Hokkaidō

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hokkaido)
Lompat ke: pandu arah, cari
Wilayah (北海道)
Peta Jepun dengan ditunjukkan Hokkaidō
Ibu wilayah Sapporo
Kawasan Hokkaidō
Pulau Hokkaidō
Gabenor Harumi Takahashi
Keluasan 83,453.57 km² (1st)
 - % air 6.4%
Penduduk  (2008-06-30)
 - Populasi 5,583,072 (7th)
 - Kepadatan penduduk 66.8 /km²
Daerah 68
Perbandaran 180
ISO 3166-2 JP-01
Laman rasmi Laman Web Rasmi Hokkaido
Lambang Wilayah
 - Bunga Hamanasu
(Rugosa Rose, Rosa rugosa)
 - Pokok Ezomatsu
(Jezo Spruce, Picea jezoensis)
 - Burung Tanchō
(Red-crowned Crane, Grus japonensis)
Flag of Hokkaidō
Bendera Hokkaidō
Hokkaidō
Nama asli: 北海道
Geografi
Lokasi Asia Timur
Kepulauan Kepulauan Jepun
Luas 77,981.87 km² (21st)
Titik tertinggi Asahidake (2,290 m)
Negara
Jepun
wilayah Hokkaidō
Bandar raya terbesar Sapporo (pop. 1,890,561)
Demografi
Jumlah penduduk Anggaran 5,600,000 orang
Kelompok etnik puak Ainu, Orang Jepun

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Hokkaidō (bahasa Jepun: 北海道, makna harfiah: rute laut utara, bahasa Ainu: Mosir) dahulunya dikenali sebagai Ezo, Yezo. Yeso (Yesso) adalah pulau kedua terbesar di Jepun dan merupakan wilayah yang terletak di bahagian paling utara Jepun daripada 47 peringkat subwilayah. Selat Tsugaru yang memisahkan Hokkaidō daripada Honshū walaupun kedua-dua buah pulau dihubungkan melalui terowong bawah laut iaitu Terowong Seikan. Bandar terbesar di Hokkaidō ialah pusat bandarnya, Sapporo dimana ia juga merupakan bandar terancang ordinan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Para ahli arkeologi membuat teori bahawa Hokkaidō telah diduduki oleh puak Ainu, Gilyak, dan Oroke sekitar 20,000 tahun dahulu. Di dalam Nihon Shoki, yang telah disiapkan sekitar tahun 720 juga pertama kali menyebutkan Hokkaidō dalam rekod sejarah. Berdasarkan teks yang ditulis oleh General Jepun Abe no Hirafu, beliau telah mengetuai armada laut yang besar bersama tentera-tenteranya ke kawasan utara dari tahun 658 hingga 660 dan bertemu dengan sekumpulan masyarakat Mishihase dan Emishi. Salah satu tempat yang dikunjungi oleh Abe no Hirafu ialah Watarishima (渡島), yang dipercayai wilayah Hokkaidō pada masa kini. Walau bagaimanapun, banyak teori yang wujud banyak mengaitkan perincian tentang kejadian ini, termasuklah lokasi Watarishima dan kepercayaan bahawa masyarakat puak Emishi di Watarishima merupakan nenek moyang kepada puak Ainu yang hidup pada masa kini.

Semasa zaman Nara dan Heian (710-1185), masyarakat di Hokkaidō menjalankan perdagangan dengan Wilayah Dewa, pengkalan luar pusat kerajaan Jepun. Dari zaman pertengahan, masyarakat di Hokkaidō mula di kenali sebagai Ezo. Pada sekitar masa yang sama, Hokkaidō juga dikenali sebagai Ezochi (蝦夷地) atau Ezogashima. Masyarakat Ezo bergantung sepenuhnya kepada pemburuan dan perikanan dan menanam padi serta melombong bijih timah semasa aktiviti perdagangan dengan Jepun.

Semasa zaman Muromachi (1336-1573), masyarakat Jepun telah membuat penempatan baru di selatan Semenanjung Oshima. Lebih ramai masyarakat berpindah ke penempatan baru tersebut bagi mengelakan peperangan, disebabkan oleh pertikaian antara orang Jepun dan puak Ainu yang semakin meningkat. Pertikaian ini akhir membawa kepada tercetusnya pemberontakan. Takeda Nobuhiro telah mebunuh pemimpin Ainu, Koshamain dan telah mengalahkan pemberontakan yang tercetus pada tahun 1457. Keturunan Nobuhiro menjadi pemerintah Matsumae-han, yang memerintah selatan Ezochi sehinggalah akhir zaman Edo pada 1868.

