Gopeng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandar Gopeng
Coat of arms of Perak.svg
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Perak
Daerah Daerah Kampar
Mukim Bandar Gopeng
Keluasan N/A

Gopeng ialah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 20 km dari Ipoh, ibu negeri Perak,Malaysia.

Gopeng juga terkenal dengan gua batu kapurnya, Gua Tempurung. Gua ini berada sejauh 5 km dari pusat bandar.

Infrastruktur utama[sunting | sunting sumber]

  • Pasar Besar Gopeng
  • Medan Purnama
  • Pejabat Pos Gopeng
  • Balai Polis Gopeng
  • Stesen Bas Gopeng
  • matrikulasi perak

Gaya hidup[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Gopeng sememangnya sangat bertuah kerana dikelilingi tiga bandar besar yakni Ipoh (utara), Kampar (selatan) dan Batu Gajah (barat). Seperti pekan-pekan biasa yang terletak di luar rangkuman bandaraya, kehidupan di Gopeng tidak begitu sibuk pada hari-hari biasa termasuklah hujung minggu.

Kehidupan di Gopeng dihidupkan lagi dengan kehadiran pasar-pasar pagi dan juga pasar malam. Pasar pagi di Gopeng dibuat pada hari Selasa atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Lambak Selasa. Istilah ini telah digunakan sekian lama khususnya masyarakat Rawa atau Orang Rao di Gopeng. Pada hari Ahad pula, pasar malam pula diadakan di Gopeng.

Kebanyakan penduduk Gopeng akan menuju ke Ipoh untuk menghabiskan waktu malam hujung minggu mereka di mana lebih banyak tempat untuk membeli-belah dan bersantai.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Lebih daripada separuh penduduk Gopeng adalah berketurunan Cina (lebih kurang 60%). Industri perlombongan bijih timah yang pernah maju suatu masa dulu telah menarik kemasukan orang Cina untuk bekerja dan menghuni Gopeng.

Penduduk Gopeng terdiri daripada:

  • Semai
  • Cina Kantonis
  • Rawa (Urang Rao)
  • Mandailing
  • Melayu Perak
  • Melayu Deli
  • Tamil
  • Punjabi

Penduduk Gopeng dianggarkan berjumlah lebih kurang 100,000 orang.

Antara penempatan-penempatan yang terdapat di Gopeng:

Taman Gopeng Jaya
Kampung Pisang
Kampung Rawa
Taman Changkat Golf
Taman Gopeng Indah
Kopisan Baru
Lawan Kuda Baru
Taman Kinta
Taman Gopeng Baru
Kampung Tersusun Kampung Pulai
Kampung Tersusun Gopeng
Kampung Lawan Kuda
Kampung Jahang
Kampung Jelintoh
Kampung Sungai Itek
Kampung Pintu Padang
Kampung Gunung Mesah Hulu
Kampung Gunung Mesah Hilir
Kota Baru Estate (small railway station town)
Kampung Gunung Panjang
Kampung Changkat Tualang
Kampung Changkat Legong
Kampung Redang Sawa<br Kampung Cholek

Tokoh tempatan[sunting | sunting sumber]

Antara tokoh yang terdapat di sini ialah :

Asal-usul nama[sunting | sunting sumber]

Ada dua versi bagaimana nama Gopeng boleh wujud.

  • Gopeng dikatakan nama seorang pelombong berbangsa Cina yang bernama Goh Peng. Goh Peng merupakan seorang rakyat China yang miskin dan cuba membantu keluarganya yang miskin berikutan kebuluran dan bencana banjir besar di wilayah Kwangtung. Goh Peng berjaya menjadi pelombong yang berjaya.
  • Nama Gopeng dikatakan berasal dari nama sejenis buah pulai yang gopeng, yang bermaksud telah bertebuk oleh tupai dan lain-lain. Di sini memang banyak pokok pulai, malahan terdapat sebuah tempat yang dinamakan Simpang Pulai.
  • Nama asal Gopeng ialah Gunung Mesah. Beberapa orang penduduk di sini menjadi buruan tentera British semasa Perang Perak 1875.

Senarai masjid[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]