Gua Niah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gua Niah terletak di pedalaman bandar Miri, Sarawak, Malaysia.

Keistimewaan[sunting | sunting sumber]

Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari Miri, Sarawak, gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.

Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Gua Niah seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.

Taman Negara Gua Niah[sunting | sunting sumber]

Gua Niah juga merupakan taman negara Sarawak terkecil, tetapi merupakan yang paling penting dan menarik minat pelancong. Ini adalah kerana di Gua Niah telah dijumpai fossil manusia yang berusia 40,000 ribu tahun dahulu sekali gus menjadikannya sebagai tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara. Selain itu jumpaan perkakasan manusia purba ini telah menjadikan Gua Niah sebagai tapak kaji purba terpenting di dunia.

Taman negara Gua Niah seluas 3,138 hektar kawasan bukit batu kapur dan hutan. Ia diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November 1974 diwartakankan sebagai Taman negara dan dibuka kapada umum pada 1 Januari 1975.

Kajian Tom Harrison 1958[sunting | sunting sumber]

Kajian oleh Tom Harrison di Gua Niah

Pada tahun 1958, satu cari gali yang diketuai oleh Tom Harrisson dan isterinya Barbara Harrison. Tom ialah kurator Muzium Sarawak . Beliau berminat dengan arkeologi walaupun tidak ada asas arkeologi. Beliau telah membongkar satu tengkorak manusia disebelah barat pintu utama Gua Niah, yang dianggarkan berusia 40,000 tahun. Ia merupakan tengkorak manusia moden (Homo sapiens) yang terawal di Asia Tenggara. Tengkorak itu ditemui di aras di mana perkakasan batu telah dijumpai sebelumnya bersama arang yang memberikan tarikh radiokarbon sekitar 40,000 tahun dahulu. Ini merupakan bukti terawal pendudukan manusia di Borneo.

Selain bukti kehadiran manusia zaman Palaeolithic pada tempoh Pleistocene Akhir, para cari gali turut menjumpai bukti pendudukan pada awal tempoh Holocene oleh Mesolithic foragers, dan kemudiannya tapak pengkebumian oleh penduduk yang menghasilkan barangan tembikar sekitar 4,000 tahun dahulu.

Kesemua kesan pendudukan manusia dikawasan tersebut seperti perkakasan batu, alatan memasak dan hiasan yang diperbuat daripada tulang, selut, atau batu telah membuktikan bahawa Gua Niah telah lama didiami sehingga era palaeolithic (awal Zaman Batu). Era Pleistocene berakhir dengan bermulanya era Holocene sekitar 10,000 dahulu.

Laluan ke Taman Negara Niah[sunting | sunting sumber]

Taman Negara Niah boleh dilawati oleh semua pelawat melalui jaringan jalanraya yang menghubungkan kawasan ini dengan bandaraya Miri ataupun bandar Bintulu. Jarak daripada bandaraya Miri adalah kira-kira 90 km melalui Lebuhraya Persisiran Pantai memakan masa 1 1/2 jam manakala daripada Bandar Bintulu adalah kira-kira 120km (2jam).

Taman Negara Niah boleh didatangi dengan menggunakan kenderaan persendirian, teksi ataupun bas ekspress yang pergi dari bandaraya Miri ke Bintulu ataupun dari Bintulu ke Bandaraya Miri dengan berhenti di Simpang Ngu. Dari simpang berkenaan, pelawat boleh menggunakan kenderaan yang disewa yang terdapat di sekitar simpang berkenaan dengan harga yang tertentu. Sila maklumkan pemandu berkenaan supaya menghantar anda ke Pejabat Taman Negara Niah.

Kemudahan di Gua Niah[sunting | sunting sumber]

Taman Negara Niah juga menyediakan kemudahan kediaman kepada pelancong iaitu tapak perkhemahan, hostel dan chalet dengan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Di sini juga terdapat kafeteria untuk membolehkan pelancong mendapatkan bekalan makanan kerana semua kemudahan di Taman Negara Niah tidak dibenarkan memasak. Namun pelancong dibenarkan membuat barbeque di kawasan luar penginapan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]