Ekonomi kumpulan Matsumae-han bergantung kepada perdagangan antara puak Ainu. Keluarga Matsumae diberikan hak perdagangan eksklusif dengan puak Ainu ketika zaman Azuchi-Momoyama dan Edo pada tahun (1568-1868). Semasa Pembaharuan Meiji, Tokugawa Shogunate menyedari bahawa ianya satu keperluan untuk membuat persediaan pertahanan di bahagian utara daripada kemungkinan serangan orang Rusia dan mengambil alih penguasaan keseluruhan kawasan Ezochi. Tokugawa Shogunate mebuatkan sedikit perubahan dalam peraturan keatas puak Ainu, tetapi tidak menukar keseluruhannya.

Hokkaidō dikenali sebagai Ezochi sehingga Pembaharuan Meiji. Sebaik sahaja tercetusnya Perang Boshin pada tahun 1868, sekumpulan pengikut setia Tokugawa yang dipimpin oleh Enomoto Takeaki mengumumkan kemerdekaan keatas pulau tersebut sebagai Republik Ezo, dan pemberontakan berjaya dihapuskan pada bulan Mei,1869. Ezochi kemudiannya diletakkan dibawah kuasa Hakodate-fu (箱館府, wilayah Kerajaan Hakodate). Apabila Suruhanjaya Pembangunan (開拓使) ditubuhkan, kerajaan Meiji menukarkan nama Ezochi kepada Hokkaidō (北海道).

Tujuan utama suruhanjaya pembangunan diwujudkan sebagai menjaga Hokkaidō sebelum Rusia memperluaskan kuasanya sehingga ke Timur melebihi Vladivostok. Kuroda Kiyotaka telah di beri amanah untuk menjaga kawasan Hokkaidō. Langkah pertama beliau ialah dengan membuat lawatan ke Amerika Syarikat dan melantik Horace Capron sebagai Presiden Ketua Suruhanjaya Pertanian. Dari tahun 1871 sehingga 1873, Horace Capron berminat untuk mengembangkan usahanya dalam pertanian dan perlombongan Barat dengan hasil campuran. Pada tahun 1875, Horace Capron telah kecewa dengan halangan yang dihadapinya dalam usahanya telah pulang ke tanah air. Pada tahun 1876, William S. Clark tiba disini telah menubuhkan Kolej Pertanian, Hokkaidō kini dikenali sebagai (Universiti Hokkaidō) yang telah member inspirasi kepada orang Jepun dalam subjek yang diajar oleh beliau iaitu bidang pertanian dan agama Kristian. Perkataan yang digunakan oleh oleh beliau dalam member inspirasi kepada orang Jepun ialah "Boys, be ambitious!" (“Jadilah orang yang bercita-cita) yang boleh dijumpai pada bangunan-bangunan awam di Hokkaidō sehingga ke hari ini. Walau apa pun kesan yang ditinggalkan oleh William S. Clark ini, populasi penduduk masyarakat Hokkaidō telah meningkat dengan mendadak dari tahun 58,000 orang kepada 240,000 orang pada dekad itu.

Pada tahun 1882, suruhanjaya pembangunan telah dimansuhkan, dan Hokkaidō telah dipisahkan kepada tiga wilayahiaitu Hakodate (函館県), Sapporo (札幌県), and Nemuro (根室県). Pada tahun 1886, ketiga-tiga wilayah tersebut dimansuhkan dan Hokkaidō telah diletakkan dibawah Agensi Hokkaidō (北海道庁). Akhirnya pada tahun 1947, Hokkaidō menjadi satu bersama dengan wilayah lain apabila penyemakan semula keatas Undang-undang Autonomi Tempatan di kuat kuasakan. Kerajaan pusat Jepun telah menubuhkan Agensi Pembangunan Hokkaidō (北海道開発庁) sebagai agensi pejabat Perdana Menteri pada tahun 1949 bagi mengekalkan kuasa eksekutifnya di Hokkaidō. Agensi tersebut telah dimasukan dibawah Menteri Jalanraya, Infrastruktur dan Pengangkutan pada tahun 2001. Jabatan Biro Hokkaidō (北海道局) dan Menteri di Jabatan Biro Pembangunan Wilayah Hokkaidō (北海道開発局) masih lagi mempunyai pengaruh yang kuat keatas projek pembinaan awam di Hokkaidō.

