Geng Ah Took

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Geng Ah Took merupakan kumpulan samun bersenjata api dan curi kereta BMW di Malaysia.

Pada 5 November 2008, wanita yang menjadi ketua kumpulan berjayan ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Kondominium Green Arce, Sungai Long 5 km dari bandar Kajang, Selangor, Malaysia. Penjenayah yang ditembak mati ialah Wong Sau Lai (20) atau Ah Moon dan rakan lelakinya, Goh Kian Chai (40) yang dikenali sebagai Ah Took. Polis menemui dua pucuk pistol jenis revolver 0.38 milimeter dan jenis Ruger P89, beberapa bilah kapak, parang,pisau, pelbagai jenis kunci kereta mewah dan cukai jalan palsu. Kereta BMW yang dicuri turut dirampas. Polis percaya 24 kes samun kenderaan mewah bersenjata api di Kuala Lumpur dan Selangor sejak 2007 melibatkan nilai kira-kira RM3 juta berjaya diselesaikan.

Cif Inspektor Ng Wai Leong dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur turut cedera parah akibat terkena dua das tembakan di kaki dalam serbuan pada jam 3.00 pagi. Operasi memburu Geng Ah Took dikendalikan oleh 6 polis D9 IPK Kuala Lumpur.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin memberi sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.[1]

  1. ^ "Geng Ah Took ditembak mati". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-02. Dicapai pada 2009-02-08.