Gemilang (siri TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gemilang
Genre Drama
Pencipta Mira Mustaffa
Pengarah Kabir Bhatia
Dibintangi Shahz Jaszle
Kamal Adli
Tiz Zaqyah
Tasha Shilla
Datuk Jalaluddin Hassan
Bilangan episod 13 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutif Mohd Frank Lewis
Siti Marzuliana Marzuki
Penerbit Francis Foo
Kabir Bhatia
Mira Mustaffa
Syarikat penerbitan Filmscape
Penyiaran
Saluran asal TV3
Siaran asal 24 Januari 2011 – 18 April 2011
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

Gemilang ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia terbitan Filmscape, dibintangi oleh Shahz Jaszle, Kamal Adli, Tiz Zaqyah, Tasha Shilla dan Datuk Jalaluddin Hassan. Drama ini mengisahkan empat orang belia yang membuka sekolah swasta di kawasan pedalaman mencerahkan masa depan anak-anak remaja yang tidak cemerlang dalam pelajaran.

Isi kandungan

Sinopsis [sunting]

Saifullah lahir dalam keluarga pekebun getah yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tetapi membesar menjadi insan yang berada dan berjaya. Demi berbakti kepada anak watan di kampung halamannya, dia menubuhkan sebuah sekolah istimewa untuk remaja yang gagal dalam peperiksaan atau keciciran dari sekolah biasa. Untuk itu, dia menubuhkan Institut Gemilang dan mendapat pertolongan daripada tiga orang taulannya, Umar, Ruhana dan Asma, serta guru sekolahnya dahulu, Talib.

Pelakon [sunting]

Watak utama [sunting]

Murid-murid Institut Gemilang [sunting]

  • Talha Harith sebagai Azlan
  • Munifi Isa sebagai Johan
  • Kpenq Zulkifli sebagai Ringgo
  • Puteri Chi Chi sebagai Dahlia
  • Amin Abu Bakar sebagai Kahar
  • Gregory Sze Lai Huat sebagai Chee Keong
  • Kishz sebagai Raj
  • Nashreen sebagai Hamzah
  • Diandra Arjunaidi sebagai Suzanne
  • Syed Ali sebagai adik Saif yg kedua
  • Chomatt Samad sebagai adik Saif yg keempat

Episod [sunting]

Senarai ini tidak lengkap. Bantu kami melengkapkannya.

Episod Tarikh siaran pertama
"Episod 1" 24 Januari 2011
Saifullah terkenang zaman kanak-kanaknya di Kampung Kuala Dong sebagai murid paling cemerlang di sekolahnya, tetapi terpaksa berhenti sekolah untuk menampung kehidupan keluarga setelah ibunya mati. Setelah berkali-kali dipujuk supaya kembali belajar, dia akhirnya berbuat demikian setelah bapanya pula meninggal dunia, lalu menumpang rumah gurunya, Talib. 
"Episod 2" 31 Januari 2011
Saifullah dan Umar ke kampung halaman sendiri untuk mengajar di situ sambil bertegur sapa dengan guru lamanya. Dia terkenang waktu dia diterima sebagai anak angkat oleh orang kaya kerana pernah menolong orang kaya itu membaiki kereta. Saifullah berjaya merungkai sebab Asma, anak saudara Cikgu Talib, bersikap dengki terhadapnya sejak kecil. 
"Episod 3" 7 Februari 2011
Setelah penat bekerja sebagai pengurus bank, Saifullah tekad untuk membuka sekolah dengan bantuan Umar untuk menolong anak muda yang tidak bernasib baik di Ulu Dong. Sekolah baru itu dinamakan Institut Gemilang. Asma dan Ruhana (kenalan Umar) menawarkan diri mereka untuk menjadi guru di sekolah itu. Dengan itulah mereka berempat mula mencari pelajar yang tidak berjaya dalam peperiksaan sekolah biasa. 
"Episod 4" 14 Februari 2011
Asma marah dengan Saifullah yang disangka menerima geran dari seorang kampung yang anaknya, Azlan enggan mengulangi persekolahan, tetapi Lah rupa-rupanya menolak geran itu dan Azlan akhirnya sudi bersekolah lagi. Dengan itu, Institut Gemilang mengadakan kelas pertamanya. Tetapi awal-awal lagi sudah timbul masalah pelajar hendak tercicir, apabila Chee Keong terpaksa mengambil alih kerja bapanya yang cedera di kilang. Ini menyebabkan Saif terkenang zaman kanak-kanaknya apabila dia berhenti sekolah setelah ibunya meninggal. 
"Episod 5" 21 Februari 2011
 
"Episod 6" 28 Februari 2011
 
"Episod 7" 7 Mac 2011
 
"Episod 8" 14 Mac 2011
 
"Episod 9" 21 Mac 2011
 
"Episod 10" 28 Mac 2011
 
"Episod 11" 4 April 2011
 
"Episod 12" 11 April 2011
 
"Episod 13" 18 April 2011
 

Pautan luar [sunting]

TV3: Isnin, 9 malam
Sebelumnya Gemilang
(24 Januari – 18 April 2011)
Berikutnya
No Ordinary Family
(berpindah ke 10 malam)
Juvana