Pilihan raya umum Malaysia 1969

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Syed Hussein Alatas (kiri) dan Lim Chong Eu (kanan) diangkat ketika meraikan kemenangan Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang amat besar dalam pilihan raya umum 1969
Siswa ITM membantu proses pengiraan undi di Universiti Malaya pada tahun 1969.(Berita Harian)
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Pilihan Raya Umum Malaysia 1969 yang merupakan pilihan raya umum yang ke-3 sejak kemerdekaan Malaysia diadakan di Semenanjung Malaysia pada 10 Mei 1969 dan kemudian di Malaysia Timur pada bulan yang sama. Oleh sebab Sabah dan Sarawak tidak menyertai pilihan raya umum pada tahun 1964, pilihan raya ini merupakan kali pertama kedua-dua negeri Malaysia Timur ini menyertai pilihan raya umum. Dengan penyertaan Sabah dan Sarawak, bilangan kerusi dalam Dewan Rakyat ditambah dari 104 kerusi sehingga 144 kerusi, iaitu satu kenaikan 38.5%.


Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO-MCA-MIC telah mengalami kekalahan yang amat teruk. Walaupun parti campuran ini memperoleh 95 kerusi berbanding 89 kerusi dalam pilihan raya yang lain, ini hanya merupakan 66% daripada Dewan Rakyat yang kini telah diperluaskan. Dengan kata yang lain, Parti Perikatan telah hilang majoritinya buat pertama kali dalam Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan. Bagaimanapun, ini bukan merupakan satu masalah yang besar disebabkan parti campuran ini hanya memerlukan lagi seorang sahaja daripada parti pembangkang ataupun calon bebas untuk mencapai majoriti dua pertiga yang diperlukan oleh Perlembagaan untuk meneruskan pemerintahan. Jumlah undi yang diperoleh oleh Parti Perikatan juga jatuh daripada 58.5% pada tahun 1964 ke 49.3% dalam pilihan raya ini, iaitu satu penurunan sebanyak 15.7%.

Pada keseluruhannya, parti-parti pembangkang memenangi 50.7% daripada jumlah undi, serta 49 kerusi dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang berkempen atas manifesto yang menentang hak istimewa Bumiputera yang ditetapkan oleh Artikel 153[1], [2] dalam Perlembagaan Malaysia memperoleh kenaikan undi yang utama. Gerakan, DAP, dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat, manakala PAS menang 12 kerusi.

Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, Gerakan dan DAP mengadakan perhimpunan kemenangan mereka di ibu negara, Kuala Lumpur pada 12 Mei tetapi perhimpunan itu menjadi hiruk-pikuk, dengan ahli-ahli menjerit julukan-julukan perkauman terhadap orang-orang Melayu yang berada di tempat perhimpunan ini. UMNO bertindak balas dengan perhimpunan sendiri pada 13 Mei, tetapi perhimpunan ini kemudian merosot menjadi rusuhan besar-besaran. Rusuhan ini kini dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei.

Jadual keputusan[sunting | sunting sumber]

Ringkasan Keputusan Pilihan Raya 1969: Parlimen

Parti Pecahan % undi Jumlah % undi Pecahan Kerusi Jumlah Kerusi
Parti Perikatan (Alliance): 48.41 66
   Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) 33.67 51
   Persatuan Cina Malaysia (MCA) 13.50  13
   Kongres India Se-Malaysia (MIC)  1.24   2
Parti Tindakan Demokratik (DAP)  13.73  13
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)   8.57   8
Parti Progresif Rakyat (PPP)  3.87   4
Parti Islam SeMalaysia (PMIP) 23.75  12
Parti Rakyat Malaysia (PRM)  1.24   0
Calon bebas  0.34   0
Jumlah besar 100.0 103
Sumber: 5 Men & 5 Ideas oleh Hng Hung Yong


Keputusan Pilihan Raya 1969 Berdasarkan Nohlen et al[sunting | sunting sumber]

Parti Jumlah Undi % Kerusi +/-
Parti Perikatan 1,063,238 50.9 77 -12
Pan-Malaysian Islamic Party 495,641 20.9 12 +3
Democratic Action Party, previously People's Action Party 286,606 12.1 13 +12
Parti Gerakan Rakyat Malaysia 178,971 7.5 8 New
People's Progressive Party 80,756 3.4 1 +2
Sarawak United People's Party 71,293 3.0 5 New
Sarawak National Party 64,593 2.7 9 New
United Sabah National Organisation 31,947 1.3 13 New
Parti Pesaka Sarawak 30,765 1.3 2 New
Parti Rakyat 25,785 1.1 0 New
United Malaysian Chinese Organisation 1,808 0.1 0 New
Bebas 41,710 1.8 1 +1
Undi Rosak 134,230 - - -
Total 2,532,042 100 140 +40
Source: Nohlen et al.

Parti Pembangkang mengejutkan Parti Perikatan, yang tidak hanya kalah kepada PAS di Kelantan, tetapi kepada Gerakan di Pulau Pinang, yang baru ditubuhkan. Tiada parti mendapat majoriti besar di 2 Negeri lain. Perikatan hanya menang 14 daripada 24 kerusi di Selangor, dan 19 daripada 40 kerusi di Perak. [3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Asian almanac, Volume 7, ms 3672
  2. Personalized Politics: The Malaysian State Under Mahathir, By In -wŏn Hwang
  3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan spr tidak disediakan




Didahului oleh:
1964
Proses Pilihan Raya di Malaysia Diikuti oleh:
1974