Hari Wanita Kebangsaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hari Wanita Kebangsaan merupakan satu cuti umum di Afrika Selatan pada 9 Ogos. Ini memperingatkan tentang perarakan kebangsaan kaum wanita pada hari ini tahun 1956 yang bertujuan untuk membuat rayuan membantah perundangan yang mewajibkan kaum Afrika untuk membawa "pas", dokumen pengenalan istimewa yang mengehadkan kebebasan bergerak untuk seseorang yang berbangsa Afrika semasa zaman aparteid.

Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Ogos 1956, seramai 20 000 orang wanita mengadakan sesuatu perarakan di sekitar Union Buildings di Pretoria untuk membantah penggubalan yang dicadangkan kepada Akta Kawasan Urban (biasanya dikenali sebagai pass laws) pada tahun 1950. Mereka meninggalkan sebilangan rayuan yang mengandungi lebih daripada 100 000 tandatangan pada pintu pejabat Perdana Menteri J.G. Strijdom.

Mereka berada di luar dengan senyap selama 30 minit, kebanyakan daripada mereka membawa anak-anak mereka pada belakang tubuh mereka. Ini termasuklah para pengasuh kanak-kanak yang turut membawa anak majikan kulit putih mereka. Para kaum wanita menyanyikan sebuah lagu bantahan yang ditulis untuk peristiwa itu: Wathint’Abafazi Wathint’imbokodo! (Sekarang anda telah menyentuh wanita, anda telah memukul batu.). Pada 50 tahun yang lalu, sejak peristiwa itu, frasa (atau yang terbaru: "anda pukul seorang wanita, anda pukul sebuah batu") telah melambangkan keberanian dan kekuatan kaum wanita di Afrika Selatan.

Perarakan ini diketuai oleh Lilian Ngoyi, Helen Joseph, Rahima Moosa, dan Sophia Williams-De Bruyn.

Sejak tahun 1994, tarikh 9 Ogos ditetapkan sebagai Hari Wanita di Afrika Selatan. Pada tahun 2006 sebuah enakmen semula perarakan ini dijalankan untuk ulang tahun ke-50nya, dengan kehadiran banyak veteran perarakan 1956.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]