Tentera Udara Diraja British

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tentera Udara Diraja
Ensign of the Royal Air Force.svg
Ditubuhkan 1 April 1918 (96 tahun)
Negara  United Kingdom
Kesetiaan Ratu Elizabeth II
Cawangan Tentera udara
Keanggotaan 37,200 anggota Tetap dan RAuxAF
33,980 anggota Simpanan
Senarai pesawat
Sebahagian daripada Angkatan Tentera British
Pejabat Staf Udara Bangunan Utama Kementerian Pertahanan
Whitehall, London, United Kingdom
Cogan kata Latin:

Per Ardua ad Astra
"Melalui Kesukaran menuju ke Bintang"[1]

Musik Kawad Royal Air Force March Past
Komander
Ketua Turus Udara Ketua Marsyal Udara Sir Andrew Pulford KCB CBE
Komander
ternama
Lord Trenchard
Lord Dowding
Lord Portal
Tanda kebesaran
Roundel
RAF roundel.svg RAF Lowvis Army roundel.svg
Lambang ekor
RAF-Finflash-Noncombat.svg Fin flash of the United Kingdom Low Visibility.svg
Pesawat
Penyerang Tornado GR4
Typhoon FGR4
Reaper
Peperangan elektronik Sentry
Pejuang Typhoon F2
Pemintas Typhoon
Pengawasan Islander
Shadow R1
Sentinel R1
Reaper
Tornado GR4A
Latihan Hawk
King Air
Squirrel
Tucano
Tutor
Vigilant
Viking
Pengangkut C-17
Hercules C4 & C5
Voyager


Tentera Udara Diraja (Inggeris: Royal Air Force atau RAF) merupakan cabang perkhidmatan peperangan udara dalam Angkatan Tentera British. Ditubuhkan pada 1 April 1918[2] RAF telah meyumbangkan peranan yang ketara dalam sejarah ketenteraan Britain dan sejak itu, telah melibatkan diri dalam Perang Dunia II dan dalam konflik-konflik tidak lama dulu. RAF mengoperasikan sejumlah 853 buah pesawat dan, setakat 31 Mac 2008, mempunyai kekuatan seramai 41,440 anggota terlatih dalam perkhidmatan tetap. [3]Majoriti pesawat RAF dan anggotanya ditempatkan di Britain, terdapat juga anggotanya sedang berkhidmat dalam operasi (terutamanya di Iraq dan Afghanistan) atau pangkalan-pangkalan luar negara yang telah lama wujud (contohnya di Kepulauan Falkland dan Cyprus).

RAF merayakan hari ulang tahunnya yang ke-90 dengan melakukan lintas hormat oleh pasukan Red Arrows dan 4 buah pesawat Typhoon di atas pangkalan RAF dan Tengah London pada 1 April 2008.[2].

Misi[sunting | sunting sumber]

RAF misi adalah menyokong objektif (Kementerian Pertahanan (United Kingdom)), yang mana "menyediakan keupayaan yang diperlukan: untuk memastikan keselamatan dan pertahanan United Kingdom dan jajahan luar negara, termasuk menentang keganasan; menyokong objektif polici luar negara kerajaaan terutamanya dalam mempromosi keselamatan dan keamanan antarabangsa."[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Walaupun Britain bukan negara yang pertama yang menggunakan pesawat udara tentera, tetapi RAF adalah merupakan tentera udara tertua di dunia dalam saiz yang ketara yang bebas dari kawalan tentera darat atau tentera laut. Ia ditubuhkan pada 1 April 1918, semasa Perang Dunia I, dengan penggabungan Kor Penerbangan Diraja dan Perkhidmatan Udara Tentera Laut Diraja. Selepas perang, perkhidmatan ini dikurangkan secara drastik, dan RAF bertanggungjawab dalam mengawal Iraq dan melaksanakan beberapa aksi kecil di Empayar British yang lain.

Memorial Tentera Udara Diraja di Victoria Embankment, London, sebagai memperingati anggota RAF yang terbunuh dalam 2 perang dunia

RAF melalui perkembangan yang pesat sebelum dan semasa Perang Dunia II. Di bawah Rancangan latihan Udara Commonwel British pada Disember 1939, tentera udara negara British Kommonwel dilatih dan ditubuhkan untuk berkhidmat dengan formasi RAF. Ramai penduduk daripada negara-negara ini, dan pelarian daripada pendudukan Eropah, juga berkhidmat dengan skudron RAF.

