Kolej Melayu Kuala Kangsar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kolej Melayu Kuala Kangsar
Moto Fiat Sapientia Virtus
Ditubuhkan 2 Januari 1905
Jenis Kolej, Sekolah kerajaan, Kerajaan (berasrama penuh) sekolah menengah lelaki
Pengetua En Anand bin Baharudin
Kod sekolah AEB4074
Lokasi  Malaysia Jalan Tun Abdul Razak33000, Kuala Kangsar,, Perak Darul Ridzwan, Malaysia
Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 - Tingkatan 5
Telefon 605-7761400
Faks 605-7764500


Kolej Melayu Kuala Kangsar atau nama ringkasnya Kolej Melayu Kuala Kangsar, merupakan sebuah Kolej yang terletak di Jalan Tun Abdul Razak.

Pada 2009, Kolej Melayu Kuala Kangsar memiliki 543 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 543 orang. Ia mempunyai seramai 59 orang guru.2009


Kolej Melayu Kuala Kangsar (lebih dikenali Malay College, MCKK, MC atau Koleq, dan kadangkala Eton of the East) atau (Inggeris: Malay College Kuala Kangsar), merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki sahaja di Malaysia. Sekolah ini terletak di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Moto sekolah, Fiat Sapientia Virtus adalah dalam Bahasa Latin, yang bermaksud Kebijaksanaan Mutu Manusia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada 1905 oleh pihak British atas cadangan daripada R.J. Wilkinson, pegawai pendidikan jajahan pada masa itu. Cadangan itu disokong sepenuhnya oleh Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I (1886—1916).

Pada awalnya, penubuhan sekolah ini ialah untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu, yang terdiri daripada kerabat diRaja. Anak lelaki kelahiran kebanyakan sukar untuk mendapat tempat di sekolah ini. Selepas kebangkitan nasionalisme orang Melayu pada sekitar tahun 1947, syarat kemasukan ke sekolah ini dilonggarkan dan semakin ramai anak-anak orang kebanyakan dapat peluang untuk menuntut di sini. Kini anak Melayu terpilih berpeluang mengikuti pembelajaran peringkat menengah di sekolah ini.

Seorang graduan Universiti Oxford yang berasal dari Ireland, William Hargreaves mendapat penghormatan untuk menjadi pengetua pertama sekolah ini dan sekolah ini ditadbir oleh pengetua dari Britain sehingga tahun 1965, di mana Abdul Aziz Ismail, seorang rakyat berbangsa Melayu diambil sebagai pengetua sempena ulangtahun ke-60, dan sehingga kini rakyat lelaki berbangsa Melayu memegang jawatan tersebut.

Lencana besi asal.

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Bangunan overfloor (dibina pada 1909) adalah binaan yang menjadi identiti sekolah ini, bercirikan senibina Greco-Roman, berhadapan padang ragbi, merupakan asrama bagi pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 (dan juga tingkatan 3 dan 6 pada satu masa) dan dewan makan. Bangunan Prep School (dibina pada 1912) yang menempatkan pelajar tingkatan 1, terletak di selatan kampus, adalah lebih kecil daripada bangunan Overfloor, mengekalkan senibina Greco-Roman, tetapi dengan ciri-ciri yang berbeza.

Pada tahun 1955, bangunan West Wing dan East Wing ditambah kepada Overfloor untuk menempatkan lebih ramai pelajar. Tiga bangunan ini kini dikenali sebagai Asrama Besar (Big School). Pada tahun yang sama, Blok Pentadbiran dan Menara Jam juga ditambah untuk memenuhi keperluan semasa. Seterusnya pada tahun 1963 asrama tambahan , Pavilion dan pada tahun 1972, Asrama Baru (New Hostel) dibina.Pavilion dibina untuk menempatkan pelajar tingkatan 3 manakala Asrama Baru dibina untuk menempatkan pelajar tingkatan 2.

Satu lagi mercu tanda utama sekolah ini ialah Big Tree, sebatang pokok hutan hijau yang terletak di sebelah timur Overfloor, yang berusia lebih tua daripada bangunan Overfloor sendiri.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Oh The Malay College
Harapan Bangsaku
Dengan Sejarah Yang Cemerlang
Harumlah Namamu

Kolej Istimewa
Didikan untuk semua
Keluar membimbing negara
Maju terus mara

Banggaku rasakan
Khidmatku berikan
Takku lupakan jasa-jasamu
Oh The Malay College

Sukan[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga padang sukan utama di sekolah ini; padang di hadapan Asrama Besar yang digunakan untuk ragbi, bola sepak dan kriket, padang hoki berhadapan Asrama Baru dan padang serbaguna di Blok Pentadbiran. Di sekolah ini juga terdapat satu-satunya gelanggang Eton Fives di Malaysia, walaupun kini tiada pelajar yang masih meneruskan sukan ini.

