Helle Thorning-Schmidt
| Helle Thorning-Schmidt | |
|
Prime Minister of Denmark
Designate |
|
| Mula berkhidmat September 2011 |
|
| Raja | Margrethe II |
|---|---|
| Menggantikan | Lars Løkke Rasmussen |
|
Leader of the Social Democrats
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 12 April 2005 |
|
| Didahului oleh | Mogens Lykketoft |
|
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 8 February 2005 |
|
|
|
|
| Tempoh berjawat 1999 – 2004 |
|
|
|
|
| Tarikh lahir | 14 Disember 1966 (46 tahun) |
| Tempat lahir | Rødovre, Denmark |
| Parti politik | Social Democrats |
| Pasangan | Stephen Kinnock |
| Alma mater | University of Copenhagen College of Europe |
Helle Thorning-Schmidt ( lahir 14 Disember 1966 ,berusia 44 tahun) merupakan Perdana Menteri wanita pertama negara Denmark.
Beliau menggantikan Mogens Lykketoft sebagai pengerusi Parti Sosial Demokratik selepas Pilihan raya Denmark 2005 . Selepas Pilihan raya Denmark 2007 dia menerajui parlimen Denmark tetapi gagal untuk mendapatkan majoriti. Selepas menang tipis dalam Pilihan raya Denmark 2011 pada 15 September 2011, beliau dijangka akan dilantik sebagai Perdana Menteri Denmark jika dipersetujui parti-parti pembangkang yang lain. Ratu Margrethe akan mengesahkan beliau sebagai Perdana Menteri wanita pertama Denmark.
Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Eropah dari 1999-2004 sebelum dipilih ke Parlimen Denmark pada tahun 2005.
Isi kandungan |
Kehidupan awal [sunting]
Helle Thorning-Schmidt dilahirkan di Rødovre pada tahun 1966 , anak kepada Holger Thorning-Schmidt, seorang pensyarah dalam bidang matematik dan ekonomi negara di Universiti Copenhagen , dan Grete isterinya. Mereka menetap di pinggir bandar Copenhagen Ishoj . Ibu bapanya bercerai ketika dia berusia 10 tahun.
Pendidika [sunting]
Beliau berkelulusan ijazah sarjana sains politik dari Universiti Copenhagen pada tahun 1994. Beliau juga memegang ijazah sarjana pengajian Eropah jurusan dasar dan pentadbiran awam dari Kolej Eropah , sebuah universiti elit di Bruges , Belgium (1992-1993). Beliau fasih berbahasa Inggeris ,Perancis dan bahasa Denmark.
Berkahwin dengan Stephen Kinnock yang ditemui ketika menghadiri College Eropah di Belgium. Mereka mempunyai dua orang anak.Beliau seorang demokrat sosial semasa belajar di Belgium dan menyertai Parti Demokrat Sosial Denmark pada tahun 1993.
Kerjaya Awal [sunting]
Dari 1994-1997 beliau mengetuai sekretariat delegasi Denmark demokrat sosial di Parlimen Eropah . Selepas di Brussels , dia bekerja sebagai perunding antarabangsa dengan Gabungan Kesatuan Sekerja Denmark sehingga dipilih MEP pada tahun 1999 .
Ahli Parlimen Eropah 1999-2004 [sunting]
Pada tahun 1999 , Helle Thorning-Schmidt telah dipilih ke Parlimen Eropah sebagai ahli Parti Sosialis Eropah dengan lebih daripada 22,000 undi peribadi. Dalam tempoh lima tahun, beliau adalah seorang ahli Jawatankuasa Pekerjaan dan Sosial dan Jawatankuasa Perlembagaan Parlimen Eropah . Beliau bersama-mengasaskan Kempen bagi Parlimen Pembaharuan (CPR).
Ahli-Folketing [sunting]
Selepas Pilihan raya parlimen Denmark 2005, Thorning-Schmidt di Folketing . Sejak tahun 2005, beliau mewakili satu kawasan pilihan raya di tengah Copenhagen dipanggil Østerbrokredsen .
Perdana Menteri wanita [sunting]
Beliau terpilih selepas ketua pembangkang parti berhaluan kiri itu memenangi Pilihan raya Denmark yang diadakan pada 15 September 2011. Parti Sosial Demokratik itu menang tipis 89 kerusi daripada 179 kerusi parlimen yang dipertandingkan.
Perdana Menteri Denmark sekarang, Lars Loekke Rasmussen dari Parti Liberal hanya menang 86 kerusi. Kunci pejabat Perdana Menteri diserahkan kepada Helle Thorning-Schmidt.Lars Loekke mengemukakan peletakan jawatannya kepada Ratu Margrethe di Copenhagen.