Genesis Climber Mospeada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Genesis Climber Mospeada
Poster Promosi Siri TV.
Dari kiri: Jim Warston, Yellow Belmont, Mint Labule, Stick Bernard, Houquet et Rose dan Ray .
GenrePengembaraan, Mecha, Sains Fiksyen, Ketenteraan
Siri televisyen anime
PengarahKatsuhisa Yamada
Skrip/PenulisKenji Terada, Sukehiro Tomita
StudioArtmic, Tatsunoko Productions
Penyiaran AsalJepun Fuji Television
Malaysia TV1
Malaysia TV3
Tarikh tayangan2 Oktober 198323 Mac 1984 (Fuji TV)
Episod25
Anime
Genesis Climber MOSPEADA: Love Live Alive
PengarahKatsuhisa Yamada
Skrip/PenulisSukehiro Tomita
StudioArtmic, Tatsunoko Productions
Dikeluarkan pada21 September 1985
Portal Anime dan Manga

Genesis Climber MOSPEADA (Jepun: 機甲創世記モスピーダ, Hepburn: Kikō Sōseiki Mosupīda) (dikenali sebagai "Genesis Bersenjata MOSPEADA") adalah sebuah siri anime sains fiksyen yang dicipta oleh Shinji Aramaki and Hideki Kakinuma. Siri televisyen 25 episod ini pada asalnya telah disiarkan di Jepun melalui Fuji TV pada lewat tahun 1983 dan berakhir pada pertengahan tahun 1984 manakala di Malaysia ia telah disiarkan melalui TV1 pada tahun 1980-an dan disiarkan beberapa kali oleh TV3 pada 1990-an dan awal 2000-an.

MOSPEADA adalah perkataan ringkasan kepada Military Operation Soldier Protection Emergency Aviation Dive Armor atau Operasi Kecemasan Perlindungan dan Pertahanan Ketenteraan Tentera Udara Bersenjata , salah satu pertahanan berbentuk motorsikal yang boleh diubahsuai menjadi sebuah robot tentera. Selain dari itu, robot mekanikal lain yang diperkenalkan adalah jet pejuang tiga bentuk dipanggil Armo-Fighter AFC-01 Legioss, yang seakan-akan sama rekabentuknya dengan VF-1 Valkyrie variable fighter daripada The Super Dimension Fortress Macross.[1]

Ringkasan Jalan Cerita[sunting | sunting sumber]

Penceritaan siri ini bermula pada abad ke-21. Oleh kerana pencemaran teruk yang melanda di Bumi menjadi masalah utama, saintis telah mencipta satu bahan api alternatif menggunakan tenaga hidrogen yang dipanggil "HBT". Pada masa itu juga, manusia telah membina penempatan di planet Marikh dalam usaha mencari penempatan baru disebabkan oleh bilangan populasi yang melampau di Bumi. Situasi itu berlarutan sehingga tahun 2050, dimana satu bangsa makhluk asing yang dipanggil Inbit telah menakluki Bumi. Oleh kerana manusia di Bumi tiada daya melawan Inbit yang kuat, planet itu menjadi sepi dengan hanya beberapa kerat manusia sahaja yang wujud di merata-rata. Para pelarian di Bumi mula terbang berlepas ke planet Bulan untuk mencari tempat perlindungan. Sementara para Inbit pula sedang membina pangkalan induk mereka yang dipanggil "Reflex Point" yang bertempat di kawasan Great Lakes, Amerika Utara dan beroperasi disana.

