Lasagna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
LASAGNA


SEJARAH LASAGNA

Terdapat tiga teori tentang asal-usul lasagna. Dua yang menandakan hidangan Yunani kuno. Teori utama ialah lasagna berasal dari Greek iaitu (laganon) iaitu kunci kira-rata doh pasta yang dipotong menjadi jalur. Perkataan (lagana) masih digunakan dalam bahasa Yunani bermaksud sejenis rata nipis roti yang tidak beragi.

Teori lain adalah lasagna merupakan perkataan yang berasal dari Yunani (lasana) atau (lasanon) yang bermaksud "tatakan kaki tiga atau stand for periuk", "ruang periuk". Orang-orang Rom meminjam perkataan sebagai "lasanum", yang bermaksud "periuk" dalam bahasa Latin. Orang-orang Itali menggunakan perkataan untuk merujuk kepada hidangan di mana lasagna dibuat. Kemudian nama makanan mengambil nama pinggan hidangan.

Teori ketiga telah dicadangkan ialah hidangan ini merupakan satu perkembangan Bahasa Inggeris resipi abad ke-14 "Loseyn" seperti yang diterangkan dalam Forme of Cury, buku memasak ini digunakan semasa pemerintahan Richard II. Walau bagaimanapun, teori ini masih menjadi perbalahan kerana ia boleh dikatakan bahawa tomato adalah asas ramuan lasagna. Ini tidak tiba di Eropah sehingga selepas Columbus sampai ke Amerika pada tahun 1492 (Perbincangan terawal tomato dalam kesusasteraan Eropah muncul dalam herba yang ditulis pada tahun 1544 oleh Pietro Andrea Mattioli manakala buku masakan terawal yang ditemui dengan resipi tomato telah disiarkan dalam Naples dalam 1692, walaupun penulis telah nampaknya mendapat resepi dari sumber-sumber Sepanyol


CARA-CARA MEMBUAT LASAGNA Bahan-bahan ( 6 orang )


1) 300g daging cincang (lagi senang kalau guna daging burger sebab berperisa)
2) 1 botol prego (yang kecil)
3) 2-3 batang celery
4) cendawan butang (sebanyak yang suka)
5) 2 biji tomato (potong dadu)
6) 1 biji lobak merah (dihiris halus)
7) 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
8) 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
9) 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
10) Sedikit lada sulah
11) Garam secukup rasa
12) Gula secukup rasa
13) Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar - tak perlu direbus dahulu)
14) 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
15) 2 sudu besar mentega
16) 4 sudu besar tepung gandum - boleh tambah kalau nak likatkan kuah
17) 1 peket Cheddar cheese (115g) - apa-apa jenama pun boleh. Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat
18) cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
19) 1-2 cawan susu segar (yang dalam kotak/botol tu - boleh tambah kalau suka cheese sauce cair)
20) Sedikit garam dan lada hitam/sulah untuk perasa (Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti capsicum, broccoli dll kalau nak) Boleh juga masukkan chicken cubes untuk perasa tambahan
Cara-cara


1) Panaskan oven 180 C
2) Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
3) Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
4) Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya
5) untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
6) Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
7) Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
8) Sediakan sauce pan, panaskan.
9) Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
10) Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
11) Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
12) Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
13) Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
14) Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
15) Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)


--FaradyanaAzman (bincang) 10:04, 6 Disember 2011 (UTC)FaradyanaAzman

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan