Hantukang Aotearoa (burung)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hantukang Aotearoa (Aegotheles novazelandiae) ialah spesies burung hantukang yang telah pupus dan agak besar (keluarga Aegothelidae) yang dahulunya endemik di kepulauan New Zealand. Sisa-sisa fosil (yang biasa terdapat dalam gentelan tahi burung hantu ketawa yang pupus) menunjukkan spesies tersebut pernah tersebar luas di kedua-dua Pulau Utara dan Pulau Selatan.[1]

Pemerihalan[sunting | sunting sumber]

Hantukang Aotearoa ialah spesies hantukang paling besar, dengan berat dianggarkan 150-200 g. Spesies tersebut juga sama ada tidak dapat terbang, seperti yang dicadangkan oleh sayapnya yang kecil, atau penerbang yang sangat lemah (ia mempunyai lunas yang kuat). Makanannya mungkin terdiri daripada invertebrata, serta katak dan biawak.

Kepupusan[sunting | sunting sumber]

Ia berkemungkinan besar telah pupus dengan cepat selepas orang Maori tiba di New Zealand, lalu memperkenalkan tikus kecil. Bangkainya tidak pernah ditemui dalam hubungan dengan longgok buangan Maori, dan tidak mungkin diburu kerana saiznya yang kecil dan tabiat nokturnal. Walaupun sebilangan kecil laporan mengenai burung hantu kecil ditemui pada abad ke-19 yang mungkin merupakan hantukang Aotearoa, spesies tersebut dianggap telah pupus sekitar 1400 TM.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Holdaway, Richard N.; Jones, Martin D.; Beavan Athfield, Nancy R. (2002). "Late Holocene extinction of the New Zealand owlet-nightjar Aegotheles novaezealandiae". Journal of the Royal Society of New Zealand. 32 (4): 653–667. doi:10.1080/03014223.2002.9517714.
  • Worthy, Trevor H., & Holdaway, Richard N. (2002) The Lost World of the Moa, Indiana University Press: Bloomington,ISBN 0-253-34034-9