Geng Black

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Geng Black merupakan sekumpulan 9 penjenayah lelaki berusia 20-28 yang melakukan samun bermotosikal di Kuala Lumpur, Malaysia. Mereka merupakan sekumpulan mat rempit yang menjalankan aktiviti pada waktu malam terutama di Dataran Merdeka dan kedai makanan laut di Bukit Bintang. Tiga daripada mereka bekerja sebagai penghantar surat dan mekanik penghawa dingin. Ketua kumpulan digelar 'Black'.


Selepas melepak dan makan-makan di Bukit Bintang , 'mat rempit' ini mencari mangsa di kawasan perumahan dan kawasan terpencil. Lima penunggang motosikal akan menyamun sementara yang lain mengawasi kehadiran kereta peronda polis. Dua lelaki ditahan di Wangsa Maju hasil maklumat orang ramai jam 5.30 pagi pada 30 Disember 2008. Pada 4 Januari 2009 berjaya menahan seorang lagi di Selayang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan memberi taklimat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul .

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]