Walaubagaimanapun, manusia di tanah jajahan Marikh, atau dipanggil Pangkalan Marikh, tidak pernah melupakan keadaan buruk di Bumi. Para tentera yang dihantar untuk menyerang para Inbit di Bulan hanya berakhir dengan kegagalan dan igauan ngeri. Inbit dikatakan langsung tidak menyerang planet Marikh dan tidak berminat dengan planet-planet yang lain. Paling mengujakan adalah ia tidak menyerang dan menangkap manusia melainkan mereka diserang. Para Inbit juga mempunyai deria pengesan HBT untuk mengesan kehadiran benda itu, dan menggunakan bahan api itu dengan kadar yang ditetapkan. HBT dikawalselia dengan ketat kerana ianya juga boleh dijadikan bahan komponen senjata. Pada sebelah malamnya, Pangkalan Marikh menjadi mesin pertahanan gergasi, mengeluarkan pelbagai senjata yang hebat dan melatih para tentera dengan banyaknya. Pada tahun 2080, Pangkalan Marikh sekali lagi menghantar sejumlah besar tenteranya. Walaupun para tentera tersebut dibekalkan dengan pelbagai senjata pertahanan yang terhebat dan robot mekanikal yang boleh bertukar bentuk, usaha untuk memperoleh Bumi masih gagal lagi.

Tiga tahun kemudian (2083), Pangkalan Marikh sekali lagi melakukan serangan dan operasi ini dipanggil Pejuang Kedua Pengambilalihan Bumi. Salah seorang ahli tentera adalah Leftenan Stick Bernard. Misi perjuangan itu diistilahkan gagal dan tunang Stick, Marlene, yang juga menyertai misi itu terbunuh bersama-sama dengan mereka yang terlibat dalam misi itu, kecuali Stick. Stick, yang menaiki kapal perang berasingan, mengalami masalah dan mendarat di Amerika Utara. Pada waktu itu, Stick disurami kesedihan kerana kematian Marlene. Selepas melihat rakaman hologram ucapan Marlene untuknya, Stick bertekad untuk membalas dendam. Dalam misinya untuk mencari sarang Inbit, Reflex Point, di Amerika Utara, beliau bertemu dengan para manusia Bumi yang turut menyertai dalam misi penghapusan Inbit dengan membentuk satu kumpulan pejuang kebebasan. [2]

Pada pengakhirannya, matlamat penjajahan oleh makhluk asing Inbit itu akhirnya terbongkar. Mereka mahu menakluk planet Bumi atas kerana Bumi berupaya memberikan tempat tinggal yang sesuai untuk mewujudkan satu hidupan yang lebih kompleks. Walaubagaimanapun, beberapa Inbit telah tahu jika ianya diusahakan, ia akan memberi kesan kepupusan terhadap hidupan manusia dan Inbit. Dengan itu, segala usaha penyingkiran pentadbir Inbit, Refles, untuk keluar dari Bumi dilakukan oleh Stick dan ahli kumpulannya, termasuk bantuan daripada makhluk Inbit menyerupai manusia, Aisha dan Solzie.[3]


