Haruhi Suzumiya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ini merupakan rencana untuk watak utama siri Haruhi Suzumiya.

Haruhi Suzumiya (涼宮 ハルヒ Suzumiya Haruhi?) merupakan watak utama dalam siri Haruhi Suzumiya, yang terdiri daripada dua manga dan siri anime yang berdasarkan novel ringan yang asal. Dia merupakan pengasas kepada kelab SOS Brigade dan bertanggungjawab mengendalikan tiap-tiap aktiviti mereka. Haruhi mempunyai kuasa untuk mencipta, memusnahkan ataupun mereka sebuah realiti baru berdasarkan kemahuan dan keinginan dirinya sendiri. Disebabkan kebolehannya ini, dia merupakan fokus utama kepada Entiti Data Bersepadu, Agensi dan sebuah organisasi manusia-manusia masa hadapan.