Haruhi Suzumiya (novel ringan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Haruhi Suzumiya (novel ringan)
402px-Haruhi book 01 s.jpg
Muka hadapan novel pertama Haruhi Suzumiya.
涼宮ハルヒ
(Suzumiya Haruhi)
Genre Seinen
Komedi
Cereka sains
Manga
Haruhi Suzumiya
Pengarang Nagaru Tanigawa
Penerbit Jepun Kadokawa Shoten
Taiwan Hong Kong Kadokawa Media (Taiwan)
Korea SelatanDaiwonCI (Korea)
Anime
The Melancholy of Haruhi Suzumiya (musim pertama)
Pengarah Tatsuya Ishihara
Studio Kyoto Animation
Dilesenkan oleh Jepun Kadokawa Entertainment
Amerika Syarikat Bandai Entertainment
Australia Madman Entertainment
Penyiaran Asal Jepun Chiba TV, SUN-TV, Tokyo MX TV,
TV Aichi, TV Hokkaido, TV Kanagawa,
TV Saitama
Malaysia ntv7
Dikeluarkan pada 2 April 20062 Julai 2006
Episod 14
Anime
The Melancholy of Haruhi Suzumiya (musim kedua)
Studio Jepun Kyoto Animation

Haruhi Suzumiya (涼宮ハルヒの憂鬱 Suzumiya Haruhi?) merupakan sebuah siri novel-novel ringan Jepun karya Nagaru Tanigawa dan ilustrasi oleh Noizi Ito yang mengisahkan kehidupan seorang gadis sekolah menengah bernama Haruhi Suzumiya bersama-sama rakan-rakannya dalam kelab ciptaannya yang digelar SOS Brigade. Siri ini diadaptasikan menjadi sebuah siri anime oleh studio animasi Kyoto Animation, arahan oleh Tatsuya Ishihara pada tahun 2006 yang berjudul The Melancholy of Haruhi Suzumiya (涼宮ハルヒの憂鬱 Suzumiya Haruhi no Yūutsu?), yang mula ditayangkan dari 2 April 2006 hingga 2 Julai 2006.

Novel pertamanya yang berjudul The Melancholy of Haruhi Suzumiya telah memenangi Anugerah Utama dalam Annual Sneaker Awards yang kelapan, di mana hadiah tersebut merupakan yang ketiga dalam sejarah anugerah itu. Siri ini amat berjaya dijual di Jepun, di mana sejumlah 4,300,000 buah salinan habis dijual secara keseluruhannya. Setakat ini, terdapat 9 buah novel individu yang dikeluarkan.

Musim kedua siri anime judul ini pertama kalinya diumumkan Asahi Shimbun pada 7 Julai 2007 di Jepun.

Novel ringan[sunting | sunting sumber]

Plot[sunting | sunting sumber]

Novelnya mengisahkan kehidupan Haruhi Suzumiya, seorang gadis sekolah menengah tahun pertama, dan sebuah kumpulan ataupun kelab yang digelarnya SOS Brigade (SOS団 エス・オー・エスだん Esuōesu dan?), diciptanya untuk mencari makhluk asing, manusia dari masa depan, makhluk dari dunia sempadan dan pelbagai lagi perkara-perkara penuh misteri. Nama kelab tersebut sebenarnya sejenis akronim untuk: Briged Suzumiya Haruhi untuk mewarnai penuh dunia ini (世界を大いに盛り上げるための涼宮ハルヒの団 Sekai o Ō(O)ini moriagerutame no Suzumiya Haruhi no dan?). Ceritanya dijelaskan sebagai sebuah kisah sekolah luar biasa (非日常系学園ストーリー hinichijōkei gakuen sutōrī?).

