Gerhana Bulan Separa 26 Jun 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gerhana maksimum dilihat dari Canberra, Australia, 11:31 UTC

Gerhana Bulan Separa Jun 2010 berlaku pada hari Sabtu, 26 Jun 2010. Ia merupakan gerhana bulan pertama 2010 dan dapat dilihat dari Amerika Tengah, Asia Tenggara, New Zealand, Australia dan Jepun. Di gerhana maksimum, 53.7% Bulan ditutupi oleh bayang Bumi.[1]

Di Malaysia, Agensi Angkasa Negara Malaysia (Angkasa) menyatakan gerhana fasa penumbra bermula jam 4.57 petang waktu tempatan. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru umat Islam solat sunat gerhana selepas solat Maghrib secara berseorangan atau berjemaah. Solat khusuf disertai khutbah khas gerhana bulan diadakan di Masjid Negara dan Masjid Putra.[2] Planetarium Negara menyediakan teleskop dari jam 7.38 malam hingga 10.20 malam bagi meninjau gerhana ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]