Gigi kacip

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Gigi acip)
Lompat ke: pandu arah, cari
Kacip
Gray997.png
Gigi kekal separuh kanan arkus gigi bawah, dilihat dari atas.
Gray1003.png
Gigi kekal, dilihat dari kanan.
Latin dentes incisivi
Ruj. Gray subject #242 1115
MeSH Incisor

Gigi kacip (juga dikenali sebagai gigi acip dan insisor) merupakan jenis gigi pertama yang tumbuh dalam mamalia heterodon. Gigi acip terletak pada pramaksila di rahang atas, dan mandibel di rahang bawah.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Dalam sebilangan besar mamalia maun atau omnivor, misalnya manusia dan kuda, gigi acip disesuaikan untuk menggigit benda yang keras. Gigi acip kucing adalah kecil, oleh itu kucing menggigit daging dengan gigi taring dan karnasial. Gigi acip atas gajah terubah suai menjadi gading; begitu juga dengan Narwhal (sejenis ikan paus) yang mana sebatang gigi acipnya berkembang menjadi gading yang lurus dan berpilin. Gigi acip rodensia tumbuh sepanjang hayat tetapi dirapikan dengan menggerogot selalu.

Bilangan dan jenis gigi acip[sunting | sunting sumber]

Manusia[sunting | sunting sumber]

Manusia biasanya mempunyai lapan batang gigi acip yang terbahagi kepada empat jenis darab dua batang. Jenis-jenisnya adalah:

  • gigi acip sentral maksila (di tengah-tengah rahang atas)
  • gigi acip lateral maksila (di antara gigi sentral dan taring rahang atas)
  • gigi acip sentral mandibel (di tengah-tengah rahang bawah)
  • gigi acip lateral mandibel (di antara gigi sentral dan taring rahang bawah)

Haiwan selain manusia[sunting | sunting sumber]

Sesetengah spesies primat, kucing dan kuda mempunyai 12 batang gigi acip. Rodensia ada empat batang, manakala rubah ada sembilan batang. Arnab yang pernah dianggap sebagai rodensia, menjadi berbeza kerana hanya ada lapan batang gigi acip — sepasang "gigi lancip" kecil terletak di belakang sahaja pasangan gigi yang paling anterior. Gigi acip digunakan untuk menggigit makanan keras seperti daging merah.

Gambar selebihnya[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]