintenance Support Sdn Bhd yang ditubuhkan pada tahun 1999 bertanggungjawab terhadap operasi dan penyelenggaraan tren milik Express Rail Link Sdn Bhd. Ia pada mulanya adalah sebuah syarikat usahasama diantara Express Rail Link Sdn Bhd dan Siemens AG tetapi kini dimiliki sepenuhnya oleh Express Rail Link Sdn Bhd.

Krisis kewangan rantau Asia pada tahun 1997 menyebabkan projek tersebut tergendala seketika. Walaubagaimanapun, atas sokongan padu kerajaan Malaysia projek rel penghubung bandar raya Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL diteruskan. Nilai keseluruhan projek tersebut menelan belanja sebanyak RM2.4 bilion yang dibiayai melalui pengabungan ekuiti (RM500 juta), pinjaman kewangan sebanyak RM940 juta daripada Bank Pembangunan Dan Infrastruktur Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) dan baki selebihnya melalui kemudahan eksport kredit daripada empat institusi kewangan Jerman. Express Rail Link Sdn Bhd mencapai keuntungan pada tahun 2003 setelah hanya satu tahun beroperasi.


Lesen hak cipta[sunting | sunting sumber]

Copyrighted Ini merupakan sebuah logo yang mempunyai hak milik dan/atau hak cipta. Adalah dipercayai bahawa imej logo berleraian rendah boleh digunakan di Wikipedia untuk menerangkan badan, pasukan atau syarikat berkenaan atas alasan kegunaan wajar tertakluk kepada undang-undang hak cipta Amerika Syarikat.

Penggunaan logo tersebut tidak bermakna organisasi tersebut menyokong Wikipedia atau Yayasan Wikimedia, dan tidak juga bermakna Wikipedia atau Yayasan Wikimedia menyokong organisasi tersebut. Lihat Wikipedia:Logo dan Wikipedia:Hak cipta.

Sejarah fail

Klik pada tarikh/waktu untuk melihat rupa fail tersebut pada waktu itu.

Tarikh/WaktuGambar kenitUkuranPenggunaKomen
semasa18:33, 22 Mac 2007Gambar kenit bagi versi pada 18:33, 22 Mac 2007200 × 150 (14 KB)Yamahaboy81 (bincang | sumb.)