Buku-buku[sunting | sunting sumber]

  1. The Melancholy of Haruhi Suzumiya (涼宮ハルヒの憂鬱 Suzumiya Haruhi no Yūutsu?)
    Diterbitkan pada 6 Jun 2003 (ISBN 4-04-429201-9)
    • Haruhi membentuk kelab SOS Brigade.
  2. The Sigh of Haruhi Suzumiya (涼宮ハルヒの溜息 Suzumiya Haruhi no Tameiki?)
    Diterbitkan pada 30 September 2003 (ISBN 4-04-429202-7)
    • SOS Brigade merakamkan sebuah filem untuk pesta kebudayaan sekolah.
  3. The Boredom of Haruhi Suzumiya (涼宮ハルヒの退屈 Suzumiya Haruhi no Taikutsu?)
    Diterbitkan pada 27 Disember 2003 (ISBN 4-04-429203-5)
    • Sebuah koleksi cerita-cerita pendek.
  4. The Vanishment of Haruhi Suzumiya (涼宮ハルヒの消失 Suzumiya Haruhi no Shōshitsu?)
    Diterbitkan pada 31 Julai 2004 (ISBN 4-04-429204-3)
    • Haruhi menghilangkan diri suatu hari, dan kelihatan seakan-akan dia tidak pernah berada di sana. Didatangi sebuah kehidupan sekolah "biasa", bagaimanakah reaksi Kyon?
  5. The Rashness of Haruhi Suzumiya (涼宮ハルヒの暴走 Suzumiya Haruhi no Bōsō?)
    Diterbitkan pada 30 September 2004 (ISBN 4-04-429205-1)
    • Sebuah koleksi cerita-cerita pendek, mengambil tempat dan masa pada musim-musim panas, gugur dan sejuk.
  6. The Disturbance of Haruhi Suzumiya (涼宮ハルヒの動揺 Suzumiya Haruhi no Dōyō?)
    Diterbitkan pada 31 Mac 2005 (ISBN 4-04-429206-X)
    • Sebuah koleksi cerita-cerita pendek.
  7. The Scheme of Haruhi Suzumiya (涼宮ハルヒの陰謀 Suzumiya Haruhi no Inbō?)
    Diterbitkan pada 31 Ogos 2005 (ISBN 4-04-429207-8)
    • Mikuru daripada lapan hari yang lalu muncul di hadapan Kyon, dan dia dihantar balik ke masa lampau oleh Kyon sendiri. Mengapa?
  8. The Anger of Haruhi Suzumiya (涼宮ハルヒの憤慨 Suzumiya Haruhi no Fungai?)
    Diterbitkan pada 1 Mei 2006 (ISBN 4-04-429208-6)
  9. The Dissociation of Haruhi Suzumiya[perlu rujukan] (涼宮ハルヒの分裂 Suzumiya Haruhi no Bunretsu)
    Diterbitkan pada 1 April 2007 (ISBN 4-04-429209-6)
  10. The Surprise of Haruhi Suzumiya[perlu rujukan] (涼宮ハルヒの驚愕 Suzumiya Haruhi no Kyogaku)
    Tarikh penerbitan akan diumumkan[1] (ISBN 4-04-429210-8)

Anime[sunting | sunting sumber]

Logo rasmi The Melancholy of Haruhi Suzumiya edisi Inggeris.

Siri adaptasi anime Haruhi Suzumiya yang berjudul The Melancholy of Haruhi Suzumiya diarahkan oleh Tatsuya Ishihara dan dihasilkan oleh studio animasi Kyoto Animation. Siri animenya berkongsi plot daripada novel pertamanya, yang dibahagikan dan dimasukkan ke dalam enam episod serba lengkap. Juga dicampurkan bersama-sama episod-episod tersebut adalah tujuh episod lain berdasarkan bab-bab daripada novel-novel ketiga, kelima dan keenam. Episod kesembilan berjudul "Suatu hari nanti dalam Hujan", merupakan kisah baharu yang ditulis Nagaru Tanigawa khas untuk siri anime ini.

Sinopsis dan watak-watak[sunting | sunting sumber]

Yuki Nagato, Haruhi Suzumiya dan Mikuru Asahina dalam The Melancholy of Haruhi Suzumiya.

The Melancholy of Haruhi Suzumiya menceritakan kisah kehidupan Haruhi Suzumiya, seorang gadis sekolah menengah yang aktif, bersama-sama mereka yang terperangkap dalam kerenahnya. Meskipun Haruhi merupakan watak utama siri ini, pengisahan dilakukan melalui perspektif Kyon, salah seorang rakan kelas Haruhi.

