Harimau Pembebasan Tamil Eelam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Liberation Tigers of Tamil Eelam
தமிழீழ விடுதலைப் புலிகள்
Ltte emblem.jpg
Lambang rasmi Harimau Pembebasan Tamil Eelam.
Tarikh operasi 1976 – kini
Pemimpin Velupillai Prabhakaran
Motif Mewujudkan negeri Tamil berasingan di utara dan timur Sri Lanka
Kawasan utama Sri Lanka Sri Lanka
Ideologi Nationalisme Tamil
Status Setakat 6 April, 2009, menguasai lebih 55 km2 kawasan di utara Sri Lanka,[1] dikategorikan sebagai kumpulan pengganas oleh 32 buah negara

Pembebasan Harimau Tamil Eelam (Bahasa Tamil: தமிழீழ விடுதலைப் புலிகள், Bahasa Inggeris: Liberation Tigers of Tamil Eelam, singkatan: LTTE) merupakan puak pemberontak yang mahu menubuhkan negara berasingan bagi etnik minoriti Tamil di utara dan timur pulau Sri Lanka. Sebelum ini Sri Lanka dikenali sebagai Ceylon sahaja. Penduduk Sri Lanka berjumlah 23 juta didiami kaum Singhala dan Tamil . Anggota kumpulan ini diharamkan daripada memasuki 32 negara, terutama selepas ia dikategorikan sebagai kumpulan pengganas oleh Amerika Syarikat. [2]

Pengasas[sunting | sunting sumber]

LTTE diasaskan oleh Velupillai Prabhakaran pada 1975 bagi memperjuangkan nasib kaum Tamil dan kumpulan ini menerima sokongan padu daripada belia Tamil yang kecewa dengan kebanyakan dasar kerajaan Sri Lanka.

Corak perjuangan[sunting | sunting sumber]

Corak perjuangan dari serangan kecil-kecilan kepada pengebom berani mati 1980-an dan menggunakan helikopter dan kapal terbang pada 1990-an dan menguasai wilayah dan bandar di utara dan timur Sri Lanka dan 2000-an.

Keahlian dan kekuatan[sunting | sunting sumber]

Terdapat lebih 10,000 pengganas bersenjata di Sri Lanka dan 5,000 kader terlatih yang disokong oleh jaringan bantuan kewangan di seluruh dunia bagi membiayai pembelian senjata dan operasinya. Dana kewangan daripada penyeludupan dadah, perdagangan manusia, kegiatan mengklon kad kredit dan pengedaran cakera padat digital (DVD) Tamil di seberang laut.

Dana ini membolehkan mereka mempunyai cawangan udara, di samping pasukan laut bersenjata dikenali sebagai Sea Tigers, yang dilengkapi kapal pengebom berani mati. Kapal jenis ini dipercayai telah memusnahkan sekurang-kurangnya 30 bot tempur Sri Lanka.

Mereka mendapat sokongan moral, material dan kewangan dari masyarakat Tamil yang menetap di Barat setelah menjadi orang pelarian semasa memuncaknya konflik bersenjata di tanah tumpah darah mereka.

Contoh terbaru ialah tunjuk perasaan kaum Tamil Eelam di London pada 19 April 2009.

Pada 20 April 2009, dalam sidang akhbar di Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka, Setiausaha Hal Ehwal Luar Sri Lanka, Dr Palitha T. B. Kohona menyatakan LTTE mendapatkan dana dari rakyat Malaysia dan senjata dari sempadan Malaysia - Thailand. Seorang lelaki Tamil Sri Lanka K.T. Pathmanathan, mengumpul senjata bagi LTTE dan senjata yang dibelinya dimuatkan ke dalam kapal di Asia Tenggara untuk dihantar ke Sri Lanka. Sering ke Malaysia dan Selatan Thailand beberapa kali dengan menggunakan pelbagai nama samaran. Mereka mudah bolos kerana raut wajah yang serupa. [3]

Mangsa serangan[sunting | sunting sumber]

Menteri Perkhidmatan dan Kebajikan Sosial Sri Lanka, Douglas Devananda mengalami 12 cubaan membunuh dan kali terakhir pada 28 Nov 2008 apabila seorang wanita pengebom berani mati cuba membunuh beliau di pejabatnya. Dalam kejadian itu, setiausaha peribadi Douglas terbunuh.

Akibat peperangan[sunting | sunting sumber]

Dari 1990 - 2009 lebih 700,000 terbunuh dan hampir 700,000 rakyat Sri Lanka terpaksa meninggalkan kampung halaman akibat perang saudara antara kaum Singhala dengan Tamil Eelam. Akibat perperangan ini, mereka tidak ada suara, tidak ada kehidupan, tapi banyak janda dan anak yatim.

  • Perang saudara yang melanda Sri Lanka dari 1983 hingga 1996 menyebabkan negara itu mengalami kerugian berjumlah RM59 bilion (AS$17 bilion).

Pelarian[sunting | sunting sumber]

Di Tamil Nadu, selatan India, terdapat 117 kem pelarian yang menjadi tempat berteduh bagi 80,000 anggota masyarakat Tamil Sri Lanka yang meninggalkan tanah tumpah darah mereka sejak bermulanya pemberontakan LTTE, manakala kira-kira 40,000 orang lagi tinggal di luar kem berkenaan.

S.C. Chandrahasan, pengasas Pertubuhan bagi Pemulihan Pelarian Eelam cuba membaiki nasib Tamil Eelam ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]