Dalam Peperangan Britain, pada hujung musim panas 1940, RAF telah mempertahankan ruang udara Britain dalam menentang serangan Luftwaffe Jerman, membantu memusnahkan rancangan pencerobohan Hitler ke atas Britain, dan memetik kata-kata Perdana Menteri Winston Churchill dalam Parlimen Britain pada 20 Ogos, "Never in the field of human conflict was so much owed by so many to so few".[5]

Usaha terbesar RAF semasa perang adalah melaksanakan kempen pengeboman strategik. Walaupun pengeboman RAF ke atas Jerman bermula seawal perang meletus, di bawah kepimpinan Ketua Marshal Udara Harris, serangan bertubi-tubi meningkat dari 1942 dan seterusnya disebabkan oleh kewujudan teknologi dan peningkatan jumlah pesawat. Menjadi kontroversi, RAF telah menerima pakai polici dalam memlaksanakan pengeboman kawasan pada waktu malam yang melihat serangan dibuat ke atas bandar-bandar Jerman seperti Hamburg dan Dresden. Unit-unit lain, bagaimanapun, membangunkan teknik pengeboman tepat untuk operasi-operasi tertentu seperti Serangan "Dambusters" oleh Skuadron No. 617 [6]

Semasa Perang Dingin peranan utama RAF adalah mempertahankan benua Eropah menentang kemungkinan serangan oleh Soviet Union, termasuk pegangan UK's nuclear deterrent untuk beberapa tahun. Sejak tamat Perang Dingin, beberapa operasi berskala besar melibatkan RAF, termasuk Perang Kosovo, Perang di Afghanistan (2001–sekarang) dan Pencerobohan Iraq pada 2003.

Pesawat[sunting | sunting sumber]

Sistem pengenalan pesawat tentera British mengikut nama pesawat menghuraikan peranan pesawat berkenaan. Sebagai contoh, pesawat Tornado F3 ditandakan sebagai fighter berdasarkan abjab 'F', dan ia merupakan generasi ketiga pengeluaran.

Pesawat sokongan ofensif, serangan dan tempur[sunting | sunting sumber]

  • Harrier GR9/GR9A
    Dilengkapi dengan sistem terbaru dan enjin lebih berkuasa. Pesawat ini diterima secara rasmi oleh RAF pada hujung September 2006.

Pesawat Amaran Awal Udara dan Pertahanan Udara[sunting | sunting sumber]

  • Tornado F3
    Berperanan untuk menpertahankan ruang udara Britain.
  • Sentry AEW1
    Menyediakan amaran awal udara akan kedatangan pesawat musuh dan mengkordinasikan pertempuran udara.

Pesawat pengawasan[sunting | sunting sumber]

  • Tornado GR4A
    Dilengkapi dengan kamera dan penderia penglihatan, inframerah dan jarak spektrum radar.
  • Nimrod R1
    Menyediakan perisikan elektronik dan isyarat.
  • Sentinel R1
    Dikenali juga sebagai ASTOR - Airborne Stand-Off Radar) menyediakan platfom pengawasan radar bumi bertempat di jet perniagaan jarak jauh Bombardier Global Express.

Pesawat Cari & Selamat[sunting | sunting sumber]

Pesawat rondaan maritim[sunting | sunting sumber]

  • Nimrod MR2
    Peperangan Anti-Kapal Selam dan Peperangan Anti Permukaan. Juga digunakan untuk peranan Cari dan Selamat, dimana keupyaan jarak jauhnya dan kemudahan komunikasi membolehkan ia bertindak sebagai penghubung di antara helikopter penyelamat, kapal dan pangkalan di darat. Ia juga boleh mengugurkan pod yang mengandungi rakit keselamatan dan bekalan ikhtiar hidup kepada orang terselamat di laut. Pesawat Nimrod MR2 akan digantikan dengan 12 buah pesawat Nimrod MRA4 pada tahun 2009.