Semua pelajar sekolah ini menganggotai salah satu daripada 4 rumah sukan, dimana tiap rumah sukan berkenaan dinamakan atas penaung asal iaitu Rumah Sulaiman, Ahmad, Mohd Shah dan Idris, dan rumah-rumah sukan ini diwakili oleh warna merah, hitam, kuning dan putih mengikut turutan tersebut. Sepanjang tahun persekolahan, rumah-rumah ini bertanding dalam pelbagai aktiviti sukan, di mana pertandingan ini mencapai puncaknya pada Hari Sukan yang diadakan setiap tahun.

Kolej Melayu memegang reputasi yang tinggi dalam bidang sukan sekolan negara. Sejak tahun 1960, sekolah ini mengadakan perlawanan ragbi tahunan menentang Kolej Vajiravudh, sebuah sekolah elit di Thailand. Perlawanan ini diadakan di Bangkok pada tahun genap dan di Kuala Kangsar pada tahun ganjil. Selain daripada ini, sekolah ini juga mengadakan kejohanan sukan tahunan bersama Maktab Tentera DiRaja, dimana kedua-dua sekolah ini bergilir menjadi tuan rumah kejohanan tersebut.

Alumni[sunting | sunting sumber]

Persatuan alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar dikenali sebagai Malay College Old Boys' Association (MCOBA) atau "Persatuan Murid Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar", ditubuhkan pada tahun 1929.

Antara bekas pelajar yang ternama adalah seperti

Tradisi[sunting | sunting sumber]

Sebagai sekolah yang mempunyai sejarah yang lama, pelbagai tradisi tersendiri masih dipelihara oleh pelajar semasa serta alumni. Pada perlawanan sukan utama, setiap pelajar akan turun ke padang dan bersorak serta menyanyikan lagu-lagu sorakan dengan unison.

Murid tua Kolej Melayu mengekalkan tradisi memakai tali leher sekolah pada setiap hari Rabu. Perjumpaan murid-murid tua, Hujung Minggu Murid Tua (Old Boys Weekend) juga dilangsungkan setiap tahun di kampus selama tiga hari, dimana mereka akan bertanding dalam pelbagai acara sukan. Perlawanan ragbi antara murid tua dan pelajar semasa menjadi tarikan utama perjumpaan ini. Selain daripada ini, MCOBA juga mengadakan majlis makan tahunan untuk murid-murid tua yang biasanya dilangsungkan di Kuala Lumpur.

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

  • 1905—1918: William Hargreaves
  • 1918—1919: J.O. May
  • 1919—1923: L.A.S. Jermyn
  • 1923—1938: C. Bazell
  • 1938—1949: H.R. Carey
  • 1949—1953: K.D. Luke
  • 1953—1958: J.D.R. Howell
  • 1958—1959: P.G. Haig
  • 1959—1965: N.J. Ryan
  • 1965—1969: Abdul Aziz Ismail
  • 1970—1971: Syed Abu Bakar Barakbah
  • 1971—1972: Mohd. Ghazali Hj. Hanafiah
  • 1973—1975: Nordin Nasir
  • 1975—1977: Abdul Rahman Mohd. Ali
  • 1977—1982: Wan Abdul Aziz Wan Hamzah
  • 1982—1983: Syed Alwi Syed Aljunid
  • 1983—1987: Zainal Abidin Hj. Ahmad
  • 1988—1992: Rashdi Ramlan
  • 1992—1995: Hj. Hassan Hashim
  • 1995—1999: Hj. Baharom Kamari
  • 1999—2003: Hj. Alimuddin Hj. Mohd. Dom
  • 2004—2010: Dato' Mohd. Rauhi Mohd. Isa
  • 2010—kini: En. Anand bin Baharuddin

Alamat[sunting | sunting sumber]

Kolej Melayu Kuala Kangsar
Jalan Tun Abdul Razak
33000, Kuala Kangsar
Negeri Perak, Malaysia
Telefon : 605-7761400
Fax : 605-7764500

Pautan luar[sunting | sunting sumber]