Hawker Hector

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hector
Peranan Kerjasama ketenteraan
Pengeluar Hawker Aircraft
Penerbangan sulung 14 Februari 1936
Status bersara
Pengguna utamas Royal Air Force
Kor Ireland
Jumlah dibina 179
Dibangunkan daripada Hawker Hart

Hawker Hector ialah pesawat sayap berkembar British yang dibina pada akhir 1930-an; ia berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja dan terlibat dalam pertempuran singkat semasa Pertempuran Perancis pada Mei 1940. Beberapa pesawat Hector kemudiannya dijual kepada Ireland . Ia dinamakan sempena putera Trojan, Hector .

Reka bentuk dan pembangunan[sunting | sunting sumber]

Hector dibina atas tujuan sebagai pengganti kepada pesawat Hawker Audax. Reka bentuk dan pembinaan prototaip dilakukan oleh Hawker tetapi pesawat pengeluaran dibina oleh Westland Aircraft di Yeovil, Somerset. Oleh kerana permintaan bagi enjin Rolls-Royce Kestrel ketika itu diperlukan untuk program pengeluaran pesawat Hawker Hind, maka satu janakuasa alternatif telah ditentukan. Enjin Napier Dagger III 24 silinder telah digunakan sebagai ganti. Prototaip pertama kali terbang pada 14 Februari 1936 dengan George Bulman sebagai juruterbang. Sebuah prototaip dan 178 buah pesawat telah siap dibina.

Operasi Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Bermula pada Februari 1937, pesawat Hector mula melengkapkan tujuh skuadron kerjasama tentera RAF yang menggunakannya, bagaimanapun ia kemudiannya digantikan dengan pesawat Westland Lysanders bermula pada Julai 1938 [1]

Hectors kemudiannya dipindahkan ke skuadron Tentera Udara Bantuan. Skuadron 613 pada ketika itu sedang dalam proses bertukar kepada pesawat Lysanders di RAF Hawkinge apabila ditugaskan untuk menyokong garison Bersekutu dalam Pengepungan Calais . [2] Pada 26 Mei, bersama-sama dengan Lysanders skuadron, enam pesawat Hector telah mengebom kedudukan Jerman di sekitar Calais dan pada hari berikutnya cuba untuk menurunkan bekalan kepada tentera tanpa menyedari bahawa mereka telah menyerah kalah. [2]

Hectors telah digunakan oleh RAF dari 1940 sebagai pesawat tunda sasaran, serta turut digunakan untuk menunda pesawat peluncur latihan General Aircraft Hotspur.

Kor Udara Ireland menerima 13 pesawat contoh yang berada dalam keadaan yang teruk selepas Pemindahan Dunkirk pada tahun 1941–42 . Pesawat-pesawat tersebut telah dijual oleh Pejabat Perang British ke Ireland atas permintaan untuk pesawat kerana tentera Ireland mendapati mereka tidak bersedia sepenuhnya untuk peperangan moden, tetapi masih bergantung hampir sepenuhnya kepada Britain untuk bekalan tentera. Pertahanan Ireland adalah suatu kepentingan bagi pihak British. Tetapi semasa Pertempuran Britain, British tidak mampu untuk menjual sesuatu yang lebih baik daripada Hector kepada Kerajaan Ireland. Jenis ini sangat tidak popular dalam kalangan krew darat kerana enjin Dagger yang padat 24 silinder putaran tinggi adalah rumit dan tidak boleh dipercayai.

Varian[sunting | sunting sumber]

  • Hector Mk I : Pesawat kerjasama tentera dua tempat duduk untuk RAF.

Operator[sunting | sunting sumber]

 Republik Ireland
  • Kor Udara Ireland
United Kingdom
  • Tentera Udara Diraja [3]
    • No 2 Skuadron RAF
    • No 4 Skuadron RAF
    • No 13 Skuadron RAF
    • No 26 Skuadron RAF
    • No. 53 Skuadron RAF
    • No. 59 Skuadron RAF
    • No. 296 Skuadron RAF
    • No. 602 Skuadron RAF
    • No. 612 Skuadron RAF
    • No. 613 Skuadron RAF
    • No. 614 Skuadron RAF
    • No. 615 Skuadron RAF

Spesifikasi (Hector)[sunting | sunting sumber]

Data dari Hawker Aircraft since 1920 [4]

Ciri-ciri umum

  • Krew: Dua orang
  • Panjang: 29 ka 9.75 in (9.0869 m)
  • Rentang sayap atas: 36 ka 11.5 in (11.265 m)
  • Upper chord: 72 in (1.83 m)
  • Upper wing sweep:
  • Rentang sayap bawah: 31 ka 4 in (9.55 m)
  • Lower chord: 60 in (1.52 m)
  • Lower wing sweep:
  • Tinggi: 10 ka 5 in (3.18 m)
  • Luas sayap: 346 ka2 (32.1 m2) [5]
  • Berat kosong: 3,389 lb (1,537 kg)
  • Berat kasar: 4,910 lb (2,227 kg)
  • Janakuasa: 1 × Napier Dagger III 24-silinder penyejuk udara H-block engine, 805 hp (600 kW)
  • Bebaling: 2-bilah fixed pitch wooden propeller

Prestasi

  • Halaju maksimum: 187 mph (301 km/j, 162 kn) at 6,600 ka (2,000 m)
  • Stall speed: 50 mph (80 km/j, 44 kn) [6]
  • Jarak: 300 bt (480 km, 261 nmi) [5]
  • Had khidmat: 24,000 ka (7,300 m)
  • Masa ke altitud:
    • 5 minutes 40 seconds to 10,000 ka (3,000 m)
  • Wing loading: 14.2 lb/ka2 (69 kg/m2)
  • Kuasa/berat: 0.17 hp/lb (0.28 kW/kg)

Persenjataan


Pesawat yang wujud[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1996, bekas Kor Udara Ireland Hector 88 (ex RAF K8130 ) telah ditemui untuk pemulihan berhampiran Dundrum di Ireland. [7]

Sebahagian daripada Hector K8096 kekal di Red Pike di Daerah Tasik Inggeris. Pesawat itu terhempas pada 8 September 1941 menyebabkan kematian juruterbangnya. [8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pesawat Setanding

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jackson, 2006, p.61
  2. ^ a b Thetford, 1962, p.304
  3. ^ Halley 1980, p. 352.
  4. ^ Mason 1991, p.265–266.
  5. ^ a b Mason 1994, p.281
  6. ^ ATA Ferry Pilots Notes 1996
  7. ^ Simpson, 2013
  8. ^ "Hector K8096 on Red Pike, Wasdale". Aircraft accidents in the English Lake District. Yorkshire Aircraft. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 May 2011. Dicapai pada 7 August 2015.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]