Got It?

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Got It?
EP oleh GOT7
Dikeluarkan pada 20 Januari 2014[1]
Dirakam pada JYP Studio, Seoul, Korea Selatan (2013)
Genre K-pop, pop tarian, hip hop
Masa 20:51
Bahasa Korea
Syarikat JYP Entertainment
Ulasan profesional
7.5/10 bintang7.5/10 bintang7.5/10 bintang7.5/10 bintang7.5/10 bintang7.5/10 bintang7.5/10 bintang7.5/10 bintang7.5/10 bintang7.5/10 bintang[2]
Single daripada album Got It?
  1. "Girls Girls Girls"
    Dikeluarkan pada: 20 Januari 2014

Got It? merupakan album mini penampilan sulung oleh kumpulan muzik GOT7. Ia dilancarkan pada 20 Januari 2013 oleh JYP Entertainment. Lagu "Girls Girls Girls" (Gadis Gadis Gadis) daripada album mini ini dijadikan sebagai lagu promosi untuk album tersebut.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Disember 2013, JYP Entertainment (JYPE) telah mendedahkan bahawa pihak tersebut akan membuat penampilan pertama bagi kumpulan muzik lelaki baharu mereka yang dikenali sebagai GOT7, dengan nombor 7 dirujuk sebagai tujuh orang ahli dalam kumpulan itu dengan kewarganegaraan yang berbeza.[3] Kumpulan muzik ini akan menjadi kumpulan hip hop pertama daripada syarikat JYPE. Syarikat tersebut memperkenalkan ahli-ahli dalam GOT7 secara berperingkat bermula pada 3 Januari 2014. Wadah GOT7 yang pertama, dikenali sebagai 'Garage Showcase' diadakan pada 15 Januari, sebagai pentas penampilan sulung mereka dan pentas pertama mereka di dalam rancangan muzik iaitu di M! Countdown diadakan pada 16 Januari.[3]

Pada 9 Januari 2014, teaser video muzik "Girls Girls Girls" dilancarkan dengan memaparkan seorang demi seorang ahli GOT7 dengan menggunakan konsep skrin pisah yang rumit dan hebat manakala video muzik penuh pula dilancarkan pada 15 Januari 2014.[4] Album mini mereka pula dikeluarkan pada 20 Januari 2014 dengan enam buah lagu.[1]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Lirik Gubahan Susunan Masa
1. "여보세요" (Helo) Noday, Chloe Noday, Chloe Noday 3:38
2. "Girls Girls Girls" (Gadis Gadis Gadis) Park Jin-young Park Jin-young Park Jin-young, Hong Ji-sang 3:35
3. "난 니가 좋아" (Aku Sukakanmu) Park Jin-young Park Jin-young Park Jin-young, Hong Ji-sang 3:24
4. "따라와" (Ikutku) S. Bros, Bluesun S. Bros S. Bros 3:10
5. "Like Oh" (Seperti Oh) Lee U-min, Crizzy & Guy Lee U-min, Fredrik 'Fredro' Odesjo Lee U-min, Fredrik 'Fredro' Odesjo 3:39
6. "Playground" (Taman Permainan) Mr. Cho Mr. Cho Mr. Cho 3:34
Jumlah masa:
20:51

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]