Para Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Stick Bernard (Jepun: スティック・バーナード, Hepburn: Sutikku Bānādo) (Bin Shimada): Seorang leftenan Pangkalan Marikh berumur lingkungan 20 tahun yang terdampar di Bumi kerana perbuatan Inbit memusnahkan pertahanan Pejuang Kedua Pengambilalihan Bumi. Kemusnahan itu menyebabkan tunang Stick, Marlene (Jepun: マリーン, Hepburn: Marīn), terbunuh apabila Marlene sedang membuat pendaratan di Bumi. Ini menyebabkan Stick sangat terkesan dan marah. Walaupun beliau membawa bersama para pejuang kebebasan dari Bumi, beliau dengan rasa kebencian, rasa juangnya yang meluap-luap dan tanggungjawabnya dalam menentukan keputusan yang dianggap rakannya mampu dilakukan olehnya, beliau kerap mengancam dan menyerang Inbit secara berseorangan.
  • Ray (Jepun: レイ, Hepburn: Rei) (Hisao Ōyama): Seorang Pengembara berumur 17 tahun. Dalam kumpulan, dia adalah sejarawan, optimistik, dan lucu. Sebenarnya, Ray adalah perseorangan yang suka menganggu Inbit, tetapi dia menyertai kumpulan Stick kerana mahu menyempurnakan matlamat mengusir penjajah itu. Dia dikatakan mempunyai banyak sumber, Ray adalah peminat kepada Yellow Belmont sehinggalah diketahui bahawa penyanyi perempuan itu sebenarnya adalah seorang lelaki. Seterusnya, dia mempunyai perasaan yang mendalam terhadap Hoquet, tetapi sukar meluahkan perasaannya kepada Hoquet.
  • Mint Labule (Jepun: ミント・ラブル, Hepburn: Minto Raburu) (Miyuki Sanae (dikenali Miyuki Muroi dalam senarai pelakon suara)) : Seorang gadis berumur 13 tahun yang terbiar dari perhatian ibubapanya. Dia menyertai bersama dengan kumpulan Stick atas kerana ingin mencari teman hidup, tetapi berakhir dengan menjadi salah satu ahli kumpulan pejuang kebebasan. Selalu dianggap penganggu ahli kumpulan, Mint, walaubagaimanapun, disayangi oleh setiap ahli kumpulan itu, dan mereka cuba menunjukkan yang dirinya amat bernilai dalam misi perjuangan mereka melalui beberapa pertunjukan. Tanda peringatan dirinya adalah topi E.T. yang dia selalu pakai, tetapi maksud E.T. itu tidak diketahui dengan jelas.
  • Houquet et Rose (Jepun: フーケ・エローズ, Hepburn: Fūke Erōzu) (Mika Doi): Seorang remaja berumur 16 tahun, bekas ahli kumpulan geng motorsikal dan teman hidup ketua geng, Romy. Dia dipukul dengan teruk dan diambil kesempatan oleh rakan kumpulan itu apabila dia dibuang daripada kumpulan. Hoquet pada mulanya tidak mahu menyertai kumpulan Stick, tetapi akhirnya dia menyertai jua kerana menyedari akan kekuatannya sekiranya menjadi ahli kumpulan itu daripada tidak menyertainya. Dia sentiasa menghormati rakan-rakannya dengan mengorbankan sepenuh jiwa raganya untuk menyelamatkan orang lain. Dia turut menyimpan rasa cinta kepada Ray, tetapi sukar untuk membuka hatinya untuk menerima Ray disebabkan masalah masa silam.