Kyon merupakan seorang pelajar sekolah menengah baru yang telah melupakan fantasi-fantasinya tentang kewujudan Esper, pengembara-pengembara masa dan makhluk-makhluk asing selepas meninggalkan sekolah rendah. Apabila dia memilih untuk bercakap dengan Haruhi, tanpa disedarinya dia sudahpun memulakan suatu rantaian peristiwa yang mengheretnya ke situasi-situasi menakjubkan; dia dibawa terus ke sebuah dunia penuh ngeri seperti dunia khayalan-khayalan yang telah dilupakannya, semuanya berpusat dengan Haruhi.

Haruhi yang sedang mencari kumpulan atau kelab yang diminatinya, seringkali menyertai dan dengan pantasnya keluar daripada kelab-kelab itu di atas ketidakpuasan hatinya. Kyon menegur kelakuan Haruhi pada suatu hari dan secara tida sengaja telah memberinya inspirasi untuk mencipta sebuah kelabnya sendiri. Sebagai permulaan, Haruhi memaksa Kyon menjadi ahli pertamanya, di mana Kyon bertekad untuk melindungi pelajar-pelajar lain menjadi mangsa "tangkapan sukarela" Haruhi. Selepas beberapa ketika berlalu, Kyon mendapati bahawa mereka yang menjadi "mangsa" yang dimasukkan ke dalam kelab itu mempunyai sebab-sebab tertentu terhadap kehadiran mereka di situ.

Salah seorang ahli yang pertama ialah seorang gadis bernama Yuki Nagato, seorang pelajar "pencinta buku" yang seringkali meminta orang lain mengendahkannya supaya dia boleh membaca bukunya sendirian. Tanpa pengetahuan Haruhi, Yuki sebenarnya seorang "hubung kait manusia" (humanoid interface), ataupun manusia buatan ciptaan ruang angkasa Entiti Data Bersepadu. Ahli seterusnya ialah seorang gadis yang bersifat lemah lembut, malu dan penakut bernama Mikuru Asahina, seorang pelajar satu tahun di atas Haruhi; dia sebenarnya seorang pengembara masa. Ahli terakhir SOS Brigade ialah seorang lelaki yang sentiasa bersenyuman dan seringkali akur terhadap permintaan Haruhi, bernama Itsuki Koizumi. Dia juga bukannya manusia biasa, dan sebenarnya salah seorang daripada esper daripada satu organisasi yang dikenali sebagai Agensi atau The Agency.

Tidak termasuk Kyon, setiap ahli kelab itu merupakan agen-agen rahsia daripada beberapa organisasi yang dihantar untuk memerhatikan Haruhi. Mereka kemudiannya menerangkan bahawa Haruhi mempunyai kawalan luar biasa terhadap setiap aspek alam semesta; sejenis kebolehan yang tidak disedarinya sendiri. Apabila Haruhi berasa bosan atau berasa tidak puas hati terhadap realiti, tanpa disedarinya dia mencipta sebuah alam semesta yang lebih diminatinya; dan cuba untuk bertukar tempat, justeru membawa kepada kemusnahan alam pada waktu itu. Untuk memerangi masalah ini, ahli-ahli dalam kelab Haruhi menggunakan masa yang diberikan kepada mereka untuk cuba menghiburkan ketua mereka itu, memelihara tahap kuasanya dan ilusi kehidupan normalnya.

Siri judul ini tidak pernah sesekali menjelaskan sama ada ahli-ahli kelab tersebut berkumpul bersama-sama Haruhi di atas kerelaan mereka sendiri, berada di atas kemahuan yang tidak disedari Haruhi sendiri, ataupun jika mereka dicipta sebagai alat hiburan Haruhi. Persoalan asal-usul mereka ini merupakan motif yang dilihat sepanjang siri ini berlangsung.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Latar tempat anime judul ini ialah di Nishinomiya, Jepun di mana terletaknya Kwansei Gakuin University, universiti di mana Nagaru Tanigawa pernah belajar. Nama-nama stesen kereta api dan pasukan besbol telah ditukar dalam anime siri ini. North High School, iaitu sekolah Kyon, Haruhi dan ahli-ahli SOS Brigade yang lain merupakan lokasi sebenar Nishinomiya Kita High School.[2]Tambahan pula, terdapat beberapa adegan dalam siri anime judul ini yang mempamerkan pemandangan dalam dan di sekitar Nishinomiya.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]