Fatal Chaos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fatal Chaos
FatalChaos2.jpg
Genre Aksi, Fantasi, Pengembaraan, Seni bela diri
Komik
Pelukis Benny Wong
Penerbit Kumpulan Art Square
Majalah Asal Starz
Majalah Lain Gempak
Tarikh Pengeluaran 1 Jun 20042008
Jilid 5 (Senarai jilid-jilid)
Portal Komik dan Novel

Fatal Chaos ialah sebuah komik Malaysia yang bergenrekan aksi jenaka sebuah hasil karya Ben Wong dan telah disirikan di dalam majalah Starz dan kemudiannya di majalah Gempak. Komik ini turut mempunyai lima jilid.

Fatal Chaos pada asalnya dilukis dan dikarang sepenuhnya oleh Ben, namun selepas beliau keluar dari GempakStarz, ia dilukis oleh staf GempakStarz.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

T-Rex merupakan seorang pelajar ahli seni bela diri yang bermasalah. Setelah lapan kali dibuang sekolah dalam tempoh setahun kerana masalah disiplin, dia tiba ke sekolah baru dengan harapan yang kosong. Di sana, dia menemui kawannya Max dan mula mengenali Eva dan adiknya Eve. Pada saat cintanya kepada Eva mula berputik, muncul pula Leo Stiffer yang bakal memberi persaingan kepada T-Rex baik dari segi percintaan mahupun kemahiran berlawan. Rex telah menyertai satu pertandingan yang dipanggil Royal Survivor Battle. Dalam pertandingan itu, Rex telah mengetahui tentang satu organisasi yang dipanggil Evil Rabbit dan diketuai oleh Ketua Evil Rabbit yang merupakan seorang ninja. Keadaan menjadi buruk apabila Evil Rabbit mengganas dan mengakibatkan kematian Max yang telah dibunuh oleh salah seorang ahli Evil Rabbit dan Ketuanya telah membutakan mata Eva. Keadaan ini telah mengakibatkan kemarahan Rex dan menonjolkan kuasanya yang telah lama terpendam. Rex telah mengetahui bahawa terdapat satu makhluk yang amat berkuasa yang dipanggil Berbakov berada dalam dirinya yang telah diwarisi daripada ibunya. Dengan kuasa yang hebat dan didikan Pakham, Rex telah menguasai kuasa itu dan menggunakannya untuk menentang Evil Rabbit. Keadaan menjadi kucar-kacir apabila Max yang disangka telah mati, bangkit hidup semula dengan bantuan Ketua Evil Rabbit dan menjadi ketua Evil Rabbit yang baru untuk menentang Rex. Mereka berdua pun bertarung dan Rex telah memenangi pertarungan itu tanpa membunuh Max yang kemudiannya insaf.

Protagonis[sunting | sunting sumber]

T-Rex[sunting | sunting sumber]

T-Rex merupakan watak utama dalam novel ini. Telah 8 kali dibuang sekolah kerana masalah disiplinnya dan kemasukan Rex ke sekolah barunya telah menyedarkan bahawa terdapat orang yang lebih kuat daripadanya. Rex amat meminati Eva,anak Pakham namun akhirnya dia lebih menyukai adik Leo Stiffer, Cleo. Rex mempunyai satu kuasa yang hebat menggunakan kuasa ini untuk menghapuskan Geng Evil Rabbit.

Eva[sunting | sunting sumber]

Eva merupakan anak kepada guru Rex, iaitu Pakham. Dia merupakan bekas kekasih Leo Stiffer dan diminati oleh Rex. Merupakan seorang yang sangat hebat dalam seni pertahankan diri sehingga dianggap setanding dengan Leo Stiffer. Kedua-dua matanya menjadi buta kerana telah diserang oleh Ketua Evil Rabbit.

Eve adik kepada Eva.Rakan sekelas Max. Tidak mengetahui sebarang teknik mempertahankan diri seperti kakaknya tetapi sangat baik hati

Max kawan karib T-Rex.Mahir dalam seni bela diri Thai.Menaruh hati kepada Eve. Dia telah dibunuh oleh Perempuan Judo tetapi kemudian dia telah dihidupkan oleh Ketua kumpulan Evil Rabbit

Pakham ayah kepada Eva dan Eve. Mengajar Rex seni bela diri.

Antagonis[sunting | sunting sumber]

Lelaki bertopeng Salah seorang ahli kumpulan Evil Rabbit. Mahir dalam ilmu ninja dan ilmu gelap. Orang yang membutakan mata Eva dan menghidupkan Max.

Ketua Evil Rabbit merupakan ketua kumpulan Evil Rabbit.

Perempuan Judo ahli kempulan Evil Rabbit. Salah satu musuh utama Max dan Phoebe, kerana Phoebe telah meninggalkan kumpulan Evil Rabbit dan dia telah menggantikan tempat Phoebe. Selepas dia meningkari arahan ketua Evil Rabbit,dia dihukum oleh Lelaki bertopeng kemudian dikurniakan kuasa kegelapan oleh ketua Evil Rabbit. Telah membunuh Max selepas mendapat kuasa kegelapan.

Yang Remeh[sunting | sunting sumber]

  • Pakham mirip bintang bola sepak David Beckham.Mempunyai nama dan rambut yang hampir serupa serta sering kali memakai jersi nombor '23' iaitu jersi yang dipakai oleh Beckham sewaktu di Real Madrid
  • Ben tidak sempat menghabiskan komik ini kerana beliau telah pun meninggalkan Kumpulan Art Square sebelum sempat menghabiskan komik ini dan Le.Gardenie

Pautan luar[sunting | sunting sumber]




Ciptakan templat Tunas-komik
 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.