Parang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Menurut Dewan Bahasa, Parang didefinasikan sebagai Pisau Melayu yang besar.[1] Parang merupakan sejenis alat seakan pisau yang berasal dari Asia Tenggara, khususnya Nusantara. Ia digunakan untuk memotong kayu yang lebih keras, dengan mata yang lebih keras dan pusat pukulan yang jauh ke hadapan tangkai. Matanya juga lebih cekah serong supaya tidak tersekat dalam potongan. Mata parang biasanya 30 sentimeter (12 in) panjang dan jisimnya tidak lebih 0.75 kilogram (1.7 lb). Mata yang lengkung membolehkan penggunaan daya maksimum ketika memotong kayu balak, maka mata sampai sebelum buku jari demi perlindungan pada buku jari. Parang mempunyai tiga mata, iaitu mata depan amat tajam dan digunakan untuk mengupas, mata tengah yang lebih lebar dan digunakan untuk mencantas, dan mata belakang (dekat tangkai) yang amat halus dan digunakan untuk mengukir.

Panjang bilah parang adalah diantara 10 hingga 24 inci. Jika bilah pendek dari 10 inci, alat itu disebut Pisau. Lebih dari 24 inci dipanggil Pedang.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Parang sering digunakan dihutan/belukar dan juga menjadi alat untuk membina rumah, memasang perabot dan membuat peralatan. Parang juga disebut untuk tujuan-tujuan tersebut dalam buku SAS Survival Handbook oleh John "Lofty" Wiseman, sebuah buku panduan ikhtiar hidup.[2]

Parang pendek digunakan untuk membelah kayu, memotong daging, menebang pokok buluh dan juga meraut buluh. Parang panjang digunakan untuk menebas semak, mencantas dahan dan lain-lain.

Parang juga dijadikan senjata, terutamanya oleh kongsi gelap dan perompak di Malaysia, Singapura, Sri Lanka dan India.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]