Nama Hokkaidō[sunting | sunting sumber]

Apabila suruhanjaya permbangunan (開拓使) ditubuhkan, kerajaan Meiji bertekad untuk menukarkan nama Ezochi. Matsuura Takeshirō telah menyerahkan enam idea, termasuklah nama Kaihokudō (海北道) dan Hokkaidō (北加伊道) kepada pihak kerajaan. Akhirnya, kerajaan memutuskan untuk menggunakan nama Hokkaidō tetapi dengan cara menulisnya seperti 北海道, apabila kata sepakat diambil antara 海北道 dan juga disebabkan persamaan nama dengan Tōkaidō (東海道). Menurut Matsuura, nama yang diambil adalah disebabkan oleh puak Ainu memanggil wilayah ini sebagai Kai. Berdasarkan sejarah pula, kebanyakkan masyarakat yang mempunyai kaitan dengan nenek moyang puak Ainu memanggil wilayah dan kawasan pulau tersebut sebagai Kuyi, Kuye, Ooy ataupun juga nama yang sama dengannya, yang mungkin mempunyai kaitan dengan nama pada masa kini iaitu Kai. Elemen Kai juga mempunyai persamaan dalam cara pembacaan huruf 蝦夷(Sino-Japanese /ka.i/, Japanese kun /emisi/) dalam bahasa Sino-Jepun dimana ianya telah digunakan beberapa ribu tahun yang lalu di China dan Jepun sebagai satu bentuk standard ortografik (cara yang betul untuk menulis) yang digunakan bagi merujuk kepada puak Ainu dan orang yang berkaitan; Matsuura telah membuat kebarangkalian bahawa Kai sebenarnya telah diubah disebabkan oleh pengaruh daripada pembacaan Sino-Jepun 蝦夷 Ka-I.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Pulau Hokkaidō terletak di bahagian paling utara Jepun, berdekatan dengan Rusia, dan mempunyai kawasan perairan yang dikenali sebagai Laut Jepun, Laut Okhotsk dan Laut Pasifik. Di tengah-tengah pulau Hokkaidō terdapat beberapa gunung serta gunung berapi di atas dataran tanah tinggi, dan beberapa kawasan pantai. Bandar-bandar utama di Hokkaidō termasuklah Sapporo dan Asahikawa di kawasan tengah dan pelabuhan Hakodate bertentangan dengan Honshū.

Badan perundangan kerajaan Hokkaidō bersama-sama beberapa pulau kecil, termasuklah Rishiri, Okushiri, dan Rebun. (Menurut penduduk Jepun meyangkal bahawa Hokkaidō juga bersama-sama dengan beberapa Pulau Kuril). Disebabkan oleh status wilayah Hokkaidō digantikan dengan pada namanya, biasanya jarang dipanggil sebagai “Wilayah Hokkaidō”, kecuali apabila diperlukan untuk membezakan entity kerajaan daripada pulau Hokkaidō.

Pulau Hokkaidō menduduki tempat ke 21 dalam senarai dunia berdasarkan keluasan kawasan. Pulau Hokkaidō lebih kecil daripada Ireland sebanyak 3.6% manakala Hispaniola pula 6.1% lebih kecil daripada Hokkaidō. Berdasarkan populasi, Hokkaidō menduduki tempat ke 20 dalam senarai mengikut pulau antara Ireland dan Sicily. Populasi Hokkaidō kurang 4.7% daripada pulau Ireland manakala Sicily pula 12% kurang daripada populasi Hokkaidō.

Aktiviti Gunung Berapi[sunting | sunting sumber]

Seperti kawasan-kawasan Jepun yang lain, Hokkaidō berada diatas kawasan gunung berapi aktif. Selain daripada beberapa kejadian gempa bumi, gunung-gunung berapi berikut masih dikira sebagai antara yang masih aktif (sekurang-kurangnya satu letusan telah berlaku sejak tahun 1850):

Pada tahun 1993, satu letusan gempa bumi yang mempunyai magnitud 7.8 telah menyebabkan tsunami menghasilkan kerosakkan sebahagian besar di Okushiri, meragut 202 orang nyawa. Pada 25 September 2003 pukul 19:50:07 (UTC), Hokkaidō menghasilkan gempa bumi berskala 8.0 magnitud.

Kawasan Taman Negara[sunting | sunting sumber]

Masih terdapat beberapa kawasan yang belum diterokai di Hokkaidō, antaranya ialah:

Taman Negara
Taman Negara Shiretoko* 知床
Taman Negara Akan 阿寒
Taman Negara Kushiro Shitsugen 釧路湿原
Taman Negara Daisetsuzan 大雪山
Taman Negara Shikotsu-Toya 支笏洞爺
Taman Negara Rishiri-Rebun-Sarobetsu 利尻礼文サロベツ

* merupakan Tapak Warisan Dunia yang telah ditentukan oleh UNESCO pada 14-07-2005.

