Hafiz Noor Shams

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hafiz Noor Shams adalah seorang ahli ekonomi, penulis kolum dan pengarang buku di Malaysia.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau menghadiri Kolej Melayu Kuala Kangsar untuk pendidikan menengah. Hafiz kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Michigan dan Universiti Sydney dalam bidang ekonomi.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan salah seorang daripada pegawai khas kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan dari 2018 sehingga 2020. Sebelum itu, beliau merupakan seorang penyelidik di Financial Times.

Hafiz juga pernah terlibat dengan dua badan pemikir yang berpusat di Kuala Lumpur, iaitu Institute for Democracy and Economics Affairs (IDEAS) dan Research for Social Advancement (REFSA).

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah bekas penulis kolum di The Malaysian Insider dan The Malay Mail.

Pada tahun 2023, Matahari Books telah menerbitkan sebuah buku berjudul The End of the Nineteen-Nineties yang dikarang oleh Hafiz.[1]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]