  • Jim Warston (Jepun: ジム・ウォーストン, Hepburn: Jimu Wōsuton) (Tomomichi Nishimura): Seorang mekanik yang mahir membaikpulih, berusia 32 tahun. Jim, dalam kumpulan, pada mulanya adalah seorang yang kelihatan seperti "bodoh", tetapi akhirnya menampakkan dirinya adalah seorang yang bijak. Jim adalah bekas ahli tentera Pangkalan Marikh, tetapi terdampar di Bumi kerana menyelamatkan rakannya daripada Inbit. Walaupun dia sering melabelkan dirinya sebagai penakut dan bebanan kepada kumpulan Stick, ahli kumpulan itu tidak bersetuju dengan labelnya dan menanggap Jim adalah pembakar semangat dan boleh diharap dalam misi perjuangan menentang pasukan Inbit.
  • Yellow Belmont (Jepun: イエロー・ベルモント, Hepburn: Ierō Berumonto) (Suara Perempuan: Mine Matsuki)/(Suara Lelaki: Hirotaka Suzuoki): Seorang ahli tentera Pejuang Kedua Pengambilalihan Bumi berumur 22 tahun. Kadangkala menyamar sebagai perempuan (atas bantuan sahsiah rupa bishōnen) untuk menyembunyikan dirinya dari Inbit dan beberapa orang tempatan, Yellow juga menjadi terkenal sebagai penghibur. Tetapi apabila berjumpa dengan ahli kumpulan Stick, beliau memutuskan untuk membantu dalam memperjuangkan kebebasan Bumi daripada penjajah Inbit. Oleh kerana kemampuannya dalam menukar rupa paras fizikal dan personaliti tambahan, beliau dilihat mampu menaikkan lagi kemampuan ahli kumpulan itu dengan mengeledah setiap pekan dan bandar untuk mencari setiap bahan demi kelangsungan hidup dan menyelesaikan matlamat perjuangan mereka.
  • Aisha (Jepun: アイシャ, Hepburn: Aisha) (Miki Takahashi): Seorang Inbit perempuan yang bertukar menjadi bentuk manusia. Pada awalnya dia dilahirkan selepas keluar daripada sarangnya dan kelihatan seperti bingung selepas dijumpai oleh Ray. Walaupun dia ada perkaitan rapat dengan Inbit, tetapi dia tidak bertindak musuh dalam kumpulan itu malah sedikit sebanyak membantu ahli kumpulan itu dalam mengesan kehadiran Inbit.
  • Refless (Jepun: レフレス, Hepburn: Refuresu) (Noriko Ohara): Seorang ketua pemerintah Inbit. Matlamatnya adalah untuk membentuk muka Bumi dan mengambilalihnya supaya planet itu hanya dihuni oleh bangsanya. Dia menanggap manusia adalah satu genetik dan hidupan yang tidak berguna.
  • Solzie (Jepun: ソルジィ, Hepburn: Sorujī) (Sera) (Waka Kanda): Inbit berjantina wanita yang kedua dibentuk kepada bentuk manusia. Bertembung dengan Yellow yang sedang mandi di air terjun secara tidak sengaja, dan pertembungan itu melemahkan tugasnya.
  • Battlar (Jepun: バットラー, Hepburn: Battorā) (Corg) (Hōchū Ōtsuka): Inbit ketiga yang berubah dalam bentuk manusia. Tidak seperti Aisha dan Sorji, pengalaman Battlar dengan kumpulan Stick menaikkan amarahnya dan terasa dihina. Kegagalan berulang dalam pertarungan dengan Stick menyebabkan misi Battlar dalam menghapuskan kumpulan Stick menjadi sebuah pembalasan dendam peribadi.