Mirip-Taman Negara (準国立公園)
Mirip-Taman Negara Abashiri 網走
Mirip-Taman Negara Hidaka Sanmyaku-Erimo 日高山脈襟裳
Mirip-Taman Negara Niseko-Shakotan-Otaru Kaigan ニセコ積丹小樽海岸
Mirip-Taman Negara Ōnuma 大沼
Mirip-Taman Negara Shokanbetsu-Teuri-Yagishiri 暑寒別天売焼尻
Tapak Ramsar
dari
Kawasan lembab Kushiro ja:釧路湿原 1980-06-17
ja:クッチャロ湖 1989-07-06
ja:ウトナイ湖 1991-12-12
Kawasan lembab Kiritappu ja:霧多布湿原 1993-06-10
ja:厚岸湖・別寒辺牛湿原 1993-06-10,
enlarged 2005-11-08
ja:宮島沼 2002-11-18
ja:雨竜沼湿原 2005-11-08
Sarobetsu Mire ja:サロベツ原野
ja:濤沸湖
ja:阿寒湖
ja:野付半島ja:野付湾
ja:風蓮湖ja:春国岱

Subwilayah[sunting | sunting sumber]

Hokkaidō merupakan salah satu daripada lapan wilayah yang mempunyai subwilayah (支庁 shichō). Walau bagaimanapun, hanya Hokkaidō sahaja daripada wilayah lain yang mempunyai pejabat merangkumi keseluruhan kawasan pengaruhnya di luar daripada bandar utamanya. Ini mungkin disebabkan oleh saiznya yang besar: sebahagian besar wilayah ini adalah jauh lebih senang ditadbir dibawah Sapporo. Pejabat subwilayah di Hokkaidō membuat banyak perkara yang berkaitan seperti memenuhi permintaan pejabat wilayah yang lain di Jepun.

Ada juga perancagan tentang untuk mengorganisasi semula kesemua 14 subwilayah kepada 9 jabatan pembangunan awam (総合振興局 sōgō shinkō-kyoku?), tetapi selepas tahun 2009, rancangan yang telah dibuat diberhentikan.

Sebelum kumpulan politik pada masa kini dan selepas tahun 1869, Hokkaidō telah dipecahkan kepada wilayah. Lihat bekas wilayah Hokkaidō.

Cuaca[sunting | sunting sumber]

Hokkaidō terkenal dengan musim luruhnya yang sejuk dan musim salji. Pada masa ini, kebanyakkan pulau berada di bawah zon benua klimaks lembabKöppen Dfa” (benua yang berlembab). Manakala di sesetengah tanah rendah “Hemiboreal Dfb” di kebanyakkan tempat, purata jangka suhu antara 17 °C ke 22 °C (63 °F to 72 °F), manakala purata suhu pada bulan Januari di antara −12 °C to −4 °C (10 °F to 25 °F) bergantung kepada ketinggian dan latitud sesuatu tempat. Pulau Hokkaidō biasanya menghasilkan salji yang tebal semasa ribut salji yang boleh dilihat di kawasan Hokuriku.

Tidak seperti pulau-pulau yang lain di Jepun, Hokkaidō biasanya tidak hujan semasa musim hujan antara bulan Jun - Julai dan juga kadar kelembapan yang sedikit serta agak panas (tidak terlalu panas), yang menjadikan Hokkaidō sebagai pilihan kepada pengunjung luar kerana cuacanya yang berbeza daripada bahagian Jepun yang lain.

Musim salji di Hokkaidō biasanya menghasilkan banyak gunung serta salji yang berkualiti menjadikan ianya sebagai kawasan pilihan di Jepun bagi sukan salji. Musim salji bermula awal bulan November dan resort ski (seperti di Niseko, Furano, Rusutsu) selalunya beroperasi antara bulan Disember dan April. Hokkaidō meraikan musim saljinya semasa Festival Salji Sapporo.

Semasa musim salji, laluan di Laut Okhotsk selalunya dihalang pecahan-pecahan ais tebal yang terapung dari Semenanjung Kamchatka. Tambahan pula angin yang kuat semasa musim salji berlalu, ini menjadikan sebahagian aktiviti penerbangan dan maritim terpaksa diberhentikan sementara waktu di utara pesisir pantai Hokkaidō.

