Gunung Sedungal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Sedungal
Titik tertinggi
Ketinggian489 m (1,604 ka)
Geografi
LokasiSabah, Malaysia

Gunung Sedungal merupakan sebuah gunung yang terdapat di Pulau Timbun Mata, daerah Semporna, Sabah. Ketinggian gunung ini 489 meter. [1]

Gunung Sedungal terletak di pulau Timbun Mata, sebuah pulau terbesar di bahagian selatan berdekatan dengan Teluk Darvel (juga dikenali sebagai Teluk Lahad Datu), di Semporna, Sabah, Malaysia. Pulau Timbun Mata sepanjang melebihi 26 kilometer dan keluasaanya boleh menjangkau kira-kira 10 kilometer. Pulau Timbun Mata ini mempunyai struktur bentuk muka bumi bergunung-ganang dan dianggarkan telah berusia lebih dari 2000 tahun. Terdapat hutan kayu hujan tropika yang tebal.

Gunung Sedungal, merupakan puncak kedua tertinggi di pulau Timbun Mata ini dengan ketinggiannya 489 m. Puncak tertinggi adalah Gunung Tannabalu, dengan ketinggian mencecah 620 m. Bahagian selatan pulau pula hanya berpisah dengan tanah besar Borneo iaitu melalui terusan laut yang dikenali sebagai Trusan Sigalong. Ianya terletak di koordinat 4°39' N 118°25' E dengan kawasan seluas 114.97 km².[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]