Senarai Episod[sunting | sunting sumber]

Tayangan di Jepun Genesis Climber MOSPEADA
Episod-episod
Robotech: The New Generation
Episod-episod
1983.10.02 1. Permulaan Serangan Itu. (Jepun: 襲撃のプレリュード, Hepburn: Shūgeki no Pureryūdo) 61. Penaklukan Invid.
1983.10.09 2. Gadis Yang Patah Hati Pada Bulan Mac (Jepun: 失恋少女のマーチ, Hepburn: Shitsuren Shōjo no Māchi) 62. Kota Yang Hilang
1983.10.16 3. Pertunjukan Konsert pada Tengah Hari (Jepun: 真昼の決闘コンサート, Hepburn: Mahiru no Kettou Konsāto) 63. Askar Yang Keseorangan
1983.10.23 4. Lagu Rasa 'Survival' (Jepun: 気分はサバイバル・ソング, Hepburn: Kibun wa Sabaibaru Songu) 64. Kelangsungan Hidup.
1983.10.30 5. Operasi Rampasan Penginapan Tinggal. (Jepun: ライブ・イン・強奪作戦, Hepburn: Raibu In Gōdatsu Sakusen) 65. Panggilan 'Curtain'.
1983.11.06 6. Sokongan Kepada Perempuan 'Blues' (Jepun: 突ッ張り少女ブルース, Hepburn: Tsuppari Shōjo Burūsu) 66. Masa-masa Yang Sukar.
1983.11.13 7. Kejatuhan Seorang Hero 'Ragtime' (Jepun: 亡き勇者のラグタイム, Hepburn: Naki Yūsha no Ragutaimu) 67. Hero Kertas.
1983.11.20 8. Elegi Jonathan. (Jepun: ジョナサンのエレジー, Hepburn: Jonasan no Erejī) 68. Madah.
1983.11.27 9. Fuga Dunia Yang Hilang (Jepun: ロスト・ワールド遁走曲, Hepburn: Rosuto Wārudo Tonsōkyoku) 69. Kejadian 'Pits'.
1983.12.04 10. Medan Perang Misa. (Jepun: 戦場のレクイエム, Hepburn: Senjō no Rekuiemu) 70. Masuklah Marlene.
1983.12.11 11. Belaian Harapan Yang Jauh (Jepun: 遠い希望のララバイ, Hepburn: Tōi Kibō no Rarabai) 71. Jalan Rahsia.
1983.12.18 12. 'Boogie' Serangan Kubu (Jepun: 要塞突破ブギ, Hepburn: Yōsai Toppa Bugi) 72. Sebuah Kubu
1983.12.25 13. Kenangan Ribut Pasir (Jepun: 砂嵐プレイバック, Hepburn: Suna-arashi Pureibakku) 73. Ribut Pasir
1984.01.08 14. Perkahwinan Bulan Mac Si Mint (Jepun: ミントの結婚行進曲, Hepburn: Minto no Kekkonkōshinkyoku) 74. Perkahwinan Annie
1984.01.15 15. Tarian Perpecahan (Jepun: 仲間割れのバラード, Hepburn: Nakamaware no Barādo) 75. Haluan Berpecah
1984.01.22 16. Perangkap Reggae (Jepun: トラップ・レゲエ, Hepburn: Torappu Regē) 76. Metamorfosis
1984.01.29 17. Rayuan Malam Putih (Jepun: 白夜のセレナーデ, Hepburn: Hakuya no Serenāde) 77. Matahari Malam
1984.02.05 18. Sifat Seorang Askar Polka Tua (Jepun: 老兵たちのポルカ, Hepburn: Rōhei-tachi no Poruka) 78. Bandar Berhantu
1984.02.12 19. Kubu Bandar Berais. (Jepun: 氷河都市のフォルテ, Hepburn: Hyōga Toshi no Forute) 79. Gigitan Kesejukan.
1984.02.19 20. Dendangan Hari Lahir Di Langit Malam (Jepun: 夜空のバースディ・ソング, Hepburn: Yozora no Bāsudi Songu) 80. Blues Hari Lahir.
1984.02.26 21. Rentak Pembunuhan (Jepun: 殺しのアルペジオ, Hepburn: Koroshi no Arupejio) 81. Pembunuh Upahan
1984.03.04 22. Bebop New York (Jepun: ニューヨーク・ビーバップ, Hepburn: Nyū Yōku Bībappu) 82. Epal Yang Besar
1984.03.11 23. Permainan Rambut Hitam (Jepun: 黒髪のパルティータ, Hepburn: Kokuhatsu no Parutīta) 83. Reflex Point
1984.03.18 24. Pengakhiran Hitam (Jepun: 闇のフィナーレ, Hepburn: Yami no Fināre) 84. Pengakhiran Hitam
1984.03.25 25. Simfoni Cahaya (Jepun: 光のシンフォニー, Hepburn: Hikari no Shinfonī) 85. Symphony Cahaya

Lagu Tema[sunting | sunting sumber]

Tema Pembukaan
  • "Ushinawareta Yume o Motomete" (Jepun: 失われた伝説(ゆめ)をもとめて, "Dalam Pencarian Sebuah Impian Yang Hilang")
    • Nyanyian: Andy
Tema Penamat
  • "Burū Rein" (Jepun: ブルー・レイン, "Hujan Biru")
    • Nyanyian: Andy dan Mine Matsuki

Instrumen muzik dan keseluruhan muzik yang digunakan telah disusun oleh Joe Hisaishi yang kemudiannya berkhidmat dalam skor lagu untuk filem Hayao Miyazaki. MOSPEADA adalah siri anime pertama yang menggunakan lagu tema berbentuk jazz (Hujan Biru).

Kumpulan band indie Malaysia, Hujan telah mencipta sebuah rakaman semula lagu tema pembukaan, yang menggunakan tajuk Lonely Soldier Boy. Lirik-liriknya adalah diterjemahkan dari Bahasa Jepun kepada Bahasa Melayu (kecuali bahagian korus) dan telah dimasukkan sekali dalam album kumpulan ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "MOSPEADA FAQ". MOSPEADA.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-28. Dicapai pada 2010-12-25. Text "Diambil pada 25 Disember 2010" ignored (bantuan)
  2. ^ "MOSPEADA". Tatsunoko Production. Dicapai pada 2009-05-24.
  3. ^ "機甲創世記モスピーダ". Tatsunoko Production. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-20. Dicapai pada 2009-05-24.