K-pop

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
K-Pop
كي-ڤوڤ
Asalan gaya PopElektropopHip hopRockR&B
Asalan budaya Bermula 1990-an di Korea Selatan
Instrumen biasa VokalPad dramDramBes elektrikPapan kekunciPianoPensampelSequencerSynthesizer • Penggunaan pelbagai alat muzik lain

K-pop atau Pop Korea (كي-ڤوڤ اتاو ڤوڤ كوريا) (Inggeris: Korean Pop) adalah sejenis aliran muzik popular yang berasal dari Korea Selatan. Kebanyakkan artis dan kelompok pemuzik dari Korea menggunakan aliran muzik ini. K-Pop ini mengandungi campuran genre hip-hop, elektro, pop, rock dan R&B. Aliran ini telah menjadi satu cabang kebudayaan dalam kalangan remaja dan orang dewasa di seluruh dunia yang menimbulkan minat terhadap gaya dan fesyen daripada penyanyi dan kumpulan muzik Korea.[1]


Melalui kehadiran halaman peminat Facebook, ketersediaan iTunes, profil Twitter dan video muzik di YouTube, kemampuan K-pop untuk mencapai penonton yang sebelum ini tidak dapat diakses melalui Internet telah memacu satu anjakan paradigma dalam pendedahan dan kepopularan genre ini.[2] Budaya popular Korea Selatan pada hari ini merupakan pemacu utama budaya belia di seluruh Lingkungan Pasifik terutamanya di Tanah Besar China, Hong Kong, Jepun, Taiwan dan Vietnam. Genre ini sedang mengembangkan pengaruhnya di rantau ini, sama seperti muzik Amerika di Eropah pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. TIME Magazine: Korean Pop – Flying Too High?. 205.188.238.181. Diambil pada 2011-02-20.
  2. Yoon, Lina. (2010-08-26) K-Pop Online: Korean Stars Go Global with Social Media. TIME. Diambil pada 2011-02-20.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]