Helikopter sokongan[sunting | sunting sumber]

  • Merlin HC3
    Menyediakan sokongan pengangkutan berat. 3 buah helikopter tambahan akan diperolehi dalam bulan Mac 2007.
  • Puma HC1
    Menyediakan sokongan pengangkutan sederhana
  • Chinook HC3s
    8 buah helikopter yang berada dalam simpanan akan diubahsuai untuk berperanan sebagai sokongan pertempuran.

Pesawat pengangkut dan penangki udara[sunting | sunting sumber]

  • Tristars dan VC10
    Mengangkut anggota, kargo dan penangki udara untuk jarak jauh.
  • C-130K/J
    Pengangkutan taktikal jarak dekat.
  • C-17 Globemaster III
    4 buah melalui perjanjian sewa-beli daripada Boeing untuk menyediakan keupayaan pengangkutan strategik berat. Pesawat ke-5 akan dihantar pada 7 April, 2008. Perolehan pesawat ke-6 seperti diumumkan oleh Kementerian Pertahanan Britain akan memperkukuhkan operasi di Iraq dan Afghanistan, [3] akan dihantar pada 3 Jun, 2008. Pesawat bari ini akan digerakkan ke barisan hadapan secepat mungkin. RAF dijangka akan menerima sejumlah 8 buah pesawat C-17 yang bermakna 2 buah pesawat lagi akan dihantar sebelum pertengahan tahun 2009 apabila pengeluaran pesawat Globemaster mungkin akan dihentikan.

Pesawat latihan[sunting | sunting sumber]

  • Dominie T1
    Latihan operasi untuk sistem persenjataan dan pegawai sistem senjata.

Pesawat akan datang[sunting | sunting sumber]

RAF sedang merancang untuk menggunakan pesawat baru. Ini termasuk:

  • Eurofighter Typhoon
    Sedang mula memasuki perkhidmatan dan apabila kesemua pesawat Typhoon beroperasi sepenuhnya, RAF adalah merupakan pendendali terbesar pesawat jenis ini.
  • Airbus A400M
    25 buah akan diperoleh untuk menggantikan pesawat C-130K Hercules.[8]
  • HC3
    Versi tingkat upaya pesawat Chinook, dengan sistem avionik terbaru dan penambahan jarak untuk melaksanakan misi pasukan khas, dipesan pada 1995. Oleh kerana masal teknikal dan dan penguruskan projek, pesawat ini tidak dapat memasuki perkhidmatan, dan telah diturun taraf sebagai Helikopter sokongan dan akan digunakan bermula pada tahun 2009.
  • Hawk 128
    Akan menggantikan pesawat Hawk dalam perkhidmatan; model baru ini akan dilengkapi peralatan dan keupayaan yang setanding dengan pesawat moden barisan hadapan.
  • Joint Combat Aircraft (pengenalan untuk pesawat F-35 Lightning II)
    Akan menggantikan pesawat Harrier GR7 dan GR9.

Galeri pesawat terkini Tentera Udara Diraja British[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Cabang Pasukan Udara dalam Royal Navy
Nota: Pada 1968, Tentera Udara Diraja Kanada telah disatukan dengan Tentera Laut Diraja Kanada dan Tentera Darat Kanada untuk membentuk Angkatan Tentera Kanada, kemudian Tentera Kanada sebagai Arahan Udara Tentera Kanada

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan RAF_.E2.80.93_Frequently_Asked_Questions tidak disediakan
  2. [1] Saluran Sejarah - 1 April adalah hari penubuhan RAF
  3. http://www.raf.mod.uk/currentoperations/newstructure.cfm Struktur baru RAF sehingga 31 Mac 2008
  4. Agensi Perkhidmatan Analisis Pertahanan Misi Kementerian Pertahanan
  5. The Churchill Centre - Speeches & Quotes
  6. Paul Brickhill "The Dambusters"
  7. Majalah Air Forces Monthly, keluaran Disember 2007, m/s.6.
  8. Tentera Udara Diraja Britain - A400M

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Flag of the United Kingdom.svg Angkatan Tentera British
Tentera Darat British Tentera Darat BritishTentera Laut Diraja Tentera Laut DirajaTentera Udara Diraja Tentera Udara Diraja