Shahz Jaszle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Shahz Jaszle
Shah Jaszle-778786.jpg
Kelahiran Mohd Shahrizal Jaszle bin Jasmin
30 Julai 1988 (25 tahun)
Kampung Baru, Kuala Lumpur,  Malaysia
Etnik Melayu
Pendidikan Diploma[1]
Pekerjaan Pelakon, Model
Tahun aktif 2008—kini
Anugerah Artis Baru Lelaki Popular ABPBH 2010

Shahz Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle bin Jasmin merupakan seorang model dan pelakon popular di Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi watak Ash dalam siri TV Tari Tirana pada tahun 2009. Kelibatnya mula mencuri tumpuan dan menjadi kegilaan ramai apabila muncul dalam siri TV Asmara dan terbaru Gemilang dan Tahajjud Cinta di TV3.

Penglibatan awal[sunting | sunting sumber]

Jejaka campuran darah Cina, Pakistan dan Melayu Indonesia ini sebenarnya telah berkecimpung dalam dunia seni sejak tahun 2006 iaitu pada usia 19 tahun. Bermula dengan program TV Naratif Remaja terbitan RTM sehinggalah drama bersiri Tari Tirana yang benar-benar melonjakkan namanya, Shahz telah melalui pelbagai cabaran sebelum namanya dikenali.

Cita-cita asalnya adalah untuk bergelar seorang chef. Malah Shahz berpeluang mengambil sijil kursus perhotelan dan katering di Kolej Komuniti, Selangor, sebelum terjun ke dunia lakonan. Tidak pernah terlintas dalam kepalanya untuk jadi pelakon sebelum ini. Mulanya hanya menemani seorang teman untuk sesi uji bakat program Naratif Remaja tetapi dia pula disuruh mencuba dan akhirnya terpilih. Sejak itu beliau mula terlibat dengan dunia lakonan dan dalam masa yang sama aktif mendapat tawaran peragaan.

Ketika menuntut, anak kelima daripada tujuh beradik ini pernah kerja sebagai pelayan di restoran TGI Friday. Selepas mendapat tawaran berlakon siri TV Luna Fantasiku, baru kerjaya lakonan beliau semakin stabil dan seterusnya mendapat tawaran drama Tari Tirana yang memperkenalkan lagi namanya.

Meniti populariti[sunting | sunting sumber]

Biarpun mula dikenali menerusi watak Ash dalam siri TV Tari Tirana arahan Shahrulezad Mohammedin, nama Shahz mula menjadi kegilaan apabila susuk tubuhnya diabadikan sebagai Asmara dalam siri TV tajuk serupa terbitan Suhan Movies di bawah arahan Heikal Hanafiah. Lakonan berkesan beliau sebagai remaja yang dipaksa kahwin itu mendapat pujian ramai. Kini nama Shahz sudahpun sebaris dengan nama-nama popular lain dan dijangka akan terus mekar pada tahun 2011.

Kontoversi[sunting | sunting sumber]

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan Shah Jaszle ditahan oleh pihak berkuasa itu pada awal pagi 16 Mei 2013. Pengarahnya, Datuk Marzuki Hussin berkata, pelakon tersebut ditahan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS di Apartment Taman Sri Subang di sini pada pukul 3.30 pagi: "Penahanan Shah Jaszle berdasarkan Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah negeri Selangor 1995 iaitu lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya dan sebaliknya".[2][3]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Filem & Arahan Watak Nota
2012 Azura Zack Zakaria
Rentas

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Filem Televisyen
Tahun Telefilem Saluran Nota
2008 Anak Emak TV1
2009 Dari Mata Ke Hati TV1
Bila Mama Pakai Celana TV2
2011 Mistik Alam Hitam
Pondok Ingatan Cinta TV1
Kemaafan Sakura TV3
2012 Landasan Cinta TV3
Sebagai Ash dalam Tari Tirana

Siri TV[sunting | sunting sumber]

Filem Televisyen
Tahun Telefilem Peranan Saluran
2008 Luna Fantasiku Fendi Gua TV & TV9
2009 Bio-Nik Adi (Abdul Hadi) TV3, Slot Aksi
Tari Tirana Ashraf TV3, Slot Lestary
2010 Asmara
Musim pertama
Asmara TV3, Slot Lestary
Bola Cinta Haziq TV2
Telah Dihalalkan Epal Itu Khalim TV Al-Hijrah
2011 Pengantin Untuk Dijual Hakimi ASTRO Box Office
Gemilang Saifullah TV3, slot Inspirasi
Asmara
Musim kedua
Asmara TV3, slot Lestary
Ayu Suraya Kamal Astro Prima
Tahajjud Cinta Azihan TV3, slot Zehra
2012 Bunga April TV3, Slot Samarinda

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Rudy Imran Shamsudin. "‘Rentaz satukan kasih kami’", 2011/09/11. Dicapai pada 6 Ogos 2013. 
  2. "Shah Jaszle Ditangkap Khalwat". Agenda Semasa. http://agendasemasa.com/shah-jaszle-khalwat. Capaian 2013-05-17. 
  3. Akmaliah Razak. "Kes khalwat Shah Jaszle dikenakan tindakan?", 23 Jun 2013. Dicapai pada 6 Ogos 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]