Hari Pelancongan Sedunia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sejak tahun 1980, 27 September disambut oleh Pertubuhan Pelancongan Sedunia sebagai Hari Pelancongan Sedumia. Amalan ini diwujudkan pada Sesi Ketiga Perhimpunan Agung UNWTO di Torremolinos, Sepanyol, pada bulan September 1979. Tujuan hari istimewa ini diadakan adalah untuk menunjukkan kesedaran bahawa pelancongan adalah penting kepada masyarakat antarabangsa dan juga untuk menunjukkan bagaimana pelancongan mempengaruhi nilai-nilai sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi di merata dunia. 27 September adalah penting kerana pada hari itulah pada tahun 1970, bermulanya amalan Statut-Statut WTO. Pengamalan statut-statut inilah yang dianggap sebagai satu peristiwa penting dalam pelancongan sedunia.

Pada Sesi Kedua Belasnya di Istanbul, Turki, pada bulan Oktober 1997, Perhimpunan Agung UNWTO memutuskan untuk melantim sebuah negara tuan rumah setiap tahun sebagai rakan Pertubuhan bagi menyambut Hari Pelancongan Sedunia.

Pada Sesi Kelima Belasnya di Beijing, China, pada bulan Oktober 2003, Perhimpunan memutuskan untuk menguikuti giliran geografi berikut untuk sambutan Hari Pelancongan Sedunia: 2006 di Eropah; 2007 di Asia Selatan; 2008 di rantau Amerika, dan 2009 di Afrika.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.