Hashim Gera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Cikgu Hashim Gera adalah ahli politik PAS kawasan Parit , Perak (1969-1974) yang dipecat parti PAS. Kemudian beliau menjadi ahli parlimen Bebas (1973) .Seterusnya menubuhkan / menyertai parti KITA. Beliau memenangi Parlimen Parit pada 1969. Parti KITA / Kesatuan Insaf Tanah Air yang ditubuhkan lemah dan hanya bertahan sehingga pilihan raya 1978.[1][2] Lembaga Disiplin PAS memecat beliau kerana bersama-sama pemimpin Barisan Nasional joget lambak dalam satu majlis di lobi parlimen pada 1971. [3] Kemudian PAS telah bergabung dengan UMNO membentuk Barisan Nasional (1972).

Beliau dipercayai berasal dari Rungkup, Bagan Datoh,Perak. Namanya tercatat sebagai penyumbang untuk Dana Perang 1940 bagi menghadapi Perang Dunia Kedua. [4]

Dipecat dari PAS[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1969, PAS menang 12 kerusi Parlimenn termasuk di Parit yang diwakili oleh Hashim Gera .

Di depan Jawatankuasa Disiplin,Cikgu Hashim memberitahu ulama Pas, joget adalah tarian bersih. "Bila dia (perempuan joget) datang, saya lari.Bila saya datang, dia (perempuan joget) itu lari. Tidak berlaku sentuhan antara perempuan dan lelaki kerana saya datang dia lari, dia datang saya lari". Bagaimanapun Pas menolak penjelasan Hashim itu dan dia tetap dipecat pada 16 Mei 1972 kerana melangkaui agama dan memalukan PAS.[5][6]

Pas pernah memecat tokoh berpengaruh Terengganu seperti Ust Abdul Latif di Besut dan Ust Ghazali Losong.

Bijak berpantun[sunting | sunting sumber]

Hashim Gera dikatakan mampu berpantun semasa ceramah . Jika sejam ceramah, sejam itulah dia boleh berpantun dan menarik hati pendengar termasuk ahli parlimen seperti Madahavan Nair. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1969, Hashim Gera mengalahkan Dato Hussein Nordin (Tan Sri). Hussein Nordin adalah Setiausaha Agung UMNO dan Pengerusi surat khabar Utusan Melayu.[7][8]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Anaknya Salehuddin Hashim juga melompat dari PKR ke UMNO. Salehuddin Hashim meletakkan jawatan Setiausaha Agung PKR dan diganti oleh Saifuddin Nasution Ismail.

Perbahasan di Parlimen[sunting | sunting sumber]

Semasa perbahasan di Parlimen pada 18 Ogos 1972, Hashim Gera minta Menteri Kesihatan , Tan Sri Lee Siok Yew penjelasan tentang tayangan filem lucah di Dewan Rumah Sakit Batuk Kering di Hospital Besar Ipoh sebagaimana tersiar dalam surat khabar. Beliau juga mahu kerajaan menyediakan peralatan yang lengkap di Hospital Besar Kuala Lumpur bagi mencegah wabak penyakit seperti taun. Pingat hendak diberikan secara berterusan kepada para penderma darah .[9]

Beliau juga mencadangkan kepada Menteri Pelajaran , Mohamed Yaacob agar buku teks sekolah menggunakan kertas stensilan kerana lebih murah dan cepat bagi mengatasi ketidakcukupan buku teks ketika itu (1971). Indonesia juga menggunakan kaedah itu bagi membantu pelajar miskin.[10]

Politik Parit, Perak[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999, dua calon PAS, Ustaz Basir Rahmat, berjaya 'merampas' kerusi Parlimen Parit dan Dr. Faizul Hashim, menewaskan calon BN di Dun Belanja. Basir Rahmat berjaya menewaskan Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob yang menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Basir Rahmat memperolehi 12,003 undi, manakala calon BN, Dato' Megat Junid mendapat 10,170. Calon PAS menang dengan majoriti 1,293 undi.

Dr. Faizol Hashim, berjaya menewaskan Exco Kerajaan Negeri, Dato' Zaim Abu Hassan, manakala calon KeAdilan, Kapten (B) Usaili Alias, telah menewaskan penyandang Pilihan raya umum Malaysia 1995, yang juga Naib Ketua Umno bahagian Parit, Encik Ismail Hasbollah.PAS pernah menang di Bota semasa PAS dalam BN. Imam Masjid Ipoh, Ustaz Haji Mohamed Nor Mansor al Hafiz pernah bertanding di DUN Belanja tetapi kalah kepada calon BN, Nasaruddin Alang Saidin.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. olitical parties of Asia and the Pacific: Volume 2; Volume 2; Haruhiro Fukui, Haruhiro Fukui - 1985
  2. [www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-26011967.pdf Penyata rasmi Dewan Rakyat]
  3. Protocol Goof
  4. The Straits Times, 16 Julai 1940, Halaman 14 ; TO-DAY'S DONATIONS TO THE WAR FUND
  5. Political parties of Asia and the Pacific: Volume 2; Volume 2' oleh Haruhiro Fukui, Haruhiro Fukui , 1985, hlm 726
  6. Pas dan joget: 'Saya datang, dia lari'
  7. What maketh the memorable MP
  8. Orang cerdik tidak mudah dipengaruhi media arus perdana - Anwar
  9. Dewan Rakyat 18 Ogos 1972
  10. Minister says 'no' to stencilling textbooks
  11. Religion or Progress