Grebe Alaotra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Grebe Alaotra
Satu-satunya gambar Grebe Alaotra yang diketahui (kredit: Paul Thompson)
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Podicipediformes
Famili: Podicipedidae
Genus: Tachybaptus
Spesies: T. rufolavatus
Nama binomial
Tachybaptus rufolavatus
(Delacour, 1932)

Grebe Alaotra (Bahasa Inggeris: Alaotra Grebe; nama saintifik Tachybaptus rufolavatus) ialah salah satu spesies grebe yang endemik di Tasik Alaotra dan tasik sekitarnya di Madagaskar. Spesies ini terakhir dilihat (mungkin hibrid dengan Grebe Kecil) pada tahun 1985 dan telah disahkan pupus pada 2010.[2][3] Cuma satu gambar spesies ini yang diketahui wujud.[4]

Grebe ini merupakan burung sepanjang kira-kira 10 inci (25 cm).[5] Kemampuannya untuk terbang dipercayai dijejaskan oleh sayapnya yang kecil.[4]

Kepupusan[sunting | sunting sumber]

Spesies ini secara rasmi dinyatakan pupus pada tahun 2010, setelah kali terkhir ianya kelihatan pada tahun 1985.[2][3][4][6] Leon Bennun, pengarah badan organisasi konservasi BirdLife International menyatakan bahawa "tidak ada harapan yang masih tinggal bagi spesies ini (untuk terus wujud)," dan menyalahkan kejadian menyedihkan ini adalah hasil dari perbuatan manusia.[6]

Kepupusan ini membawa jumlah burung yang disahkan pupus sejak 1600 kepada 162. Kepupusan spesies burung yang disahkan sebelum ini ialah Merpati Liverpool (Caloenas maculata) pada 2008.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. BirdLife International (2008). Tachybaptus rufolavatus. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 22 Februari 2010.
  2. 2.0 2.1 BirdLife International (2010) Species factsheet: Tachybaptus rufolavatus. Dimuat turun daripada http://www.birdlife.org pada 26 Mei 2010
  3. 3.0 3.1 BirdLife International (2010). Wetland aliens cause bird extinction. Dimuat turun pada 26 Mei 2010 daripada http://www.birdlife.org/news/news/2010/05/red-list-for-birds-2010.html
  4. 4.0 4.1 4.2 4.3 Walker, Matt (26 May 2010). "Bird conservation: Alaotra grebe confirmed extinct". BBC News. Diperoleh pada 26 May 2010. 
  5. Endangered Wildlife and Plants of the World. Marshall Cavendish Corporation. 2001. ms. 649. ISBN 0761471944. 
  6. 6.0 6.1 Elliott, Valerie (26 May 2010). "Alaotra grebe declared extinct after struggle against carnivorous fish". The Times. Diperoleh pada 26 May 2010.