Gema Dari Menara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gema Dari Menara
PengarahMohasbi Ahmad
Lakon layarMohasbi Ahmad
Cerita olehAbdul Saman Kahar
Dihasilkan oleh
  • Pengiran Anak Kemaluddin
  • Othman Hafsham (bersama)
  • Osman Hj, Shamsuddin (bersekutu)
Dibintangi
  • Pengiran Abbas P.H. Besar
  • Harun Md. Dom
  • Jamaliah Abu
SinematografiMohd Rosli Hussain
Disunting olehMohasbi Ahmad
Muzik olehSaiful Bahri
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
23 Oktober 1968
Masa tayangan
80 minit
NegaraBrunei
BahasaMelayu Brunei

Gema Dari Menara merupakan sebuah filem drama dokumentari Brunei 1968 arahan Mohasbi Ahmad terbitan Jabatan Hal Ehwal Ugama Brunei dengan kerjasama Filem Negara Malaysia.[1]

Ditujukan sebagai kisah terhadap sekularisasi yang semakin meningkat di Brunei, ia berkisarkan tentang seorang anak lelaki yang taat dan adik-beradiknya yang memberontak yang akhirnya bertaubat dari perbuatan maksiat seperti seks luar nikah, pengambilan alkohol dan perjudian. Filem ini ditayangkan pada 23 Oktober 1968 dan merupakan filem cereka pertama Brunei.[2]

Premis[sunting | sunting sumber]

Melihat perubahan yang dilakukan oleh Brunei melalui kekayaan minyak, dan konflik antara generasi muda, Barat dan ibu bapa mereka yang lebih konservatif, dengan memberi tumpuan kepada satu keluarga dan bagaimana reaksi mereka terhadap perubahan zaman.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

  • Pengiran Abbas P.H. Besar sebagai Azman
  • Dayang Aishah Md. Noor sebagai Shamsiah
  • Abu Bakar Ahmad sebagai Haji Bahar
  • Pengiran Umi Pengiran Idrus sebagai Che Timah
  • Harun Md. Dom sebagai Nordin
  • Jamaliah Abu sebagai Noriah
  • Abd Kader Cheku sebagai Zulkifle
  • Haji Tarif P.S.W. Haji Mohd sebagai Hassan
  • Junaidi Safar sebagai Ahmad
  • Yusof Hj. Kadir sebagai Hakim
  • Salmah Ibrahim sebagai Salmah

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Gema Dari Menara ialah filem sulung arahan Mohasbi Ahmad, yang merupakan pseudonim untuk Mohammad Hassan – pelakon, pengarah dan penerbit yang berkhidmat untuk Filem Negara Malaysia. Jamaliah Abu yang turut bekerja untuk Filem Negara Malaysia, memegang watak sebagai Noriah. Kos pembikinan filem ini dianggarkan berjumlah $140,000,00.[3][4]

Tetapan[sunting | sunting sumber]

Filem ini ialah catatan visual yang jarang berlaku mengenai budaya yang lebih liberal di negara Brunei sebelum mencapai kemerdekaan. Filem ini menampilkan rakaman lokasi kawasan kejiranan seperti Jembatan Rangas, Jerudong dan Batu Satu, serta muzik Dendang Teruna, sebuah kugiran tempatan yang popular yang sering ditayangkan di Radio Brunei (kini Radio Televisyen Brunei), namun tidak pernah merakamkan sebarang album.

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Filem ini dikeluarkan pada 23 Oktober 1968 dan dipertontonkan di Teater Boon Pang Baharu di Bandar Seri Begawan.[1][5] Gema Di Menara juga pernah dipertontonkan di National Gallery Singapore pada 6 September 2016.[1] Filem ini meraikan ulang tahun ke-50 pada 23 Oktober 2018.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Aiman Tirrand (17 Ogos 2018). "Gema Dari Menara - Filem pertama Brunei bakal sambut jubli emas". 1001 Magazine. Dicapai pada 29 April 2020.
  2. ^ "Gema Dari Menara / Echoes from the Minaret: A Conversation with Mervin Espina about the Lost Cinema of Brunei" (PDF). Cinematheque Quarterly (National Museum of Singapore) (Jul-Sep 2013): 64–75.
  3. ^ "Filem Negara akan membuat filem chorak keugamaan". Berita Harian. 11 Ogos 1967. m/s. 1. Dicapai pada 12 Ogos 2018.
  4. ^ "'Gema Dari Menara' untok negara2 Islam". Berita Harian. 4 Mac 1968. m/s. 7. Dicapai pada 12 Ogos 2018.
  5. ^ Imelda Groves HA (13 Ogos 2018). "Mesyuarat sambutan 50 tahun Gema Dari Menara". Media Permata. Dicapai pada 3 Mei 2020.
  6. ^ "Gema Dari Menara raikan ulang tahun ke-50". BruDirect. 13 Ogos 2018. Dicapai pada 29 April 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]