Garfield

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Garfield (kanan) dan Odie

Garfield adalah jalur komik yang dicipta oleh kartunis Jim Davis dan disiarkan sejak 19 Jun 1978. Komik ini menceritakan kisah seekor kucing bernama Garfield, pemiliknya Jon Arbuckle dan anjing peliharaannya Odie. Setakat 2007, ia disindiketkan di sekitar 2,580 akhbar dan jurnal dan kini memegang Rekod Dunia Guinness bagi jalur komik paling banyak disindiket di dunia.[1] Kepopularan jalur komik ini telah mendorong kepada siaran kartun kanak-kanak, beberapa animasi televisen khas dan dua filem aksi hidup penuh, termasuk sejumlah besar barangan berkait dengan Garfield.

Watak utama ini dinamakan sempena datuk Davis, James Garfield Davis, yang dinamakan sempena Presiden Amerika Syarikat James Garfield.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Garfield Named World's Most Syndicated Comic Strip". Business Wire. 22 Januari 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-30. http://www.webcitation.org/69Xk6Vn2T. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]