Henri IV dari Perancis
| Henri IV | |
|---|---|
|
|
|
| Tempoh pemerintahan | 2 Ogos 1589 – 14 Mei 1610 (20 tahun, 285 hari) |
| Kemahkotaan | 27 Februari 1594 |
| Didahului oleh | Henry III |
| Diikuti oleh | Louis XIII |
|
|
|
| Tempoh pemerintahan | 9 Jun 1572 – 14 Mei 1610 |
| Didahului oleh | Jeanne III |
| Diikuti oleh | Louis II |
| Pasangan | Margaret dari Perancis Marie de' Medici |
| Putera-puteri | |
| Louis XIII dari Perancis Elisabeth, Ratu Sepanyol Christine, Duchess Savoy Nicolas Henri, Duke Orléans Gaston, Duke Orléans Henrietta Maria, Ratu England dan Scotland |
|
| Keluarga Diraja | Rumah Bourbon |
| Bapa | Antoine dari Navarre |
| Ibu | Jeanne III dari Navarre |
| Kelahiran | 13 Disember 1553 Pau, Kerajan Navarre (Navarre Bawah) |
| Kemangkatan | 14 Mei 1610 (umur 56) Paris, Perancis |
| Pengebumian | Saint Denis Basilica, Perancis |
Henri IV dari Perancis (13 Disember 1553 - 14 Mei 1610) adalah Raja Perancis dari 1589 hingga 1610 dan Raja Navarre dari 1572 hingga 1610. Baginda adalah anak lelaki Antoine dari Navarre dan Jeanne III dari Navarre.
Pada 18 Ogos 1572, Henri menikahi Margaret dari Valois. Baginda adalah saudara Charles IX. Baginda menjadi Raja Navarre di tahun yang sama.
Selepas bercerai dengan Margaret, baginda kemudian mengahwini Marie de' Medici. Anak-anak Henri ialah Louis XIII dan Henrietta Maria dari Perancis, yang menikah dengan Charles I dan menjadi Ratu England.
[sunting] Kematian
Raja Henri IV dibunuh di Paris pada 14 Mei 1610 oleh seorang fanatik Katolik, François Ravaillac, yang menikamnya ketika dalam perjalanan ke kemahkotaan ratunya, apabila perjalanan kereta kudanya terhenti akibat trafik,[1][2]. Hercule, Duke Montbazon yang bersamanya krtika itu turut cedera. Henri dimakamkan di Basilika St Denis.
[sunting] Kehilangan kepala
Kepala badannya yang dimumiakan hilang selepas revolusioner menjarah Basilika St Denis dan mencemarkan kuburnya pada 1793.[3] Suatu kepada mumia, dikatakan milik Henri IV, telah beradar di kalangan penghimpun sendirian sejak itu.
Wartawan Perancis Stephane Gabet mengikut petunjuk dan menjejak kepala itu ke loteng pemungut cukai bersara, Jacques Bellanger, pada Januari 2010. Menurut Gabet, satu pasangan membeli kepala itu di sebuah lelongan Paris pada awal 1900-an, dan Bellanger membelinya daripada si isteri pada 1955.[4] Pada 2010, satu pasukan multidisiplin yang diketuai Philippe Charlier, seorang pemeriksa perubatan forensik di Hospital Universiti Raymond Poincaré di Garches, mengesahkan yang ia merupakan kepala hilang Henri IV, selepas menggunakan gabungan teknik antropologi, paleopatologi, radiologi dan forensik.[3][5] Kepala itu memiliki berwarna perang muda, dan dalam keadaan baik.[3] Satu lesi tinggi sedikit daripada lubang hidung, satu lubang cuping telingan kanan menunjukkan penggunaan jangka lama subang, luka muka sembuh akibat percubaan membunuh pada 1594, merupakan antara tanda yang mengenal pasti kepala itu.[3][5] Pentarikhan radiokarbon memberikan tarikh antara 1450 dan 1650, yang sesuai dengan tarikh kematian Henri IV pada 1610.[3] Bagaimanapun, pasukan itu gagal memperoleh jujukan DNA mitokondrion tidak tercemar dari kepala itu, jadi tiada perbandingan dapal dilakukan dengan tinggalan lain beliau dan keturunannnya.[3] Kepala itu akan dikebumikan semula di Basilika St Denis selepas satu misa dan pengebumian kebangsaan pada 2011.[5]
[sunting] Rujukan
- ↑ Pierre de l'Estoile, Journal du règne de Henri IV. Paris: Gallimard, m/s. 84, 1960.
- ↑ Knecht, Robert J. The Murder of le roi Henri, History Today. Isu Mei 2010.
- ↑ 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Philippe Charlier (14 Disember 2010). "Multidisciplinary medical identification of a French king's head (Henri IV)". BMJ. http://www.bmj.com/content/341/bmj.c6805.
- ↑ "Suspected Henri IV head back with heirs". The Associated Press. 15 Disember 2010. http://www.google.com/hostednews/ap/article/ALeqM5iPi6hMtdoVAiyGq8d_WRRaapordQ?docId=c38d7340479940ac9a27104a785f3770.
- ↑ 5.0 5.1 5.2 "Tests show head of France's King Henri IV 'genuine'". UK: BBC. 15 Disember 2010. http://www.bbc.co.uk/news/science-environment-11996981.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||