Harvest Moon: A Wonderful Life

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Harvest Moon: A Wonderful Life
PembangunMarvelous Interactive
Penerbit
SiriHarvest Moon
PlatformGameCube, PlayStation 2
Pelepasan
September 12, 2003
  • GameCube[1]
    • JP: September 12, 2003
    • NA: March 16, 2004
    • EU: March 26, 2004
    PlayStation 2[2]
    • JP: November 11, 2004
    • AU: Oktober 28, 2005
    • EU: November 16, 2005
GenreSimulasi pertanian, Permainan video berperanan
ModPemain tunggal

Harvest Moon: A Wonderful Life (Jepun: 牧場物語~ワンダフルライフ, Hepburn: Bokujō Monogatari: Wonderful Life) ialah sebuah tajuk permainan video yang terbit di Jepun pada bulan September 2003 dan Mac 2004 bagi serantau Amerika Utara di platform GameCube. Permainan ini diterbitkan oleh Marvelous Interactive, dan bahagian daripada francais Harvest Moon. Versi GameCube daripada permainan ini boleh bersambung kepada salah satu siri di platform mudah alih Game Boy Advance, Harvest Moon: Friends of Mineral Town.

Versi khas daripada permainan bertajuk "A Wonderful Life Special Edition" telah terbit pada platform permainan PlayStation 2 di Jepun pada tahun 2004 dan Amerika Utara setahun selepasnya pada 2005. Sebab permintaan dari komuniti, permainan ini juga terbit bagi platform keluaran terbaharu, PlayStation 3 dan PlayStation 4 dengan pindaan atas isu gaya permainan yang menjemukan kerana kemampuan PlayStation 2 yang menghadkan permainan.[3] Harvest Moon: Another Wonderful Life, versi watak gadis daripada Harvest Moon: A Wonderful Life, telah terbit GameCube di luar Jepun pada Julai 2005.

Buatan semula permainan ini telah diterbitkan, bertajuk Story of Seasons: A Wonderful Life. Platform bagi buatan semula itu ialah platform sebaya ke-9 yaitu: Nintendo Switch, PlayStation 5, dan Xbox Series X/S, pada tarikh 27 Jun 2023.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Harvest Moon: A Wonderful Life Release Dates". Gamespot. Diarkibkan daripada yang asal pada July 9, 2023. Dicapai pada January 24, 2012.
  2. ^ "Harvest Moon: A Wonderful Life Special Edition Release Dates". Gamespot. Diarkibkan daripada yang asal pada July 9, 2023. Dicapai pada January 24, 2012.
  3. ^ "ESRB Lists Harvest Moon: A Wonderful Life, Harvest Moon: Save the Homeland Games for PS4". Anime News Network. January 2, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada January 26, 2021. Dicapai pada January 6, 2021.
  4. ^ "STORY OF SEASONS: A Wonderful Life - Multiplatform Announcement Trailer". YouTube. Diarkibkan daripada yang asal pada July 9, 2023. Dicapai pada 28 October 2022.