Gua Tempurung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.

Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.

Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua Tempurung merupakan sebuah gua yang menjadi tumpuan pelancong yang merentasi satu kilometer dari Sungai Siput sehingga Kuala Dipang, dan terdiri daripada lima siling kubah yang berbentuk tempurung.

Gua Tempurung terletak di Gopeng, sekitar 24 kilometer selatan bandar Ipoh. ia juga hanya 15 minit memandu dari Sungai Kampar yang juga merupakan tumpuan para pelancong untuk aktiviti berkayak atau berakit merentasi jeram.

Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.

Memandangkan gua ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong. Gua gua kini dilengkapi lampu , tangga dan titi serta kemudahan awam lain turut disediakan. Bagi mereka yang suka aktiviti lasak, acara meredah sungai dalam gua turut diadakan.

Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia. Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1970, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah.

Panduan arah[sunting | sunting sumber]

Gua Tempurung, boleh dikunjungi menggunakan Lebuh raya Utara Selatan ataupun jalan Persekutuan. Jika anda menggunakan PLUS, masuk ke susur keluar Plaza Tol Gopeng , belok ke kiri dan teruskan memandu sejauh 2 km sehingga menemui laluan ke Gua Tempurung di sebelah kiri. Laluan khas ini dibina bagi membolehkan kenderaan yang lebih besar besar seperti bas sampai ke gua tersebut.

Universiti perubatan[sunting | sunting sumber]

Sebuah universiti perubatan akan dibina berhampiran Gua Tempurung , Gopeng, Perak dengan kos RM450 juta. Luasnya 100 hektar dan dijangka siap 2009. 800 pelajar pertama jurusan perubatan akan memulakan pengajian pada Julai 2008 di Ipoh, Perak.[1]

Kerajaan negeri Perak dengan kerjasama Blair Education Services Sdn Bhd dan lima universiti yang berpangkalan di Chennai, Hyderabad dan Belgaum di India. Pemegang ekuiti utama dalam Blair Eduacation Services adalah Maan Sarovar Group of Companies, pemaju hartanah yang menjalankan projek termasuk pembinaan hospital dan taman teknologi maklumat di India.

Universiti yang terlibat ialah Anna Universiti dan Universiti Perubatan M G R , Institut Teknologi Maklumat Antarabangsa dan Universiti Hyderabad di Hyderabad dan Universiti KLE di Belgaum telah membentuk konsortium. Kursus yang ditawarkan ialah pergigian, farmasi dan kejururawatan, teknologi maklumat, bioteknologi, teknologi nano, geosains dan pengurusan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]