Pretoria

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar
Pretoria
Latar langit Pretoria sewaktu siang
Latar langit Pretoria sewaktu siang
Flag of Pretoria
Flag
Official seal of Pretoria
Seal
Motto: Praestantia Praevaleat Pretoria
Bahasa Latin: Semoga Pretoria Terkenal dengan Kecemerlangannya
Koordinat: ERROR in {{coord}} invocation. Please see Template:Coord for usage. Arguments supplied as:
  • 1=25
  • 2=4
  • 3=00
  • 4=S
  • 5=28
  • 6=17
  • 7=00
  • 8=T
  • 9=type:city
Negara Bendera Afrika Selatan Afrika Selatan
Negeri Gauteng
Penubuhan 1855
Taraf bandar raya 1931
Kerajaan
 - Datuk Bandar Smangaliso Mkhatshwa
Kawasan
 - Total Expression error: Unrecognised punctuation character "," sq mi (1,644 km²)
Kepadatan (2005)
 - Total 1,884,046
Zon masa SAST (UTC+2)
Min waktu suria UTC+06:46:48
Laman web: http://www.pretoria.co.za/

Pretoria adalah ibu negara Afrika Selatan dan juga pusat pentadbiran negara ini. Ia terletak 50 km di utara Johannesburg dan berada di dalam wilayah Gauteng. Secara umumnya, Pretoria dianggap sebagai ibu negara Afrika Selatan tetapi ia juga berperanan sebagai pusat pentadbiran negara ini.

Beberapa dekad lalu, bandar ini dikecam kerana menjadi pusat pentadbiran aparteid. Kini, bandar Pretoria merupakan tempat pelbagai kaum dan budaya dengan beberapa pusat teater dan muzium dan juga merupakan bandar sains dan teknologi. Di sini terdapat empat universiti temasuk Majlis Penyelidikan Sains dan Industri (CSIR) dan Institut Penyelidikan Veterinar Onderstepoort , dua buah universiti yang terkenal di dunia.

Senarai kandungan

[sunting] Sejarah Awal

Ibukota ini telah dibuka pada 1855 dan diisyhtiharkan sebagai ibunegeri Zuid-Afrikaansche Republiek (ZAR) atau Republik Afrika Selatan, iaitu republik Boer di wilayah Transvaal. Parlimen Volksraad bersetuju atas penubuhan sebuah bandar pusat yang diberi nama Pretoria. Keputusan itu dibuat secara rasmi pada 16 Disember 1855 dan hingga ke hari ini ia dianggap sebagai Hari Pretoria. Pretoria dinaik taraf menjadi pusat kerajaan pada 1 Mei 1860.

Sebelum nama Pretoria dipilih beberapa nama lain telah dicadangkan seperti Pretoriusdorp, Pretorium, Pretoriusstad dan Pretoria-Philadelphia. Disamping itu bandar Potchefstroom (sebuah bandar sederhana besar yang terletak 300 km di barat Johannesburg) telah bertanding untuk status ibunegara ZAR tetapi telah gagal, dan Volksraad (parlimen) telah ditubuhkan di Pretoria. Akibatnya berlakulah perhubungan yang kerap tegang di antara industri perlombongan emas di Johannesburg dengan kerajaan pusat Republik Transvaal (ZAR). Namun pemimpin Boer di Pretoria telah berjaya mengawal industri emas, malah mengaut keuntungan yang banyak daripada industri tersebut.

Banyak peristiwa hitam telah berlaku disini. Hukuman mati bagi aktivis aparteid antaranya ialah Solomon Mahlangu, yang telah digantung pada 6 April 1979. Solomon yang berusia 22 tahun terkenal sebagai seorang aktivis yang termuda pernah dikenakan hukuman mati. Kini sebuah monumen telah didirikan untuk mengingati jasanya.

[sunting] Asal nama Pretoria dan perubahannya

Presiden pertama ZAR , Marthinus Wessel Pretorius telah menamakan bandar ini Pretoria untuk menghargai jasa ayahnya, Komandan Jeneral Andries Pretorius, perwira kumpulan Voortrekkers selepas kemenangannya di perang Sungai Blood menentang kerajaan Zulu. Oleh sebab Komandan General Pretorius merupakan lambang penindasan bagi kaum kulit hitam, apabila mereka berkuasa pada 1995, mereka memberi nama baru kepada Pretoria iaitu Tshwane. Nama Tshwane adalah sebenarnya nama asal bandar ini sebelum ia dijajah oleh pihak Afrikaner.

Walaupun begitu ramai rakyatnya membantah penukaran nama tersebut. Antaranya termasuklah Jawatankuasa Bertindak Awam Pretoria (PCAC) - yang menggabungkan ahli perniagaan, persatuan sekerja dan organisasi masyarakat - telah membantah penukaran nama bandar Pretoria kepada Tshwane. Kumpulan ini sanggup berkompromi dengan membenarkan Majlis Metropolitan dipanggil Tshwane, manakala alamat pos masih kekal sebagai Pretoria.

[sunting] Ekonomi

Oleh sebab Pretoria merupakan ibunegara Afrika Selatan, sebahagian besar rakyat di sini bekerja dalam bidang pentadbiran dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan kerajaan. Bandar raya ini juga terkenal dengan industri besi dan keluli, disamping industri lain seperti seramik, pemprosesan makanan serta bahan kimia. Ia juga merupakan hab bagi pengangkutan kereta api dan mempunyai lebuhraya yang menghubungkannya dengan Johannesburg serta bandar raya utama lain di Afrika Selatan dan negara jiran seperti Mozambique.

[sunting] Tempat Menarik

Oleh sebab Pretoria merupakan pusat kelahiran kerajaan Afrikaner di Afrika Selatan ia tidak dapat lari daripada pengaruh bangsa kulit putih ini. Antara orang yang terkenal di sini ialah Paul Kruger iaitu salah seorang pengasas kerajaan Afrikaner. Patungnya boleh kelihatan di tengah Church Square.

[sunting] Muzeum

[sunting] Hutan Simpanan

[sunting] Rujukan

  • Diterjemahkan daripada "Protests as South Africa plans to rename capital Tshwane",

(Protes sewaktu Afrika Selatan bercadang menamakan semula ibunegara Tshwane), Afrol News, 9 Mac 2006

Alatan peribadi