Helium cecair

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Helium cecair dalam cawan.

Unsur kimia helium wujud dalam bentuk cecair hanya pada suhu yang sangat rendah iaitu -269 °C (kira-kira 4 K atau -452.2 °F). Takat didih dan takat kritikalnya bergantung kepada isotop helium yang mana yang wujud: sama ada isotop helium-4 yang biasa atau isotop helium-3 yang jarang. Kedua-dua ini sahaja isotop helium yang stabil. Lihat jadual di bawah bagi nilai kuantiti-kuantiti fizikal ini. Ketumpatan helium-4 cecair pada takat didihnya dan dalam tekanan 1 atmosfera (101.3 kilopascal) ialah kira-kira 125 gram per liter.[1]

Pencecairan[sunting | sunting sumber]

Helium telah dicecairkan buat kali pertama pada 10 Julai 1908 oleh ahli fizik Belanda, Heike Kamerlingh Onnes di Belanda.[2] Pada masa itu, helium-3 tidak diketahui kerana spektrometer jisim belum lagi dicipta. Dalam dekad baru-baru ini, helium cecair telah digunakan sebagai bahan penyejuk kriogenik, dan helium cecair dihasilkan secara komersial untuk kegunaan dalam magnet pengalir lampau seperti yang digunakan dalam imejan resonans magnet (MRI), resonans magnet nuklear (NMR), magnetoensefalografi (MEG) dan ujikaji-ujikaji dalam fizik seperti spektroskopi Mössbauer bersuhu rendah. Helium hanya boleh dicecairkan dengan kitaran Hampson-Linde yang eksotik dan tidak dengan kaedah yang lebih mudah.[3]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Suhu yang diperlukan untuk menghasilkan helium cecair adalah rendah kerana kelemahan daya tarikan antara atom-atom helium. Untuk permulaan, daya antara atom helium adalah lemah kerana helium merupakan sejenis gas adi, tetapi tarikan antara atom dikurangkan lebih lagi oleh kesan mekanik kuantum. Kesan-kesan ini adalah penting bagi helium kerana jisim atomnya yang rendah iaitu sebanyak kira-kira 4 unit jisim atom (amu). Tenaga titik sifar helium cecair adalah kurang sekiranya atom-atomnya kurang terkurung oleh atom-atom di sekelilingnya. Oleh itu, dalam helium cecair, tenaga keadaan asas boleh menurun apabila jarak antara atom purata meningkat secara semula jadi. Namun, pada jarak yang lebih jauh kesan daya antara atom helium adalah jauh lebih lemah.[4]

Oleh sebab daya antara atom yang sangat lemah dalam heliu, unsur ini akan kekal dalam bentuk cecair daripada takat pencecairannya sehinggalah ke sifar mutlak (suhu yang teramat rendah). Helium cecair membeku hanya pada suhu yang sangat rendah dan dalam tekanan yang tinggi. Pada suhu sejurus di bawah takat pencecairannya, helium-4 dan helium-3 melalui peralihan kepada bendalir lampau. (Lihat jadual di bawah.)[4]

Pada suhu di bawah 0.9 kelvin dan tekanan wap tepu mereka, helium-4 dan helium-3 cecair tidak terlarut campur sepenuhnya. Di bawah suhu ini, campuran kedua-dua isotop ini melalui pemisahan fasa kepada bendalir biasa (kebanyakannya helium-3) yang terapung di atas bendalir lampau yang lebih tumpat yang kebanyakannya terdiri daripada helium-4. (Pemisahan fasa ini berlaku kerana jisim keseluruhan helium cecair boleh menurunkan entalpi termodinamiknya dengan pengasingan).

Pada suhu yang sangat rendah, fasa bendalir lampau yang kaya dengan helium-4 boleh mengandungi 6% helium-3 dalam larutan. Ini membolehkan penggunaan skala kecil peti sejuk pencairan, yang mampu mencapai suhu sehingga beberapa milikelvin.[5][6]

Data[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri helium cecair Helium-4 Helium-3
Suhu kritikal[4] 5.2 K 3.3 K
Takat didih pada satu atmosfera[4] 4.2 K 3.2 K
Tekanan pencairan minimum[7] 25 atm 29 atm pada 0.3 K
Suhu peralihan bendalir lampau pada tekanan wap tepu 2.17 K[8] 1 mK jika tiada medan magnet[9]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Liquid Helium, accessed 2010-04-02
  2. Wilks, p. 7
  3. Daniel V. Schroeder (2000). An Introduction to Thermal Physics. Addison Wesley Longman. ms. 141. ISBN 0-201-38027-7. 
  4. 4.0 4.1 4.2 4.3 Wilks, p. 1.
  5. D. O. Edwards, D. F. Brewer, P. Seligman, M. Skertic, and M. Yaqub (1965). "Solubility of He3 in Liquid He4 at 0°K". Phys. Rev. Lett. 15 (20): 773. Bibcode:1965PhRvL..15..773E. doi:10.1103/PhysRevLett.15.773. 
  6. Wilks, p. 244.
  7. Wilks, pp. 474-478.
  8. Wilks, p. 289.
  9. Dieter Vollhart dan Peter Wölfle (1990). The Superfluid Phases of Helium 3. Taylor and Francis. ms. 3. 
  • J. Wilks (1967). The Properties of Liquid and Solid Helium. Oxford: Clarendon Press. ISBN 0-19-851245-7. 
  • Freezing Physics: Heike Kamerlingh Onnes and the Quest for Cold, Van Delft Dirk (2007). Edita - The Publishing House Of The Royal Netherlands Academy of Arts and Sciences. ISBN 978-90-6984-519-7.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]