Flowers and Trees

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Flowers and Trees
Siri Silly Symphonies
250px
Poster
Pengarah Burt Gillett
Penerbit Walt Disney
Studio Walt Disney Productions
Pengedar United Artists
Tempoh 8 minit
Negara Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat

Flowers and Trees ialah sebuah filem kartun Silly Symphonies 1932 yang diterbitkan oleh Walt Disney, diarah oleh Burt Gillett, dan dikeluarkan di pawagam oleh United Artists pada 30 Julai 1932. Ia merupakan filem keluaran komersil pertama yang dihasilkan dala proses Technicolor tiga jalur penuh warna, setelah bertahun-tahun menggunakan filem Technicolor dwiwarna.

Flowers and Trees sudah pun sedang diterbitkan sebagai kartun hitam putih sebelum Walt Disney menyaksikan ujian Technicolor tiga jalur oleh Herbert Kalmus. Setelah memutuskan bahawa Flowers and Trees sesuai sekali untuk menguji proses tersebyt, beliau membatalkan filem hitam putih itu dan membikin semula filem tersebut dalam warna. Flowers and Trees yang berwarna-warni ini mendapat sambutan hangat dan memenangi Anugerah Akademi untuk Filem Pendek Animasi.

Berkat kejayaan Flowers and Trees, semua kartun Silly Symphonies yang berikutnya dihasilkan dalam Technicolor tiga jalur, apatah lagi penambahan warna membantu meningkatkan pendapatan yang kurang memberangsangkan untuk siri kartun ini. Satu lagi siri kartun Disney, iaitu siri filem pendek Mickey Mouse, dianggap cukup menyerlah supaya tidak memerlukan penambahan warna, dan oleh itu kekal dalam bentuk hitam putihn sehingga The Band Concert pada tahun 1935.

Kontrak eksklusif Disney dengan Technicolor yang berkuatkuasa hingga akhir tahun 1935, memaksa penggiat seni animasi lain seperti Ub Iwerks dan Max Fleischer untuk menggunakan proses dwiwarna Technicolor yang lama atau sistem dwiwarna pesaing seperti Cinecolor.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]