Bandar-bandar utama[sunting | sunting sumber]

Bandar terbesar di Hokkaidō ialah pusat bandar Sapporo. Bandar-bandari lain seperti Hakodate di bahagian selatan dan Asahikawa di bahagian tengah Hokkaidō. Tempat-tempat lain yang menjadi tumpuan kawasan penduduk ialah seperti Kushiro, Obihiro, Abshiri, Nemuro.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Walaupun terdapat juga beberapa kawasan perindustrian ringan (seperti kilang kertas, kilang arak) yang kebanyakkannya penduduk bekerja di bahagian sektor perkhidmatan. Pada tahun 2001, sektor perkhidmatan dan beberapa sektor industri peringkat hiliran menghasilkan tiga per empat hasil keluaran domestik.

Walau bagaimanapun, pertanian dan beberapa industri utama memainkan peranan yang paling penting dalam ekonomi Hokkaidō. Disamping itu, Hokkaidō mempunyai satu per empat kawasan yang membolehkan pertanian dijalankan di Jepun. Ianya mendapat tempat pertama dalam Jepun dalam pembuatan produk pertanian seperti gandum, kacang soya, kentang, gula, bit (tumbuhan yang menghasilkan gula), bawang, labu, jagung, susu belum diproses serta daging. Hokkaidō juga mencatatkan 22% kawasan hutan di Jepun dengan industri pembalakan yang agak besar. Wilayah ini juga merupakan yang pertama dalam negara menghasilkan produk berkaitan dengan hasil laut.

Perlancongan merupakan industri yang paling penting di Hokkaidō, terutama sekali semasa musim sejuk dan luruh yang menarik perhatian pengunjung luar negara untuk menikmati suasana yang lebih panas serta sedikit lembab di Jepun. Semasa musim salji, sukan lunjur salji dan beberapa sukan salji yang lain membawa lebih ramai pelawat ke Hokkaidō terutama sekali pengunjung luar negara.

Kilang arak Abashiri[sunting | sunting sumber]

Kilang arak Abashiri di Hokkaidō menjual bermacam-macam jenis arak, termasuklah bilk, sejenis arak yang dicampur dengan susu. Bilk mempunyai rasa buah dan dijual dalam botol dengan isi kandungan 330ml. Arak ini dihasilkan disebabkan oleh pengurangan permintaan susu menyebabkan lebihan hasil susu.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Jalan yang menghubungkan Hokkaidō dengan kawasan-kawasan Jepun yang lain melalui jalan darat ialah melalui Terowong Seikan. Kebanyakkan mereka yang merantau ke Hokkaidō melalui penerbangan.: lapangan terbang utama di Hokkaidō ialah Lapangan Terbang New Chitose di Chitose, bahagian selatan Sapporo. Tokyo-Chitose merupakan antara 10 jalan udara paling sibuk didunia. Syarikat penerbangan Air Do, mendapat nama daripada Hokkaidō. Selain daripada itu, Hokkaidō juga boleh dicapai melalui feri dari Sendai, Niigata, dan beberapa bandar lain, tetapi feri dari Tokyo hanya membawa dalam bentuk kargo sahaja.

Di sekitar Hokkaidō, terdapat juga beberapa hubungan melalui jalan kereta api (lihat Syarikat Kereta api Hokkaidō), tetapi kebanyakan bandar hanya boleh dilalui melalui jalan raya.

Hokkaidō juga merupakan antara tiga daripada tempat di Jepun yang mempunyai Jalan Melodi, dimana ianya dihasilkan daripada alur yang dibentuk di atas jalan raya yang akan mebuatkan pengguna jalan raya yang melaluinya menghasilkan gegaran apabila melaluinya dan menghasilkan bunyi yang disalurkan melalui tayar ke dalam badan kereta.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Lembaga Pendidikan Wilayah Hokkaidō merupakan lembaga yang bertanggungjawab dalam menyelia sekolah rendah harian di Hokkaidō. Lembaga ini juga turut menyelaras bahagian sekolah menengah harian di Hokkaidō. (Lihat senarai Sekolah Menengah Harian Tinggi di Jepun).

Sukan[sunting | sunting sumber]

Sukan Olimpik Salji yang diadakan di Sapporo pada tahun 1972.

Berikut merupakan senarai nama kumpulan sukan dari Hokkaidō.

Persatuan Bola Sepak

Besbol

Hoki Ais

Bola Keranjang

Rujukan[sunting | sunting sumber]