Gempa bumi Meiji-Sanriku 1896

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gempa bumi Meiji-Sanriku 1896
Gempa bumi Meiji-Sanriku 1896 is located in Bumi
Gempa bumi Meiji-Sanriku 1896
Gempa bumi Meiji-Sanriku 1896 (Bumi)
TarikhAhad, 15 Jun 1896
Magnitud7.2 Ms, 8.5 Mw[1]
Kedalamancetek
Koordinat39°30′N 144°00′E / 39.5°N 144.0°E / 39.5; 144.0Koordinat: 39°30′N 144°00′E / 39.5°N 144.0°E / 39.5; 144.0
Kawasan terjejasJepun
Tsunamiya
Korban22,066
Kemusnahan akibat tsunami 1896

Gempa bumi Meiji-Sanriku 1986 adalah sebuah gempa bumi yang sungguh membinasakan kerana telah menjana salah satu kejadian tsunami yang paling dahsyat dalam sejarah Jepun, memusnahkan sekitar 9,000 buah rumah dan menyebabkan sekurang-kurangnya 22,000 orang maut.[2][3] Bencana bermagnitud 7.2 ini berlaku pada 15 Jun 1896, jam 19:32 (waktu tempatan). Magnitud tsunami (Mt = 8.2)[4] adalah jauh lebih besar daripada yang dijangka berdasarkan anggaran magnitud seismik.[5]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pusat gempa bumi ini terletak di sebelah barat Jurang Jepun, iaitu ekspresi permukaan zon benam yang mencondong ke barat yang membentuk sebahagian sempadan pertemuan antara Plat Pasifik dan Plat Eurasia.[6]

Sifat[sunting | sunting sumber]

Perbezaan yang luar biasa antara magnitud tsunami dan gempa bumi dalam kejadian sebegini telah menimbulkan sekurang-kurangnya dua kemungkinan:[6]

  • Tsunam disebabkan oleh kerosakan cerun yang dicetuskan oleh gempa bumi
  • Halaju pecahan sangat rendah

Tanioka dan Sataka (1996) mengusulkan baahwa dalam hal ini, kesan endapan yang dibenamkan di bawah bebaji tokokan dijadikan punca halaju pecahan yang perlahan. Mereka memodelkan kesan-kesan sesar condong 20° di sepanjang plat yang membenam, lalu mendapati bahawa mereka boleh memadamkan kedua-dua tindak balas seismik yang diamati serta tsunami, tetapi memerlukan sesaran sepanjang 10.4 m.[6] Sesaran ini boleh dikurangkan kepada nilai yang lebih munasabah dengan mengambil kira peninggian tambahan yang disebabkan oleh kecacatan endapan di bebaji dan kecondongan sesar yang lebih cetek pada 10°. Model sesar yang dibetulkan ini mencatatkan magnitud sebanyak Mw=8.0-8.1, iaitu lebih dekat dengan anggaran magnitud tsunami.[7] Magnitud 8.5 pada skala magnitud momen juga dianggarkan bagi peristiwa ini.[1]

Tsunami[sunting | sunting sumber]

Pada 7:30 petang, 15 Jun 1896, sanak-saudara menyambut kepulangan askar-askar dari Perang China-Jepun Pertama dan sebuah perayaan Shinto apabila mereka merasai gempa yang kecil. Mereka tidak bimbang sekali kerana gegarannya sungguh lemah, apatah lagi pada beberapa bulan sebelum itu turut terasa beberapa gegaran kecil. Kira-kira 25 minit kemudian, pantai Sanriku dilanda oleh ombak tsunami pertama, diikuti yang kedua beberapa minit kemudian.[3][8] Kemusnahan tsunami ini agak parah kerana berlaku pada masa air pasang. Ombak diukur setinggi 38.2 meter (125 ka). Hampir 9,000 rumah binasa dan 22,066 kematian dilaporkan, kebanyakannya di Iwate dan Miyagi, tidak lupa juga di Aomori dan Hokkaido. Sebilangan besar mangsa ditemui dengan tengkorak yang rekah dan anggota badan yang patah atau kudung, sebagai bukti kekuatan tsunami.[3] Seperti kebiasaan pada setiap petang, kapal-kapal perikanan setempat sedang berlayar di laut ketika gempa melanda. Dalam air yang dalam ombak itu tidak terasa, tetapi sekembali mereka, para nelayan bertembung dengan longgokan runtuhan dan mayat.[9]

Tsunami ini juga menyebabkan kemusnahan di Hawaii di mana dermaga-dermaga dimusnahkan dan rumah-rumah dihanyutkan oleh ombak setinggi 9 meter (30 ka).[2][10]

Akibat[sunting | sunting sumber]

Selepas kejadian tsunami ini, tiadanya usaha yang dilakukan untuk menetapkan langkah-langkah pencegahan terhadap kejadian-kejadian sedemikian pada masa akan datang; setelah gempa bumi Sanriku 1933 barulah kerajaan setempat mengambil langkah sedemikian.[3] Bagaimanapun, kejadian gempa bumi 11 Mac 2011 yang jauh lebih tinggi magnitudnya daripada tahun 1896 dan 1933, menyebabkan ombak tsunami raksasa yang menyebabkan ribuan kematian di kawasan Sanriku.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

References[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Nishimura, T. (2000). "Distribution of seismic coupling on the subducting plate boundary in northeastern Japan inferred from GPS observations". Tectonophysics. Elsevier. 323 (3–4): 217–238. doi:10.1016/S0040-1951(00)00108-6. Dicapai pada 14 November 2011. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ a b USGS. "Today in Earthquake History: June 15". Dicapai pada 2009-10-18.
  3. ^ a b c d Nakao, Masayuki. "The Great Meiji Sanriku Tsunami June 15, 1896 at the Sanriku coast of the Tohoku region". Dicapai pada 2009-10-18.
  4. ^ Abe, K. (1981). "Physical size of tsunamigenic earthquakes of the northwestern Pacific". Phys. Earth Planet. Int. 27: 194–205.
  5. ^ Kanamori, H. (1972). "Mechanism of tsunami earthquakes" (PDF). Phys. Earth Planet. Int. 6: 346–359.
  6. ^ a b c Tanioka, Yuichiro (1996). "Fault parameters of the 1896 Sanriku Tsunami Earthquake estimated from Tsunami Numerical Modeling". Geophysical Research Letters. 23 (3): 1549–1552. doi:10.1029/96GL01479. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  7. ^ Tanioka, Y. (2001). "Sediment effect on tsunami generation of the 1896 Sanriku tsunami earthquake" (PDF). Geophysical Research Letters. 28 (17): 3389–3392. doi:10.1029/2001GL013149. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  8. ^ Corkill, Edan, "Heights of survival", Japan Times, 12 June 2011, pp. 9-10.
  9. ^ Kusky, Timothy M. (2003). Geological hazards: a sourcebook. Greenwood Press. m/s. 312.
  10. ^ Hatori, Tokutaro (1963). "On the Tsunamis along the Island of Hawaii" (PDF). Bulletin of the Earthquake Research Institute. 41: 49–59.