HD 20868 b

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
HD 20868 b
Penemuan
Ditemui olehMoutou et al.[1]
Kawasan penemuanBalai Cerap La Silla
Tarikh penemuan26 Oktober 2008; 15 tahun yang lalu (2008-10-26)
Kaedah pengesananSpektroskopi Doppler
(HARPS)
Ciri-ciri orbit
Paksi semimajor0.947 ± 0.012 AU (141,700,000 ± 1,800,000 km)
Kesipian0.75 ± 0.002
Tempoh orbit380.85 ± 0.09 h
1.0427 ± 0.0002 t
Kelajuan purata orbit27.1
Masa periastron2,454,451.52 ± 0.1
Argumen perihelion356.2 ± 0.4

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

HD 20868 b ialah sebuah planet luar suria yang terletak kira-kira 156 tahun cahaya jauh di buruj Relau, mengelilingi bintang subraksasa jenis K magnitud ke-10 HD 20868. Planet ini mempunyai jisim minimum 1.99 kali lebih daripada Musytari dan mengelilingi pada jarak 0.947 AU. Planet ini mengambil masa 380.85 hari atau 12.5 bulan untuk beredar di sekeliling bintang dengan kesipian 0.75, salah satu daripada yang paling eksentrik daripada mana-mana planet luar suria yang diketahui. Pada periastron, jaraknya 0.237 AU dan di apastron, jaraknya 1.66 AU.

Planet ini ditemui pada 26 Oktober 2008 oleh Moutou et al. menggunakan spektograf HARPS pada teleskop 3.6 meter ESO yang dipasang di Balai Cerap La Silla di gurun Atacama, Chile.[1]

Sempena dengan ulang tahun ke-100 Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU), IAU memberi setiap negara anggota sebuah planet luar suria dan bintang perumahnya yang lama tidak bernama untuk dinamakan dan Malaysia ditugaskan untuk menamakan planet luar suria ini dan bintang perumahnya. Negara berkenaan memberi peluang pelajar sekolah menamakan planet luar suria tersebut dalam suatu pertandingan.[2] Planet HD 20868 b dinamakan Baiduri sempena nama permata.[3][4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Moutou, C.; dll. (2009). "The HARPS search for southern extra-solar planets XVII. Six long-period giant planets around BD -17 0063, HD 20868, HD 73267, HD 131664, HD 145377, HD 153950". Astronomy and Astrophysics. 496 (2): 513–519. arXiv:0810.4662. Bibcode:2009A&A...496..513M. doi:10.1051/0004-6361:200810941.
  2. ^ "M'sian school kids to get chance to name star, exoplanet in contest, says Yeo" [Budak sekolah Malaysia diberi peluang untuk menamakan bintang, plant luar suria dalam pertandingan, kata Yeo]. The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 13 Jun 2019. Dicapai pada 8 Ogos 2019.
  3. ^ "Approved names". NameExoworlds (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-19. Dicapai pada 2020-01-02.
  4. ^ "International Astronomical Union | IAU". www.iau.org. Dicapai pada 2020-01-02.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: Peta langit 03h 20m 42.6943s, −33° 43′ 48.374″


Templat:Extrasolar-planet-stub